by on 12/09/2023 84
Sorotan utama |
|
Diasaskan 10 tahun lalu oleh Cik Sammion Loo, New Sun Moon (NSM) merupakan prasekolah yang bermisi mulia, iaitu untuk menyediakan asas yang kukuh untuk pendidikan awal kanak-kanak semasa tempoh pembelajaran peka mereka. NSM telah membuka cawangannya yang keempat baru-baru ini, di Bandar Menjalara, yang disambut baik oleh keluarga-keluarga di sekitar kawasan tersebut. Kiddy123 telah pun dikemaskinikan perihal cawangan terbaru ini.
Memandangkan prasekolah sedang muncul di mana-mana sahaja di seluruh negara, pasti bukan sesuatu keputusan yang mudah bagi pengasasnya untuk menubuhkan juga satu lagi cawangan NSM. Namun, perlu dinyatakan di sini bahawa Cik Sammion mempunyai motivasi yang agak tinggi untuk melakukan demikian. Dia pernah menjadi guru tuisyen untuk pelajar sekolah rendah sebelum ini, dan ketika itu, dia menyedari bahawa pencapaian kanak-kanak pasti akan menjadi lebih baik sekiranya mereka mendapat pendedahan serta persediaan yang lebih baik semasa mereka masih di prasekolah lagi. Didorong untuk mengubah keadaan tersebut, dia pun memutuskan supaya mendirikan prasekolahnya sendiri untuk membantu kanak-kanak supaya lebih bersedia menghadapi sekolah rendah, siap dengan asas kukuh dalam pendidikan awal mereka. NSM telah melangkah jauh sejak itu, dan telah berkembang dengan maju dari segi prestasi dan juga populariti.
NSM menawarkan program-program yang bersesuaian dengan umur, yang dapat menarik minat kanak-kanak berumur antara 3 hingga 6 tahun. Ibu bapa pasti pernah mendengar kenyataan bahawa bermain adalah kerja kanak-kanak. Di NSM, kumpulan kanak-kanak yang termuda, iaitu mereka yang berumur antara 3 - 5 tahun, berpeluang untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan, yang akan membantu mereka belajar dan membuat penemuan baru yang menarik! Mereka bukan sahaja dapat melatih minda mereka, tetapi mereka juga mendapat banyak senaman semasa menggerakkan tubuh badan masing-masing, yang memanfaatkan mereka secara mental dan juga fizikal. Kurikulum prasekolah NSM memastikan golongan termuda ini berpeluang baik untuk mengasah segala kemahiran dan bakat yang ada pada diri mereka, sambil membina dan melatih kemahiran motor kasar dan halus mereka. Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghadiri NSM pasti dapat melihat bagaimana anak mereka cekap dalam pelbagai kemahiran hidup yang penting, dan juga betapa yakin mereka dalam diri sendiri.
Bagi kanak-kanak berumur 6 tahun, NSM berusaha untuk memastikan mereka bersedia sepenuhnya untuk melangkah ke sekolah rendah, dengan pendedahan akademik berkualiti tinggi meliputi mata-mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Mandarin dan juga mata pelajaran Moral. Segala langkah yang penting diambil untuk membantu mereka muncul sebagai graduan yang bersedia untuk mara ke sekolah rendah dengan yakin. Dan hasilnya merupakan bukti kejayaannya! Ibu bapa yang mempunya anak yang menghadiri NSM pasti mempunyai segala bukti kesan-kesan positif yang telah ditinggalkan oleh prasekolah ternama itu dalam diri anak mereka!
Adalah menjadi petanda yang baik apabila kanak-kanak suka hadir ke prasekolah mereka, kerana ia bermaksud mereka terbuka untuk mempelajari perkara baru, serta ingin berkawan baru. Di NSM, perkara-perkara tersebut berlaku bukan secara kebetulan. Prasekolah ini didirikan dengan hasrat untuk menawarkan pengalaman pendidikan prasekolah yang menyeronokkan namun bermanfaat bagi kanak-kanak, supaya mereka dapat melangkah jauh ke hadapan dalam kehidupan mereka.
Bebas daripada kaedah pembelajaran hafalan dan kaedah pelajaran lain yang membosankan dan tidak memberi sebarang inspirasi kepada mereka, prasekolah yang ternama ini menggunakan pendekatan tematik yang menarik untuk mengagumkan minda muda yang mudah rimas dan menahan perhatian mereka supaya mereka dapat menyerap dan mengekalkan pelajaran mereka yang amat menyeronokkan. Pendekatan tematik di NSM dilaksanakan dengan begitu baik sekali sehingga kanak-kanak didapati tidak sabar untuk menghadiri prasekolah setiap hari! Mereka seronok belajar, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, dan menerokai! Tema pembelajaran ditukar-diganti setiap bulan, supaya dapat menawarkan suasana pembelajaran yang diperbaharui dari masa ke semasa, yang amat menawan bagi minda muda yang bijak. Di antara tema-tema utama, terdapat juga tema-tema yang lebih kecil atau sub-tema yang diperkenalkan, menyumbang kepada kelebihan NSM berbanding dengan prasekolah lain di luar sana.
Keperluan pembelajaran kanak-kanak berbeza-beza antara satu sama lain, demikianlah yang lazimnya diketahui umum. Namun, bagaimanakah jika kita mendekati dunia kanak-kanak dan menggunakan perbezaan tersebut supaya dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka semua? Ini bukan sesuatu perkara yang diambil kira dengan sesungguh-sungguhnya oleh NSM, di mana sistem pengekodan genetik cap jari digunakan untuk mengenal pasti dengan lebih tepat lagi mengenai kekuatan dan kelemahan kanak-kanak, supaya bimbingan dan penjagaan peribadi yang terbaik dapat ditawarkan dengan cara yang akan membantu membuka potensi sebenar mereka dan membolehkan mereka bersinar bak bintang menuju ke masa depan yang lebih cerah.
Ya, masa depan setiap kanak-kanak adalah cerah, dan di NSM, ibu bapa boleh yakin bahawa anak mereka tetap akan berpeluang untuk mencapai potensi masing-masing untuk berjaya, dengan asuhan dan latihan yang sewajarnya semasa jangka masa pembelajaran sensitif mereka
Dalam dinamik keluarga moden hari ini, kebanyakan daripadanya terdiri daripada ibu dan bapa yang kedua-duanya bekerja. Ini termasuk mereka yang tinggal di dalam dan sekitar Bandar Menjalara. NSM menawarkan perkhidmatan jagaan harian untuk kanak-kanak yang boleh diharap oleh sesebuah keluarga. Ibu bapa tidak perlu curiga, kerana anak mereka akan dijaga dengan baik, sama seperti penjagaan sendiri di rumah. Segala-galanya yang diperlukan oleh kanak-kanak diuruskan di NSM, daripada waktu makan, waktu tidur atau rehat, waktu bermain, dan juga masa ulangkaji pelajaran! Dan, sama seperti mereka di rumah bersama keluarga mereka, si-kecil juga dapat membina tabiat-tabiat yang baik serta kemahiran hidup penting yang akan membantu mereka berkembang maju dalam kehidupan.
Industri pendidikan awal adalah industri yang mempunyai saingan yang ketat di Malaysia, namun NSM telah berjaya muncul sebagai salah satu nama prasekolah yang disebut-sebut, yang amat disenangi oleh keluarga-keluarga yang mempunyai anak yang bersekolah di sini. Jelas sekali bahawa guru-guru berkelayakan tinggi yang memperolehi latihan berterusan, pendekatan pengajaran bertema, serta bilik-bilik darjah bersaiz kecil dengan lebih kurang 12 kanak-kanak merupakan resipi kejayaan NSM. Prasekolah terkenal itu juga menawarkan perkhemahan musim cuti yang amat diminati ibu bapa dan kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga Kem Kelakuan Baik NSM yang menawarkan pelbagai jenis aktiviti untuk para pelajar dan ibu bapa mereka.