by on 25/09/2018 2302
Taska Little Doves (Wholly Own by Jolly Seeds Educare Sdn Bhd), USJ (Subang Jaya) diasaskan dengan visi untuk memberi kanak-kanak permulaan yang terbaik dalam hidup. Sejak penubuhannya, pendekatan dan kepimpinannya tetap konsisten di bawah arahan Cik Lorraine.
Ibu bapa mempercayai Jolly Seeds yang sentiasa berpegang dengan prinsip asasnya untuk memastikan kanak-kanak dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kejayaan pada tahun-tahun yang akan datang, serta mampu untuk menjadi pelajar sepanjang hayat. Sekolah ini direka untuk membantu bayi dan kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 6 tahun berkembang secara akademik, sosial dan emosi melalui pengalaman interaktif dalam persekitaran yang selamat dan memupuk. Prinsip, amalan dan hasil program ini dipandu oleh rangka kerja kebangsaan Singapura untuk pendidikan awal kanak-kanak dan direka bersesuaian dengan Howard Gardner's Theory of Multiple Intelligencse.
Jelas bahawa pengalaman awal adalah penting untuk perkembangan otak, maka Jolly Seeds menyediakan peluang penjagaan dan pembelajaran untuk si cilik dalam rangka awal tumbesaran untuk memaksimumkan hasil perkembangan mereka, seterusnya menjadi asas untuk kesejahteraan sepanjang hayat. Lebih daripada sekadar penjagaan harian, perjalanan pendidikan anak anda bermula pada 2 bulan dengan Program Seeds. Bayi akan berada di dalam penjagaan jururawat berkelayakan yang sentiasa bersedia secara emosi untuk membina hubungan kepercayaan. Jururawat di sini juga memahami peranan penting pergerakan si cilik dalam perkembangan otak. Penjagaan dan rutin di sini bersifat individual; mewujudkan peralihan yang lancar dalam persekitaran yang tenang dan boleh diramalkan. Program ini memerlukan gabungan pengalaman deria dan aktiviti yang merangsang minda - urut bayi, muzik dan pergerakan, bahasa isyarat bayi, seni dan kraf bayi, gim aktif, kad flash, buku, bahasa bayi dan program berenang untuk bayi. Semua aktiviti di sini mempunyai struktur yang direka khas untuk meningkatkan kesedaran deria bayi, membantu mereka belajar lebih cepat, mempercepat kecerdasan emosi mereka dan menggalakkan penguasaan awal koordinasi motor.
Apabila si kecil mula bergerak aktif, program ini menjadikan rasa ingin tahu, tenaga dan keinginan semulajadi mereka untuk melangkaui batasan menjadi suatu pengalaman pembelajaran yang positif. Guru yang berdedikasi dan terlatih membimbing mereka untuk memupuk perkembangan bahasa, sosial-emosi, kognitif dan fizikal, serta menggalakkan sifat kendiri. Persekitaran yang merangsang minda, pengalaman pembelajaran yang mendalam, dan permainan serta aktiviti pendidikan memastikan keperluan untuk pembangunan awal otak dipenuhi. Kad flash, buku dan persekitaran yang kaya bahasa membangunkan kemahiran bahasa dan kemahiran literasi yang menggunakan deria penglihatan, bunyi dan interaksi. Kanak-kanak juga akan belajar untuk mengira, menemui kebolehan seni dan muzik mereka, membezakan antara emosi mereka, dan belajar tentang dunia di sekeliling mereka. Semua aktiviti menggunakan pendekatan pelbagai deria kerana Jolly Seeds percaya bahawa kanak-kanak mahu terlibat dalam pendidikan, fleksibel, mempunyai personaliti tersendiri dan belajar dengan melakukan sesuatu perkara.
Dengan penyelarasan dan pemikiran yang lebih baik, dunia menjadi lebih luas untuk kanak-kanak prasekolah berusia 3 hingga 6 tahun melalui Program Jolly. Program ini menggalakkan keseimbangan pendidikan dan bermain dengan tujuan yang sesuai dengan keperluan unik setiap kanak-kanak. Ia mengamalkan pendekatan bertema untuk mengembangkan asas pengetahuan kanak-kanak dan pembelajaran disepadukan di pelbagai bidang pembangunan - bahasa dan literasi, numerasi, pembangunan kemahiran motor, estetika dan ekspresi kreatif, dan kesedaran diri, sosial dan alam sekitar. Aktiviti dan pengalaman direka untuk memastikan kanak-kanak cemerlang di sekolah rendah tetapi diperkenalkan kepada si kecil dengan beransur-ansur. Guru menggunakan pengalaman dan latihan mereka untuk memastikan pembelajaran yang melibatkan seni kreatif, muzik dan pergerakan, pembangunan kognitif, kehidupan praktikal, permainan dramatik, konsep pra-sekolah, matematik dan nombor, kemahiran pra-menulis, serta sains dan alam semula jadi sesuai dengan umur kanak-kanak di sini. Pendekatan kukuh yang berasaskan literasi memastikan kanak-kanak mempunyai kemahiran asas dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia. Sebagai persediaan untuk sekolah rendah, program ini akhirnya akan menyediakan tetapan yang lebih berstruktur. Di Jolly Seeds, keseimbangan antara pembelajaran, aktiviti fizikal, cinta dan yang paling penting, keseronokan sentiasa dicari.
Selepas sesi persekolahan, kanak-kanak akan terus belajar dengan aktiviti pengayaan tambahan seperti latihan untuk kemajuan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, permainan membina dengan teka-teki, lukisan, dan sesi bercerita. Di musim cuti, Jolly Seeds mengekalkan jadual program percutian yang menarik dengan pengalaman pendidikan lengkap untuk kanak-kanak, semestinya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti di dalam dan luar bilik darjah.
Untuk memastikan bahawa program-program di sini berjaya, pembangunan kurikulum, pengalaman pembelajaran dan amalan pengajaran mestilah sejajar dengan pencapaian perkembangan kanak-kanak yang diiktiraf dunia. Penilaian berkala membolehkan guru merancang dan membuat aktiviti berdasarkan kesediaan kanak-kanak untuk belajar. Sistem komunikasi yang komprehensif membolehkan ibu bapa memantau perkembangan anak mereka. Jolly Seeds juga sentiasa bersedia untuk menilai amalan terbaik supaya maklum balas ibu bapa dapat diterapkan dalam alam persekolahan. Keluarga pelajar juga dapat terlibat secara aktif melalui acara tahunan termasuk lawatan lapangan dan hari sukan.
Seluruh pasukan Jolly Seeds serius dan bersemangat tentang pembelajaran awal. Kanak-kanak menjadi titik pusat kepada semua aspek sekolah. Segala-galanya didasarkan pada keinginan berterusan kepada amalan terbaik dalam pembelajaran awal dan dilakukan untuk memupuk kekuatan intelektual dan emosi kanak-kanak untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.