by on 20/05/2024 15237
Artikel ini dikemaskini pada 6 Jun 2024
Mont Kiara, kawasan yang terkenal dengan kemewahan dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan gaya hidup, kondominium bertingkat tinggi dan kompleks pejabat yang berkilauan. Dengan komuniti ekspatriat yang cukup besar yang mewakili lebih daripada tiga puluh negara, anda tidak akan menjumpai sebuah bandar "self-contained" yang lebih kosmopolitan di tempat lain di Malaysia. Dari Montessori hingga Reggio Emilia hingga EYFS dan IPC, semua metodologi terkini dan terbaik tersedia di sini untuk pengalaman prasekolah yang mampu memberikan banyak input kepada kanak-kanak.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Damansara Heights , Tadika dan Prasekolah Terbaik di TTDI
Blue Daisies adalah pusat pembelajaran, pusat permainan dan pusat jagaan yang kreatif yang membantu ibu bapa menyedari betapa pentingnya keseronokan dan kesenangan dalam kehidupan seharian anak mereka. Di Blue Daisies, mereka yakin bahawa kanak-kanak harus dibenarkan bermain, mempunyai pengalaman dengan membuat sesuatu sendiri dan berseronok. Aktiviti harian di Blue Daisies mencerminkan kurikulum berasaskan Montessori bersepadu dengan pendekatan tematik untuk pembelajaran. Dalam kurikulumnya terdapat waktu permainan bebas, waktu di dalam bulatan, seni dan kraf, muzik dan pergerakan, waktu cerita, fonik, latihan sensorial dan pratikal kehidupan, bahasa, matematik dan aktiviti bertema. Dengan nisbah guru-pelajar yang rendah dan persekitaran rumah yang selesa, tidak hairanlah bahawa kedua-dua penduduk tempatan dan ekspatriat menghargai kaedah dan falsafah Blue Daisies.
Salah satu sekolah antarabangsa yang terkenal dan termasyhur di Malaysia, Garden International School (GIS) telah membekalkan program pendidikan yang bermutu untuk kanak-kanak dari pelbagai latar belakang selama 72 tahun. Di GIS, para pelajar menerima pendidikan secara menyeluruh berdasarkan kurikulum British yang disampaikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi serta berdedikasi. Komitment sekolah terhadap kecemerlangan akademik jelas terselah melalui rekod sekolah yang konsisten dalam pencapaian akademik pelajar-pelajarnya. GIS mempunyai dua kampus di kawasan Mont Kiara. Kampus utama di Mont Kiara dibuka untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 13, manakala kampus Early Years (Pendidikan Awal) di Desa Sri Hartamas khas untuk pelajar dalam kumpulan Nursery dan Reception. Kedua-dua kampus sekolah lengkap dengan ruang pembelajaran yang unik dan juga kemudahan yang terkini bagi meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran para pelajar.
Matlamat Kinder Koala Preschool, Desa Sri Hartamas adalah untuk memberi si manja anda permulaan yang baik dalam pembelajaran mereka, dengan menerapkan rasa cinta terhadap ilmu dari usia yang muda lagi. Prasekolah ini menawarkan program Singapore Maths dan Singapore Science, serta program Australian English bagi membantu membina keyakinan anak anda dalam membaca, menulis, dan mengeja. Kinder Koala mengamalkan pendekatan unik yang menggabungkan daya imaginasi kaank-kanak dengan keseronokan pembelajaran, dengan menggunakan kaedah penceritaan tematik. Ciri unggul yang lain adalah program FasTracKids yang direka khas untuk membina asas yang kuat bagi perkembangan intelektual, fizikal, dan sosial pada masa hadapan.
Kitakids, Sri Hartamas adalah sebuah prasekolah yang dibina khas untuk kanak-kanak berumur 8 minggu hingga 6 tahun. Prasekolah ini menyediakan persekitaran yang amat luas, bilik darjah yang terang dan mempunyai pengudaraan yang baik serta nisbah guru dan pelajar yang rendah untuk menggalakkan pembelajaran, penjelajahan, daya kreatif dan ketakbersandaran. Para pendidik di Kitakids Preschool menggunakan STREAM – Sains, Teknologi, Pembacaan & Penulisan, Kejuruteraan, Seni dan Matematik – kaedah pengajaran dan pembelajaran. Bidang-bidang pembelajaran ini diajar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai usia dengan pelbagai bahan terbuka untuk kanak-kanak merasa, memanipulasi dan mereka. Kanak-kanak mendapat pemahaman yang mendalam dalam pelbagai topik dan dapat mengaitkan pembelajaran dengan konsep kehidupan yang sebenar.
Montessori Anakku, Arcoris Mont Kiara membekalkan pendidikan awal kanak-kanak yang berdasarkan kurikulum Montessori yang tulen, dengan pelbagai bahan-bahan pembelajaran yang berkualiti. Konsepnya yang terbuka menjadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan, dipadankan pula dengan program yang berstruktur dan direka khas bagi memenuhi keperluan individu kanak-kanak. Kanak-kanak di sini digalakkan untuk menjadi diri mereka sendiri secara tulus, dan mencapai potensi maksimum mereka melalui pimpinan guru dan juga kebebasan pembelajaran. Seiringan dengan prinsip-prinsip Montessori, guru-guru di sini sangat berdedikasi dalam mewujudkan suasana yang positif serta menyokong pembelajaran, di mana kanak-kanak berasa gembira dan selesa dengan persekitaran mereka.
Odyssey, The Global Preschool di Mont Kiara merupakan sebuah prasekolah yang berasal dari Singapura yang menawarkan kurikulum Reggio Emilia yang memupuk perkembangan holistik bagi kanak-kanak berusia 18 bulan hingga enam tahun. Kampus sekolahnya membawa reka bentuk yang moden, dilengkapi pelbagai kemudahan seperti ruang dalam dan luar yang luas, serta bilik darjah khas untuk matapelajaran Seni dan Muzik, yang diterajui guru yang terlatih dalam subjek-subjek tersebut. Kerja projek merupakan salah satu ciri istimewa di prasekolah ini, di mana para pelajar digalakkan untuk belajar secara kendiri (self-directed), di samping memupuk perasaan tanggungjawab (ownership) dalam pendidikan mereka.
TCH Mont Kiara telah direka dengan penampilan korporat moden, terdapat banyak kaca, pencahayaan lembut dan kawasan terbuka serta sentuhan kecil di sana-sini untuk mengingatkan kita bahawa ini adalah prasekolah. Setelah anda melalui pintu kaca merah besar TCH Mont Kiara, anda akan memasuki tempat yang indah yang mempunyai sumber pengajaran dan pembelajaran Montessori. Ini adalah ‘persekitaran yang siap' di mana setiap kawasan dirancang dengan teliti dan dilengkapi dengan bahan-bahan Montessori untuk memenuhi keperluan setiap anak-anak, sama ada fizikal, sosial, emosi, intelektual atau kreatif. Semuanya dirancang untuk mendorong dan memupuk pembelajaran dan penerokaan secara bebas. Namun, yang sangat mengagumkan mengenai TCH Mont Kiara adalah suasana penuh semangat, kegembiraan dan sifat spontan yang terdapat di prasekolah ini. Terdapat perancangan untuk mempunyai ahli terapi permainan dan ‘Comfort Room’ khas. Secara keseluruhannya, program di TCH memupuk harga diri, rasa kekitaan dan komuniti, kebebasan, kesedaran sosial dan disiplin yang akan membawa anak-anak melalui tahap seterusnya dalam kehidupan mereka – mengambil serius bahawa program Montessori benar-benar dapat menyediakan anak-anak untuk kehidupan mereka.
Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.
Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.