by on 11/07/2019 1803
Tadika Puei Chee mempunyai sejarah dan identiti yang tersendiri. Tadika Puei Chee adalah sebuah pusat pembelajaran yang menyediakan pendidikan awal kanak-kanak. Tadika ini telah ditubuhkan pada tahun 1961. Sejak dari tarikh penubuhannya, Tadika Puei Chee sentiasa komited dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.
Tahun 2019 adalah tahun yang ke-58 Tadika Puei Chee telah beroperasi. Kira-kira 10,000 pelajar telah belajar di Tadika Puei Chee. Sebilangan besar dari keluarga-keluarga ini mungkin telah menghantar lebih dari seorang anak ke tadika tersebut.
Terletak di tengah-tengah Seksyen 17, Petaling Jaya, Tadika Puei Chee menawarkan suasana pembelajaran yang selesa serta kondusif untuk kanak-kanak yang belajar di situ.
Tadika Puei Chee sentiasa didorong oleh kepercayaan bahawa pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk sikap positif dan minat terhadap pembelajaran, bukan sahaja secara akademik tetapi juga perkembangan kognitif serta pembangunan sosial & emosi.
Adalah matlamat dan aspirasi kami untuk memupuk sikap positif dalam setiap kanak-kanak di sini supaya mereka menjadi seorang individu yang bebas, berkeyakinan dan bertanggungjawab. - Pengetua, Puan Ting
Program-program pendidikan di Tadika Puei Chee Kindergarten diajar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Kanak-kanak diajar oleh barisan pendidik yang berdedikasi. Tadika Puei Chee menyediakan asas pembelajaran yang kukuh, merangkumi semua bidang kurikulum. Di sini, penekanan diberikan kepada akademik, kemahiran menyelesaikan masalah dan pembinaan karakter.
Guru-guru di Tadika Puei Chee terdiri daripada mereka yang berdedikasi. Guru sentiasa memberikan yang terbaik dalam usaha memupuk rutin persekolahan. Dalam masa yang sama, kanak-kanak belajar untuk memberi tumpuan, berinteraksi dan berkawan. Dalam usaha memperkayakan lagi pengalaman prasekolah kanak-kanak di situ, Tadika Puei Chee menganjur acara dan lawatan sambil belajar seperti karnival sekolah dan lawatan ke ladang, zoo, kilang, bengkel dan sebagainya.
Kaedah pengajaran kami sentiasa berubah, progresif mengikut keperluan kanak-kanak hari ini. Dalam masa yang sama, program-program pendidikan kami diajar mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan. Pendididik di sini adalah mereka yang sangat berdedikasi, berpengalaman dan sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. - Pengetua, Puan Ting
Tadika Puei Chee beroperasi dalam premis 2 tingkat. Bilik-bilik darjah di situ adalah cerah, luas dan mempunyai pengudaraan yang baik. Peralatan dan bahan pembelajaran telah dipilih dengan teliti, mudah diakses oleh kanak-kanak; serta berupaya merangsang minat mereka untuk melakukan eksplorasi.
Corak susunan dan kaedah pengajaran di Tadika Puei Chee berbeza mengikut umur kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang lebih muda, mereka digalakkan untuk bersosial dan bermain. Maka, kanak-kanak boleh bermain di samping belajar dan mengembangkan kemahiran-kemahira asas seperti deria, motor halus, penyelesaian masalah dan kemahiran bersosial.
Untuk sesi pra-sekolah pula, susunan dan kaedah pengajaran adalah lebih formal. Ini untuk memastikan kanak-kanak akan lebih bersedia apabila sampai masa untuk beralih ke sekolah rendah. Tadika Puei Chee bercita-cita untuk terus menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.
Kanak-kanak adalah aset kita. Mereka adalah masa depan kita. - Nelson Mandela