by on 11/08/2022 799
Highlights |
|
Fikiran si kecil sentiasa dipenuhi dengan rasa ingin tahu dan imaginasi yang menarik. Dunia mereka penuh dengan permainan baharu untuk dimainkan, makanan baharu untuk dirasai, perkataan baharu untuk difahami, dan penemuan dalam setiap perkara kecil yang memberi mereka kemahiran yang diperlukan untuk mencapai potensi penuh mereka di sekolah dan juga dalam kehidupan. Detik-detik kecil tetapi menarik inilah yang telah memberi inspirasi kepada Cik Melissa Fernandez 5 tahun lalu untuk memulakan Prasekolah Redboot agar minda ingin tahu kanak-kanak terus hidup!
Terletak di podium perniagaan UOA Business Park, Shah Alam, Redboot Preschool ialah prasekolah dwibahasa berasaskan permainan (play-based), dengan visi untuk memberikan permulaan terbaik kepada kanak-kanak dalam perjalanan pembelajaran mereka. Berdasarkan testimoni positif daripada ibu bapa selama bertahun-tahun, boleh dikatakan bahawa Redboot mempunyai reputasi yang tiada duanya dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. “Prasekolah kami dibina khas yang membolehkan ia menjadi sesuatu yang bersifat peribadi untuk setiap kanak-kanak. Bersama-sama, dengan pendidik, ibu bapa dan komuniti kami yang komited, kami akan memupuk kanak-kanak untuk menjadi pelajar sepanjang hayat yang yakin, dengan penekanan yang tinggi pada 'kegembiraan (joys of)' dan 'bermain dalam (play in)' pembelajaran."
Sememangnya, Redboot adalah tempat yang riang, memupuk sifat baik hati, penyayang, hormat- menghormati, penuh belas kasihan, rasa sentiasa ingin tahu, dan tempat untuk pelajar sepanjang hayat berkembang maju – nilai- nilai bermakna yang menyokong budaya sekolah. Suasana disini benar-benar memancarkan kegembiraan dan rasa cinta yang tulen. Apabila kami datang melawat prasekolah ini, kami disambut oleh kakitangan resepsi yang sangat mengalu-alukan kedatangan kami. Lagu-lagu nurseri yang riang bermain lembut di latar belakang, dikelilingi oleh mural yang dicat terang di dinding. Suasana pergaulan yang baik dapat dirasai; guru berkomunikasi dengan suara yang menarik minat kanak-kanak, dan Cik Melissa bercakap dengan penuh semangat kepada kami - hati kami terpikat serta-merta. Ruang di dalamnya direka dengan cantik untuk keperluan setiap kanak-kanak yang unik dan menawarkan kemudahan yang kondusif untuk perkembangan kanak-kanak, termasuklah perpustakaan yang memupuk minat membaca dari usia muda, taman permainan yang dipenuhi cahaya semula jadi untuk menggalakkan kemahiran sosial dan motor yang penting, pentas persembahan untuk perhimpunan mingguan dan hari perayaan istimewa, Redboot Café di mana kanak-kanak mempelajari prinsip pemakanan yang baik dan tabiat pemakanan sihat sepanjang hayat, serta bilik darjah individu yang ditetapkan untuk setiap program.
Redboot Preschool menawarkan program yang bersesuaian dengan umur, serta perkhidmatan penjagaan selepas sekolah, untuk kanak-kanak bermula dari usia 6 bulan. Daripada kumpulan permainan kanak-kanak (toddlers playgroup) hingga tahun prasekolah, guru di sini mengamalkan amalan pendidikan awal yang terbaik dan mengetahui bahawa pembelajaran itu saling berhubung kait. Dalam persekitaran pembelajaran yang direka dengan teliti namun fleksibel, perkembangan kanak-kanak lebih daripada sekadar mencapai kejayaan. Setiap pertemuan harian menjadi detik yang penuh dengan peluang pembelajaran, membenarkan minat kanak-kanak mempengaruhi pengalaman pembelajaran mereka dengan mengimbangi pertumbuhan intelek, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Dan yang paling penting, setiap hari menjadi sangat menyeronokkan untuk anak-anak kecil dan minat belajar dapat dipupuk pada usia awal.
Rasa cintakan ilmu tidak boleh diajar, tetapi ia boleh diilhamkan. Di Redboot, guru-guru yang inovatif melangkaui rancangan pengajaran berstruktur agar peluang pembelajaran yang diperibadikan dapat dicipta. Dengan ini, kanak-kanak dapat mempelajari konsep dan pengetahuan baharu dalam bentuk pengajaran yang paling berkesan, dan yang paling penting sangat menyeronokkan – melalui permainan, penerokaan dan banyak aktiviti praktikal. Pengalaman ini meliputi bidang pembelajaran yang luas, seperti Matematik Dwibahasa, Bahasa & Literasi, Bahasa Malaysia, Mandarin, STEAM, Drama, Tarian, Bola Sepak, Pembinaan Karakter dan pelbagai lagi. Intai sahaja tingkap bilik darjah dan dapat kita lihat kanak-kanak leka dalam pelajaran mereka dan bersemangat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti harian; jelas bahawa mereka gembira berada di sini! Ibu bapa boleh yakin bahawa anak-anak mereka akan belajar dalam ruang yang menyeronokkan, pemuh kasih sayang dan selamat, di mana mereka akan mempunyai kebebasan untuk meneroka dunia mereka sambil membina asas kukuh untuk menjadi individu yang baik dan yakin apabila dewasa.
Redboot Preschool berbangga dengan komitmennya terhadap penambahbaikan yang berterusan untuk memastikan kanak-kanak disokong dalam semua cara untuk berjaya serta keluarga mereka mendapat nilai yang setara dengan yurannya. Staf sekolah ini memastikan kualiti dijaga setiap hari, mengambil kira butiran terkecil dalam semua yang mereka lakukan tanpa melupakan kegembiraan dalam kerja mereka. Paling penting, rasa gembira itu dicipta oleh komuniti guru-ibu bapa yang bekerjasama untuk memberikan kasih sayang, persekitaran, responsif dan rasa hormat yang penting untuk membolehkan setiap kanak-kanak mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan mereka.