on 01/03/2022 870
Sorotan Utama |
|
Mywis, Taiping ialah sebuah pusat pembelajaran yang berpandangan hadapan yang menawarkan program pengayaan berasaskan STEAM untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. “Di Mywis, matlamat kami ialah membangunkan kanak-kanak yang mempunyai kesedaran global supaya mereka boleh berkembang maju dalam masyarakat yang kompleks ini. Di zaman ini, ilmu di dalam buku tidak lagi mencukupi untuk mereka kerana dunia sentiasa berubah. Oleh itu, tujuan utama kami adalah membantu kanak-kanak mengembangkan set kemahiran fikiran aras tinggi yang kukuh. Bantuan kami adalah penting supaya mereka bersedia untuk pencapaian peribadi dan profesional untuk sepanjang hayat,”Cik Alicia, pengetua pusat ini, memberi jelasan tentang sebab dia ingin menjadi lebih daripada sekadar seorang guru muzik.
"Di samping membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh, kami juga berharap dapat memenuhi keperluan ibu bapa di komuniti kami, terutamanya mereka yang menghantar anak-anak mereka ke SJK(C) Hua Lian 3 (yang terletak bertentangan dengan pusat itu)," tambah Cikgu Alicia. Sebagai satu pusat sehenti, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mywis termasuk bimbingan kerja rumah, mengulangkaji mata pelajaran sekolah, bacaan berbilang bahasa dan pembelajaran berasaskan projek STEAM.
Di Mywis, sebahagian besar kaedah yang digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar mereka diilhamkan oleh falsafah pendidikan John Dewey – seorang perintis dalam pendidikan progresif di Amerika Syarikat. Pendekatan ini memupuk pembangunan kanak-kanak secara menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut:
Cik Alicia memperkenalkan kami kepada pelbagai program di Mywis: "Tidak kira apa bidang yang kanak-kanak akan ceburi apabila mereka dewasa, majikan akan sentiasa memilih pekerja yang mengetahui cara menyelesaikan masalah, berkomunikasi dengan baik, kreatif dan boleh bekerjasama dengan ahli kumpulan. Jadi, selain daripada membaca, sebagai tambahan kami menyepadukan elemen STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) ke dalam Program PENGAKTIFAN kami untuk memberikan kanak-kanak asas yang menyeluruh untuk maju di masa depan."
Program PENGAKTIFAN termasuk:
Guru-guru terlatih akan membantu pelajar memahami dan menjawab soalan dengan betul daripada sekadar memberitahu mereka jawapan, dan menghilangkan keupayaan mereka untuk berfikir sendiri. Selain daripada memastikan semua kerja rumah disiapkan dengan betul, guru juga memberi galakkan kepada pelajar supaya bersikap proaktif ketika menyiapkan kerja rumah dan pembelajaran mereka.
Sesi ulang kaji ini membantu pelajar yang ketinggalan atau menghadapi masalah di bidang tertentu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan guru akan mengukuhkan konsep utama dalam mata pelajaran utama sekolah termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, serta Sains dan Matemati. Mereka akan dinilai melalui sistem SCORE100 setiap bulan. Ini akan membolehkan pelajar mengetahui dan mencapai prestasi akademik yang lebih baik, yang seterusnya akan mempertingkatkan harga diri dan keyakinan mereka.
Pelajar-pelajar dibimbing untuk menguasai kemahiran membaca mereka dalam 3 bahasa utama – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina. Banyak buku yang menarik digunakan untuk merangsang imaginasi pelajar sambil meningkatkan perbendaharaan kata dan kefahaman mereka. Paling penting sekali ialah dengan memupuk tabiat membaca sepanjang hayat ini sejak kecil boleh meningkatkan keupayaan pelajar dalam mendapatkan dan memahami maklumat dengan mudah – ini asas kejayaan akademik.
Salah satu program yang menonjol di Mywis ialah projek STEAM yang menyeronokkan tetapi sangat bermanfaat untuk kanak-kanak. Setiap bulan, pelajar-pelajar akan berpeluang mencipta prototaip dan menjalankan ujian operasi sepenuhnya, seperti menggabungkan gear untuk membuat carousell mainan berputar, dan menggunakan tekanan air untuk mencipta daya untuk jambatan hidraulik. Semua ini memang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Di sepanjang proses itu, projek-projek yang berorientasikan pasukan ini akan meningkatkan keupayaan penyelidikan pelajar, kemahiran pembentangan dan peluang untuk berfikir di luar kotak.
Secara keseluruhannya, ia merangkumi 4C pendidikan moden, iaitu pemikiran kritis (critical thinking), kreativiti (creativity), kerjasama (collaboration) dan komunikasi (communication). Pasukan pendidik di Mywis percaya jika kanak-kanak boleh belajar menyelesaikan masalah hari ini, mereka pasti boleh bertanggungjawab untuk mengubah dunia pada masa depan.
Di samping itu, Akademi Mywis adalah salah satu penyelaras pertandingan bagi Pertandingan Projek STEAM Kitar Semula semasa Karnival Pendidkan Swasta (KPS) 2021 - acara anjuran Bahagian Pendidikan Swasta (MOE).
Selain daripada meningkatkan kebolehan pelajar dari segi kerja sekolah, Mywis turut mengutamakan kepentingan tumbesaran yang seimbang, termasuk pemakanan yang sihat dan tabiat pemakanan yang baik. Perhatian yang teliti diberikan semasa menyediakan hidangan, untuk memastikan bahawa kanak-kanak hanya mengambil makanan segar daripada semua kumpulan makanan yang belum diproses supaya mereka mendapat khasiat yang mencukupi untuk perkembangan mental dan fizikal. Sebagai langkah berjaga-jaga semasa pandemik COVID-19, kanak-kanak membawa bekas makanan mereka sendiri dan makan di tempat masing-masing untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Bukan ity sahaja, kanak-kanak yang berada di Mywis juga didedahkan kepada rutin harian berstruktur yang akan memberi sokongan kepada perkembangan emosi sosial yang sihat, serta kemahiran hidup praktikal lain yang penting. Dari masa ke masa, mereka akan lebih mampu menyesuaikan diri dengan cabaran harian dan jangkaan baru dalam kehidupan.