by on 17/03/2020 442
Modern English dibuka pada 2011, berbekalkan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris.
Berkeluasan dua tingkat dengan menempatkan lobi yang luas, 7 bilik darjah, sebuah perpustakaan dengan lebih 600 judul dan makmal komputer, Modern English bersedia berbincang dengan anda tentang matlamat penguasaan bahasa Inggeris anda – apa sekali pun matlamat itu.
Steve Holloway dan pasangannya, Angie Yeo merupakan guru Bahasa Inggeris berkelayakan yang mengasaskan pusat mereka dengan matlamat untuk membawakan para guru terbaik kepada seramai mungkin pelajar.
Dedikasi mereka untuk memungkinkan peluang pembelajaran Bahasa Inggeris secara terbuka boleh dilihat bukan hanya dalam kelas mereka sahaja, tetapi juga melalui inisiatif mereka yang mengkagumkan: sayembara penulisan Bahasa Inggeris dibuka kepada murid dari sekolah rendah kerajaan.
Tahun lepas, seorang kanak-kanak lapan tahun dari sekolah Cina setempat memenangi tempat pertama, merangkumi hadiah wang tunai RM1000 untuk pelajar dan RM1000 lagi untuk sekolah pemenang.
Steve, seorang berbangsa British yang telah tinggal di Malaysia selama hampir 30 tahun, menerangkan, “Para guru sekolah negeri melaksanakan tugas yang sangat baik dalam keadaan yang sukar. Itulah sebabnya kami memberikan hadiah untuk sekolah serta kanak-kanak tersebut.”
Pusat ini menawarkan program bahasa Inggeris untuk kanak-kanak dan dewasa dari usia 5 tahun ke atas. Para pelajar boleh menyertai pada mana-mana tahap kecekapan kerana mereka secara teliti ditempatkan dalam kumpulan yang berasaskan usia dan keupayaan.
Sama ada anda mahu anak anda bersedia untuk pendidikan sekolah rendah, peralihan ke suasana sekolah antarabangsa atau belajar di kolej luar negara, Modern English boleh membantu anda melalui perjalanan pembelajaran itu. Mereka juga boleh membantu anak anda (atau anda) bersedia untuk peperiksaan bahasa Inggeris seperti IGCSE, Cambridge dan IELTS.
Dengan rekod prestasi bekas pelajar yang mengesankan, kakitangan di sini telah menyaksikan alumni mereka meneruskan pengajian ke universiti terkemuka seperti Cambridge dan Oxford.
Jika anda melabur untuk para guru, perkara lain akan terjaga dengan sendirinya – inilah yang dipercayai oleh pengasas Modern English. Memandangkan tiada dua kelas yang pernah serupa, pusat ini mengutamakan perlunya pendidik menjadi responsif kepada dinamisme unik yang muncul bersama setiap kelas.
Separuh daripada guru di Modern English adalah rakyat asing, sementara sebahagian lagi rakyat Malaysia. Semua guru disyaratkan untuk memiliki ijazah dan mampu bertutur pada tahap penutur jati.
“Orang Malaysia boleh menjadi sebaik penutur jati dalam mengajar bahasa Inggeris, kalaupun tidak lebih baik. Tetapi tidak kira apa-apa bahasa pun yang ingin anda pelajari, munasabah untuk terdedah kepada penutur jati.”
Bagi saya, saya tidak bertutur dalam mana-mana bahasa lain. Jika kanak-kanak ingin bercakap dengan saya, mereka mesti bertutur bahasa Inggeris. Jadi, mereka akan berada dalam situasi di mana mereka akan terpaksa menggunakan bahasa tersebut dalam percakapan – dan mereka tidak pun memikirkan tentang hal itu secara sedar .Steve menjelaskan
Pendekatan pengajaran di Modern English adalah berpandukan pelajar, dengan para guru bertindak sebagai pemudah cara, menggalakkan perbincangan dan inisiatif. Para guru juga sangat mudah didekati dan boleh dilihat berbual dengan pelajar sesuai dengan tahap mereka, tanpa berasa tinggi diri.
Suasana mesra dan terbuka ini menjadikan penguasaan dan latihan bahasa jauh lebih mudah.
“Ia tidak akan berhasil jika ibu bapa perlu menarik tangan anak-anak untuk menaiki tangga pusat kami. Tetapi jika ia sebaliknya, kami melihatnya sebagai sesuatu yang hebat,” kata Steve dengan senyuman.
Modern English menekankan pembelajaran bermakna – tetapi dengan limpahan keseronokan. Mereka mahu pelajar berhenti memikirkan bahasa Inggeris sebagai subjek akademik dan sebaliknya melihatnya sebagai kaedah komunikasi.
Apabila memperkatakan tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran, Steve dan Angie memahami bahawa kanak-kanak dan orang dewasa kedua-duanya belajar dalam keadaan terbaik apabila mereka berminat dengan sesuatu aktiviti dan menikmatinya.
Oleh itu, apabila memperkatakan tentang program mereka untuk kanak-kanak kecil, Angie memastikan ada banyak aktiviti bergerak dan bermain. Pelajaran dipenuhi dengan permainan yang cergas dan bersemangat yang menonjolkan pertandingan persahabatan antara pelajar. Tambahan lagi, kelas untuk yang berusia muda dibantu oleh pembantu guru: membolehkan pengalaman pembelajaran yang paling kondusif.
Tanpa mengira usia dan tahap, aktiviti dalam semua kelas direka bentuk supaya interaktif dan menarik.
Ibu bapa bebas untuk datang pada bila-bila masa dan berbincang dengan Steve dan Angie tentang keperluan anak mereka atau kerisauan yang berkaitan. “Kami sangat terbuka,” tekan Steve.
Untuk memaklumkan ibu bapa perkembangan terkini tentang prestasi pelajar, laporan kemajuan disediakan pada setiap hujung penggal (terdapat 4 penggal dalam setahun). Dalam laporan, terdapat komen oleh guru dan senarai semak objektif pembelajaran yang telah dicapai oleh para pelajar. Pada hujung tahun, pusat ini menganjurkan hari ‘pertemuan ibu bapa dengan guru’.
“Bersama kami ada ibu bapa yang menghantar anak kecil mereka di pintu kepada kami, tanpa masuk ke dalam. Saya fikir ini menunjukkan tahap kepercayaan yang dimiliki oleh ibu bapa terhadap kami,” dedah Steve.