by on 14/01/2022 611
Sorotan Utama |
|
Bermain dengan kata-kata; mengetahui maksud yang tersirat di sebalik sebuah teks; mengeluarkan idea sendiri; dan juga, meluahkan pendapat mengenai mana-mana subjek tertentu. Jangan pula terkejut jika diberi tahu bahawa semua ini sebahagian hasil pusat perkembangan IQ kanak-kanak yang disukai ramai, iaitu Cosmotots-iqd. Kiddy 123 berpeluang untuk berbual dengan Puan Yoong dan anaknya Ea Wei untuk mendedahkan lebih lanjut lagi mengenai pusat pengajaran milik keluarga mereka ini.
Kira-kira 35 tahun lalu, Encik TC Yoong, bapa kepada Ea Wei terasa amat kecewa dengan cara anak-anaknya sedang diajar di tadika. Sebabnya ialah, beliau mendapati bahawa pendidikan yang mereka terima itu tidak banyak membantu mereka dalam segi pembacaan, mahu pun memupuk minat membaca dalam diri mereka. Encik Yoong sendiri amat gemar membaca, dan sehingga hari ini beliau masih percaya bahawa rahsia untuk berjaya dalam mempelajari apa-apa sahaja bermula dengan kebolehan membaca dan menulis dengan baik. “Melalui kebolehan membaca dan menulis dengan baik, kanak-kanak akan mempunyai kunci untuk membuka segala potensi pembelajaran sebenar mereka. “Untuk belajar dengan baik, kita dahulunya perlu mempunyai keupayaan untuk membaca dengan baik” Puan Yoong bercakap tentang pendirian suaminya dalam soal pendidikan anak-anak, dari dulu hingga sekarang.
Puan Yoong menjelaskan bahawa sebelum jenama Cosmotots-iqd ditubuhkan, ibu bapa membawa anak-anak mereka ke TC Yoong dengan harapan dapat meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris anak-anak mereka. “Pada masa itu, semuanya lebih kepada pendidikan tambahan, dan TC Yoong ditugaskan untuk membantu kanak-kanak membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris, dalam tempoh masa yang sesingkat mungkin. “Suami saya percaya (dan masih percaya) bahawa hanya jika mereka boleh membaca dan menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris, mereka boleh meluaskan daya fikiran mereka,” katanya sambil tersenyum. Mungkin inilah sebabnya Cosmotots-iqd, yang secara rasmi dinamakan demikian pada tahun 1991, masih lagi dikenali sebagai pusat bahasa Inggeris.
Kini, dengan lima cawangan sedang beroperasi (tiga di Lembah Klang dan dua di Negeri Sembilan), Cosmotots-iqd mempunyai kurikulum dan metodologi yang unik jika dibandingkan dengan mana-mana pusat pengayaan lain. Sebagai ringkasan daripada apa yang dijelaskan oleh Ea Wei, seorang pelajar tidak mungkin dapat belajar, berfikir dengan baik, mahu pun menulis dengan baik, jika dia tidak cukup membaca! Bukankah semua ini masuk akal untuk kita?. Sama ada anda ibu bapa yang berhasrat untuk anak anda mendapat semua 'A dalam peperiksaan mereka, atau yang mahu anak mereka menjalani perjalanan pendidikan yang memuaskan sepanjang hayat persekolahan mereka, apa yang paling diperlukan oleh anak anda supaya salah satu daripada ini menjadi realiti adalah keupayaan membaca dengan baik! Apabila kanak-kanak digalakkan untuk memupuk minat membaca buku, dan diajar untuk membuat pertanyaan dan membincangkan perkara yang telah dibaca, mereka pasti akan mengembangkan minat untuk belajar. Malah, pembelajaran akan menjadi lebih mudah untuk mereka!
Di Cosmotots-iqd, adalah dipercayai bahawa pembacaan yang meluas merupakan kunci untuk membuka semua pintu peluang untuk kanak-kanak. Ia juga mampu memastikan bahawa persekolahan menjadi perjalanan yang menyeronokkan, terutamanya jika kanak-kanak dapat menulis dengan baik dan mengekspresikan pendapat mereka dengan pen dan kertas. Seperti yang dijelaskan oleh Ea Wei, semuanya bermula dengan kemahiran membaca yang baik. Hanya melalui membaca dan memahami apa yang dibaca, sehingga dapat berbincang tentang apa yang dibaca, kanak-kanak boleh belajar cara untuk meluahkan diri dan idea mereka sehingga dapat menghasilkan esei, laporan, cerita, dan sebagainya yang ditulis dengan baik. , jika ibu bapa bergantung pada cara pengajaran konvensional di sekolah, malangnya anak mereka mungkin akan semakin jauh daripada kejayaan.
“Masalah besar di sekolah konvensional, dan juga sistem pembelajaran hari ini ialah, pelajar tidak didesak untuk membaca secukupnya! Ini membawa kepada keupayaan bahasa yang lemah, dan seterusnya, proses pemikiran mereka juga akan menjadi lemah,” keluh Ea Wei.
Di Cosmotots-iqd, buku cerita merupakan 'silibus' utama kanak-kanak, dan membaca, berbincang serta menulis merupakan aktiviti-aktiviti bintang mereka yang pasti akan membawa kejayaan cemerlang di sekolah, mahu pun di masa depan. Buku ini kebanyakannya terdiri daripada cerita-cerita klasik antarabangsa seperti Black Beauty, Tom Sawyer, Call Of The Wild, Jungle Book dan banyak lagi. Kanak-kanak dipupuk dalam minat mereka untuk membaca, dan digalakkan untuk berbincang, berdebat, dan memberi pendapat mereka tentang apa yang telah mereka baca. Hasilnya adalah pelajaran yang disepadukan, bakkan aduk sepenuhnya dalam pembelajaran! Apabila mereka memperoleh kebolehan bahasa yang lebih kuat dan mendalam, kualiti pemikiran mereka juga bertambah baik, begitu juga dengan penulisan mereka - hasil ini boleh dikatakan sudah pasti!
Wabak pandemik Covid-19 sudah tentu telah membawa beberapa cabaran unik. In adalah kerana, Cosmotots-iqd bukan "pusat tuisyen", oleh itu kelas dalam talian tidak menjadi sifat kedua kepada mereka, sebagaimana dengan pusat-pusat pembelajaran lain. Syukurlah, Cosmotots tetap bereputasi baik dan telah lama wujud, dan oleh itu telah berjaya bertahan dan terus berkembang maju. “Walaupun sebahagian daripada program kami telahpun dialihkan kepada kelas dalam talian, kesemua lima cawangan telah menyambung semula kelas fizikal di mana interaksi secara muka-ke-muka ini menggalakkan kebolehan pembelajaran yang lebih baik dan lebih mampan. Ini juga amat berfaedah bagi kanak-kanak kecil yang belum berkeupayaan untuk membaca dengan sendiri. Terdapat ramai kanak-kanak berumur 6 tahun yang akan memulakan persekolahan tahun depan, dan yang tidak tahu membaca perkataan dan ayat yang mudah,” Ea Wei mendedahkan kepada kami. "Matlamatnya adalah untuk membantu kumpulan kanak-kanak ini supaya mereka dapat beralih ke arah yang betul dari segi pembelajaran dan berfungsi dengan lebih baik di sekolah."
Sebelum didaftar masuk ke Cosmotots-iqd, seseorang kanak-kanak dinilai dari segi kebolehannya untuk bertutur dan juga membaca dalam bahasa Inggeris. Penilaian ini dikendalikan secara profesional dan mesra kanak-kanak, dan seterusnya pengelasan dilakukan mengikut kemampuan setiap kanak-kanak, supaya dapat belajar dengan selesa. Kelas-kelas serta program-program masing-masing dinamakan supaya memberi inspirasi kepada murid-murid, di antaranya Primer, Skywalker, Explorer, Omega, dan beberapa lagi. Kesimpulannya seperti yang kita faham daripada temu bual pada hari itu, sebaik sahaja dia didaftarkan masuk ke Cosmotots-iqd, seseorang kanak-kanak itu akan mula berkembang maju dari segi bacaan, pembelajaran, penulisan, dan sudah tentunya, perbualan dan perbincangan.