by on 02/06/2022 618
Sorotan Utama |
|
Dengan begitu banyak pelarasan perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar apabila mereka kembali ke sekolah dari pembelajaran kelas maya, kemungkinan besar terdapat ramai pelajar yang tersesat dalam peralihan. Jika keadaan anda sama dengan kebanyakan ibu bapa yang lain pada masa ini, di mana anda mendapati anak anda ketinggalan dalam mata pelajaran sekolah yang tertentu, atau menghadapi masalah dengan kerja rumahnya, ataupun hanya kurang disiplin untuk belajar, sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan kursus pembelajaran selepas sekolah. Tidak perlu teragak-agak lagi, Clever Education adalan yang anda perlukan!
Clever Education ialah pusat tuisyen dan pusat jagaan harian yang dikhaskan untuk memastikan pelajar-pelajar sekolah rendah berkembang maju dalam pendidikan mereka, di samping memberi kelegaan dan ketenangan fikiran kepada ibu bapa bahawa anak mereka berada di bawah jagaan yang baik serta mencapai kemajuan akademik yang memuaskan. Clever Learning Centre ini terletak di lot kedai yang luas di Damai Utama, Puchong, dan berdekatan dengan beberapa buah sekolah seperti SJK(C) Bukit Serdang, SJK(C) Shin Cheng, SJK(C) Yak Chee. Terdapat juga beberapa buah sekolah antarabangsa yang lain. Selain daripada itu, perkhidmatan pengangkutan juga disediakan, memberikan mekudahan kepada ibu bapa yang sibuk bekerja.
Pusat ini menawarkan kursus sesi pagi (bermula dari 9 pagi) dan petang (sehingga 6 petang) untuk memadani semua jadual sekolah.
Guru-guru akan mengukuhkan lagi konsep utama pelajar dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, meningkatkan pemahaman pelajar tentang kandungan pembelajaran supaya mereka boleh belajar dengan lebih yakin. Pelajar-pelajar akan belajar bagaimana untuk meningkatkan kemahiran membaca, mendengar, menulis, bertutur, berfikir dan menyelesaikan masalah melalui kaedah yang menyeronokkan lagi berkesan.
Kelas tuisyen adalah berdasarkan modul KSSR terkini, yang serasi dengan sukatan pelajaran sekolah mereka.
Clever Learning Centres menggunakan sistem bimbingan kerja rumah sistematik yang direka khas. Ia boleh membantu pelajar menyiapkan kerja rumah mereka dengan berkesan sambil menjejaki kemajuan matlamat mereka. Guru-guru bukan sahaja akan menyemak kerja rumah untuk memastikan semuanya dilakukan dengan betul, mereka juga menerapkan strategi kepada pelajar-pelajar supaya lebih cekap dalam pengurusan masa dan kerja rumah mereka.
Masa yang dihabiskan di pusat ini juga membantu pelajar-pelajar menjadi lebih berdikari dan berdisiplin dari segi pengurusan masa dan tabiat harian mereka. Selain daripada dihidangkan dengan makanan yang berkhasiat, kanak-kanak juga belajar untuk bersosial apabila bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Ini membawa lebin manfaat kepada kanak-kanak berbanding denga menghabiskan masa bersama datuk nenek atau penjaga di rumah.
Sebagai tambahan kepada kelas tuisyen dan sesi bimbingan kerja rumah, Clever juga menawarkan kursus khas akhir tahun, seperti Kelas Pemantapan Bahasa (untuk meningkatkan kemahiran membaca dan perbendaharaan kata kanak-kanak), Kelas Pra-sekolah Rendah dan Pra-menengah (menyediakan kanak-kanak untuk peralihan yang lancar ke tahap pendidikan yang selanjutnya), serta Kem Percutian yang dinanti-nantikan. Tema yang menarik dari kem-kem percutian yang lalu adalah seperti Detektif Kecil dan Ejen Khas Remaja, di mana kanak-kanak diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti praktikal yang menyeronokkan.
Sebagai pemegang francais Clever, semua guru di pusat menerima latihan yang menyeluruh secara berterusan. Ini adalah untuk memastikan mereka dikemas kini dengan sukatan pelajaran pendidikan yang terbaru dan memahami kaedah pengajaran yang berkesan. Mereka dibimbing supaya memahami kanak-kanak dari hati dan fikiran mereka, dan sentiasa mengamalkan kesabaran dan keprihatinan dalam proses perjalanan untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
Satu lagi faktor kejayaan Clever Learning Centres ialah suasana pembelajaran yang baik. Di sini, tdak kira di tahap mana keupayaan pelajar, mereka tetap akan berasa selamat, fokus dan bermotivasi untuk belajar. Semua pelajar dialu-alukan ke pusat ini dan akan diberi sokongan yang diperlukan untuk mencapai matlamat mereka.