by on 13/06/2023 352
Sorotan Utama |
|
Di Bukit Jalil, terletak sebuah sekolah asas premium untuk kanak-kanak yang dipanggil ABC Tot. Di sini, kanak-kanak berusia semuda dua tahun dapat menghabiskan masa berkualiti mereka dalam persekitaran yang kondusif untuk membelajar, meneroka dan membina kemahiran-kemahiran hidup yang penting.
Ibu bapa pada masa kini tidak lagi sanggup menunggu sehingga anak mereka berumur 5 atau 6 tahun sekadar untuk menghantar mereka ke tadika atau prasekolah sebelum memasuki sekolah rendah. Mereka lebih sedar kini bahawa anak-anak kesayangan mereka itu akan kehilangan peluang pembelajaran penting semasa umur mereka masih muda lagi, apabila otak mereka berfungsi seperti span dalam menyerap maklumat. Lebih banyak keluarga di Bukit Jalil kini mengetahui mengenai ABC Tot dan segala yang ditawarkannya untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kiddy123 ingin menghuraikan unsur-unsur penting sekolah asas kank-kanak yang unik ini dan kurikulumnya yang lain daripada yang lain.
Menggunakan Pendekatan Kecerdasan Pelbagai Berasaskan Cerita, atau Story-based Multiple Intelligence Approach, kurikulum yang ditawarkan di ABC Tot bertujuan untuk mengemukakan pelbagai jenis kecerdasan dan kualiti intelek kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 4 tahun, dan memanfaatkan kesemuanya, dengan sepenuhnya. Perlu diingat juga bahawa pendekatan tersebut mengesahkan serta menghormati hakikat bahawa tiada dua kanak-kanak yang serupa dalam tahap pertumbuhan, perkembangan, kemahiran dan juga bakat mereka. Oleh yang demikian, kanak-kanak yang hadir ke ABC Tot cukup berpeluang untuk berkembang maju dalam tempoh pertumbuhan dan pembelajaran kritikal mereka.
Teori Kecerdasan Pelbagai mendedahkan bahawa kanak-kanak sepatutnya dipimpin dalam perkembangan Kecerdasan Linguistik-Verbal mereka; Kecerdasan Logik-Matematik; Kecerdasan Visual-Spatial; Kecerdasan Kinestetik Badan; Kecerdasan Muzik; Kecerdasan Interpersonal; Kecerdasan Intrapersonal; Kecerdasan Naturalistik mereka; serta Kecerdasan Wujud. Dengan pendekatan Kecerdasan Pelbagai Berasaskan Cerita ini, guru memetik bahagian-bahagian penting daripada cerita terpilih yang berpendidikan, untuk kegunaan semasa membentuk aktiviti dan pelajaran yang menyeronokkan bagi anak-anak murid mereka. Dengan sesuatu cerita sebagai asas, guru berusaha untuk membantu anak-anak kecil membangunkan dan memanfaatkan kecerdasan paling menonjol dalam diri masing-masing, seterusnya membantu dalam perkembangan holistik kanak-kanak tersebut.
Dalam bilik-bilik darjah bersaiz kecil, guru-guru yang penyayang serta berkelayakan tinggi di sekolah asas premium kanak-kanak ini memberikan perhatian yang amat diperlukan oleh pelajar mereka supaya dapat berkembang maju dalam pelajaran dan aktiviti masing-masing. Guru juga membimbing kanak-kanak dalam pembinaan kemahiran-kemahiran hidup yang berguna dan juga tabiat-tabiat baik yang pasti bermanfaat mereka di masa depan. Guru ABC Tot Bukit Jalil juga berusaha untuk menyediakan laporan bertulis kemajuan setiap anak muridnya sebelum memuat naik setiap laporan tersebut ke aplikasi sekolah. Ini dilakukan setiap hari, supaya ibu bapa sentiasa dimaklumkan tentang pengalaman anak-anak mereka di sekolah setiap hari.
Bukan semua keluarga mempunyai masa kerja yang tetap atau sama. Mungkin ada juga yang mempunyai lebih banyak masa lapang dan ada yang tidak. Memahami perkara ini, ABC Tot menawarkan beberapa pilihan dalam jadual operasi mereka supaya setiap keluarga dapat memilih masa yang paling sesuai. Jadual operasi terdiri daripada 2 hari; 3 hari atau 5 hari seminggu, dan juga pilihan separuh hari atau sehari penuh untuk perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Ibu bapa mendapati bahawa kemudahan yang disediakan ini sangat membantu mereka, terutamanya mereka yang tidak dapat mengikuti waktu persekolahan biasa.
Dengan perhatian peribadi dan bilik darjah yang kecil dan lebih mudah diurus, guru membantu para hadirin ABC Tot memupuk kemahiran hidup harian yang berguna di samping tabiat-tabiat baik yang akan membantu mereka menjadi individu yang lebih baik. Kanak-kanak didapati mempunyai respon yang baik terhadap rutin, justeru ABC Tot memastikan bahawa anak-anak kecil mengikuti rutin amalan kehidupan harian yang baik, termasuk amalan kebersihan, penjagaan diri, membersihkan diri, memastikan ruang pembelajaran masing-masing elok dan kemas, mengembalikan barang yang digunakan ke tempat asal, dsb.
Anak-anak kecil juga dibimbing supaya berkelakuan lebih baik seperti bertanggungjawab, berbaik hati, bersopan, menghormati orang lain, dan budi pekerti lain yang baik - semuanya sifat yang akan membantu mereka membesar menjadi orang dewasa yang mesra dan mempunyai sikap hormat. Keyakinan diri mereka juga akan dipupuk, yang seterusnya akan membantu mereka mempunyai harga diri yang sihat.
Menggunakan pendekatan Kecerdasan Pelbagai Berasaskan Cerita, banyak aktiviti yang menyeronokkan yang telah disediakan untuk kanak-kanak di ABC Tot. Bagi setiap hari di sekolah, mereka akan pulang ke rumah setelah mempelajari sesuatu yang baru dan menarik.
Sekolah ini amat berbangga dengan programnya yang dikenali sebagai Masakan Kolaboratif, atau Collaborative Cooking, satu aktiviti yang membolehkan kanak-kanak kecil menunjikkan sikap bertanggung jawab di dapur yang direka khas untuk kegunaan mereka, iaitu dapur mesra kanak-kanak. Mereka boleh menyediakan hidangan atau makanan ringan, sama ada secara individu atau berpasangan dengan kanak-kanak lain. Aktiviti ini melatih kanak-kanak dari usia muda lagi supaya mempunyai penghargaan yang sihat terhadap makanan, menyediakan makanan, memastikan kebersihan dapur, menjaga keselamatan makanan, menghormati perkongsian tugas, bekerjasama dan banyak lagi.
Setiap hujung minggu, ABC Tot bekerjasama dengan pusat seni kanak-kanak yang terkenal bernama Mi Art, dan hasilnya sungguh menginspirasikan! Selaras dengan pendekatan yang digunakan di ABC Tot, Mi Art sebenarnya merupakan singkatan kepada Multiple Intelligence Art. Daripada berselisih dengan kerenak anak-anak yang menunjukkan kreativiti mereka di dinding atau lantai rumah, sesi hujung minggu Mi Art di ABC Tot merupakan cara yang lebih baik untuk kanak-kanak mengasah bakat mereka dan membiarkan imaginasi masing-masing mengambil alih. Ibu bapa senang hati melihat anak-anak mereka berkembang maju dalam kelas ini, di mana ada sahaja bakat terpendam untuk didedahkan dalam diri kanak-kanak melalui usaha dan semua hasil ciptaan mereka!
Kelas-kelas Mi Art yang ditawarkan adalah seperti berikut: Messy Art (3-6 tahun); Explorer (6-9 tahun); dan Adventurer (9-12 tahun).