Site logo

Selected Preschools in Klang

by on 06/10/2025 20127

Also available in : English 中文版

Artikel ini telah dikemaskini pada 4 Mac 2025.

Dengan pembangunan pesat bandar-bandar baharu di Klang, prasekolah dan tadika juga tumbuh seperti cendawan di kawasan tersebut. Akan tetapi, terlalu banyak prasekolah dan tadika yang sering mendakwa diri mereka sebagai yang terbaik. Oleh itu, Kiddy123 telah membuat senarai prasekolah dan tadika terpilih di Klang termasuklah Bandar Botanic, Bukit Tinggi, Bayu Perdana & banyak lagi! Setiap prasekolah dan tadika ini mempunya keistimewaan mereka tersendiri, teruskan membaca dan lihatlah prasekolah dan tadika yang sesuai dengan pilihan anda.

 

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


 Acmar International & Private Schools, Klang

Ditubuhkan pada pertengahan 2018 dan terletak di lokasi strategik di Bandar Baru Klang, Acmar International and Private Schools telah memperoleh reputasi sebagai yang terbaik dalam kategorinya, semuanya kerana pendekatan holistik yang sihat dalam membimbing pelajar mereka sebagai pemikir kreatif dan kritis lengkap dengan kemahiran abad ke-21 yang amat diperlukan. Ini tidak dapat dielakkan apabila mereka memiliki kemudahan terbaik yang kondusif untuk pelajar mengasah pengetahuan dan kemahiran droning, robotik, pengekodan, dan lain-lain yang sesuai dengan dunia moden.

Dalam menyokong aspirasi negara kita untuk menjadi hab pendidikan serantau, AIS komited untuk kecemerlangan dan mengutamakan pendidikan berkualiti untuk pelajarnya. Setiap pendidik dan kakitangan memberi perkhidmatan mereka kepada sekolah dan masyarakat dengan sepenuh hati. Ia menawarkan pendidikan sekolah antarabangsa dan swasta yang boleh diperoleh oleh semua pelajar yang tinggal di Malaysia. Kemudahan asrama yang diurus dengan baik menjadikannya lebih mudah diakses oleh semua orang.

Acmar International & Private Schools (Early Years), Klang

Acmar International & Private Schools (Early Years), Klang
PT 21156, Persiaran Rajawali, Bandar Baru Klang,

Klang, Selangor 41150
Malaysia
03-3362 4333 / 016-968 8XXX
Show Number
03-3362 4333 / 016-968 8402 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Dengan sejarah lebih 60 tahun, Beaconhouse Preschool Bunga Raya, Klang telah mendidik generasi atas generasi penduduk di Klang, dan terus menghasilkan individu yang cemerlang, sekarang di bawah jenama Beaconhouse yang terkemuka. Kurikulum sekolah mengandungi elemen dari pelbagai pendekatan pembelajaran dan ianya digandingkan dengan aktiviti yang menggayakan, sesuai dengan falsafah Beaconhouse “Play to Learn, Learn to Play”. Selain subjek akademik, kanak-kanak di sini turut mengambil bahagian dalam pembelajaran berdasarkan projek, di mana mereka dapat mengasah kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran secara kritis mereka. Ruang sekolah termasuklah bilik darjah yang besar dan halaman yang luas sangat kondusif untuk pembesaran kanak-kanak.

Beaconhouse Preschool Bunga Raya, Klang

Beaconhouse Preschool Bunga Raya, Klang
No. 43, Jalan Ibus, Southern Park,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
03-3371 2340 / 018-215 8XXX
Show Number
03-3371 2340 / 018-215 8008 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Beaconhouse Preschool Sarah’s Klang merupakan sebuah tadika dengan sejarah selama tiga dekad di bandarraya Klang, menawarkan suasana pembelajaran yang mesra untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga enam tahun. Ia diikitiraf sebagai sekolah yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai pendekatan yang holistik, dengan penekanan diberikan kepada membina asas yang kukuh dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin, belajar sambil bermain, serta aktiviti yang berstruktur. Dengan pelbagai kemudahan yang luas seperti kolam renang yang tertutup, ruang permainan di luar, dan juga bilik darjah yang lengkap, sekolah ini menyerlahkan komitmennya terhadap memupuk perkembangan yang seimbang dan pengalaman pembelajaran yang komprehensif untuk setiap muridnya.

Beaconhouse Preschool, Sarah’s Klang

Beaconhouse Preschool, Sarah’s Klang
No. 9 & 11, Lebuh Seraya, Taman Palm Grove,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
03-3373 8117 / 018-213 8XXX
Show Number
03-3373 8117 / 018-213 8008 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


CIC Sri Andalas Klang sesuai untuk ibubapa dan keluarga yang ingin mencari program pendidikan yang holistic untuk anak-anak mereka yang berusia 3 hingga 12 tahun. Sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre, pusat ini menawarkan pengalaman pendidikan yang sempurna yang berdasarkan pendidikan moden dan nilai-nilai Islam, dan menyimbangkan akademik dan juga perkembangan menyeluruh setiap kanak-kanak. Terdapat 18 program pendidikan yang ditawarkan yang bertumpukan bidang pendiidkan tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal – selain aktiviti praktikal yang bertujuan untuk memupuk pemimpin masa hadapan yang cemerlang.

CIC Sri Andalas, Klang

CIC Sri Andalas, Klang
No. 20A & 20B, Jalan Seri Sarawak 20B, Taman Sri Andalas,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
012-262 0XXX
Show Number
012-262 0643 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Little Dreamers Childcare Centre, Klang

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Little Dreamers Klang, ditubuhkan pada 2019, menawarkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Pusat ini memberi tumpuan kepada membimbing bayi dan kanak-kanak untuk meneroka dunia dan memupuk minat belajar sepanjang hayat melalui dua programnya: Penjagaan Bayi (2-18 bulan) dan Kanak-Kanak Kecil (19-48 bulan). Penjaga yang berdedikasi memastikan kanak-kanak berasa seronok dan gembira setiap hari. Ia difahami bahawa keseronokan adalah asas perkembangan dan pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Program di sini direka khas untuk keperluan individu dan perkembangan setiap kanak-kanak adalah mengikut rentak mereka sendiri.

Little Dreamers Childcare Centre, GM Remia, Klang

Little Dreamers Childcare Centre, GM Remia, Klang
A-G-Tadika, GM Remia Residence, Jalan Remia / KSO7, Ambang Botanik,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
017-673 3XXX
Show Number
017-673 3938 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Aktiviti praktikal dan pembelajaran berasaskan projek menjadi tumpuan di Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi, sebuah prasekolah yang mempunyai kurikulum yang dinamik, sesuai dengan setiap tahap perkembangan kanak-kanak. Sekolah ini dibahagikan kepada dua kampus yang besar, dikelilingi kehijauan, dengan ruang yang luas serta reka bentuk yang cantik bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk kanak-kanak kecil. Subjek utama yang diajar di sini termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, dan Matematik, yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), disokong dengan buku dan bahan-bahan pembelajaran dari jenama Talento.

Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi (Junior & Senior)

Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi (Junior & Senior)
No. 1 & 3, Lorong Batu Nilam 12A, Bandar Bukit Tinggi,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
017-230 9XXX
Show Number
017-230 9130 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pembelajaran bukanlah setakat menerima didikan dari guru sahaja. Oleh itu, Small Wonder Malaysia, Bandar Parklands, Klang melibatkan kanak-kanak dalam proses pembelajaran melalui pendekatan yang pelbagai, termasuklah elemen dari Montessori, KSPK, dan pembelajaran berdasarkan projek. Sekolah ini dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan yang sesuai untuk kanak-kanak, seperti bilik darjah yang amat luas, perpustakaan, taman permainan luar, dan ruang ‘messy play’. Salah satu ciri unik di sini ialah pembelajaran berdasarkan projeknya, yang memupuk kreativiti, daya penyelesaian masalah, di samping mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi kanak-kanak.

Small Wonder Malaysia, Bandar Parklands, Klang

Small Wonder Malaysia, Bandar Parklands, Klang
Lot PT108310, Jalan Delima 13, Bandar Parklands,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
017-230 9XXX
Show Number
017-230 9130 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 


Selama lebih 30 tahun penubuhannya, Sri Kenanga adalah tadika yang prihatin. Apa yang menjadikan mereka menonjol adalah sikap mereka terhadap kanak-kanak dan masyarakat. Sudah tentu semua kanak-kanak yang datang dijaga dengan baik, tetapi perbezaannya ialah mereka membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Keuntungan dari tadika sering disumbangkan kepada rumah anak yatim dan/atau individu yang memerlukan.

Sri Kenanga kini mempunyai 2 cawangan. Cawangan Botanic ialah sebuah rumah kedai tiga tingkat yang kelihatan begitu ceria dan menarik. Tempat yang terang dengan cahaya semula jadi dan terasa sangat lapang dengan banyak ruang untuk kanak-kanak meneroka! Sekolah ini bahkan pernah dipaparkan di majalah Female kerana sistem pengekodan khas mereka untuk keselamatan anak-anak di sekolah!

 

Tadika Sri Kenanga, Bandar Botanic

Tadika Sri Kenanga, Bandar Botanic
No. 22, Jalan Kasuarina 11,

Bandar Botanic, Klang, Selangor 41200
Malaysia
03-3318 8XXX
Show Number
03-3318 8728 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Ini adalah cawangan yang lain Tadika Sri Kenanga di Bayu Perdana. Terletak di banyak sudut deretan rumah teres, tadika ini sangat luas, bersih dan selesa. Guru di sini terlatih dan berkelayakan untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas juga!

Terdapat sesi pagi, sesi petang, dan program pengayaan sepenuh hari. Kumpulan umur yang berbeza belajar dengan cara berbeza di Tadika Sri Kenanga. Contohnya, kanak-kanak berumur 3-4 tahun akan mengikuti gaya pembelajaran Montessori untuk lebih banyak waktu bermain dan belajar mengikut kemampuan tersendiri. Kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun akan mengikuti gaya pembelajaran Waldorf untuk belajar berdikari dan latihan keyakinan diri. Mereka juga diperkenalkan kepada kerja berkumpulan dan bahan yang lebih “educational” untuk memastikan persediaan yang baik bagi sekolah rendah.

Tadika Sri Kenanga, Bayu Perdana

Tadika Sri Kenanga, Bayu Perdana
No. 66 & 68, Solok Batu Unjur 5B, Taman Bayu Perdana,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
03-3324 3XXX
Show Number
03-3324 3803 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Disclaimer:

Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.


If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025