Site logo

Selected Preschools in Tropicana – Ara Damansara

by on 02/08/2025 29122

Also available in : English 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 17 Februari 2025.

Pengembaraan Kiddy123 dalam meninjau prasekolah telah membawa kami ke Tropicana – Ara Damansara, Selangor. Tempat ini adalah di pinggir bandar yang padat penduduknya dan ianya berkembang pesat dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Juga dikenali sebagai Segitiga Emas Petaling Jaya, ibu bapa diberikan banyak pilihan prasekolah untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan anak. Berikut adalah beberapa prasekolah di kawasan ini yang dikenali untuk menawarkan program yang menarik untuk anak-anak kecil.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.

Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Kota Damansara ,  Prasekolah Terbaik di Damansara Heights

 


Kinderland Maisson Ara Damansara menawarkan program penjagaan kanak-kanak dan pendidikan penuh untuk kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 6 tahun. Di sini anda akan mendapat kemudahan penjagaan bayi khas dan kurikulum prasekolah yang lengkap.

Pusat premium ini dibuka pada tahun 2017 dan mempunyai banyak ruang untuk anak-anak belajar dan meneroka, dan persekitaran yang dirancang agar kondusif untuk perkembangan anak-anak. Anak-anak di sini akan belajar tanggungjawab, mengembangkan rasa ingin tahu dan pasti membina keyakinan mereka.

Melalui pendekatan pendidikan holistik dan berpusatkan muzik, anak-anak di Kinderland akan membantu mengembangkan semua aspek pertumbuhan dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan kreatif.

Kinderland Maisson Ara Damansara

Level 2, Maisson By the Park, Jalan PJU 1A/3,
03-7621 1751 / 016-216 2371 (Ms Nicole LeoXXX
Show Number
03-7621 1751 / 016-216 2371 (Ms Nicole Leong) WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terletak di sebuah kelab golf terbesar yang telah memenangi anugerah, tadika Kindyland Tropicana adalah satu-satunya tadika di Malaysia yang terletak di sebuah clubhouse yang megah. Tentunya faedah belajar di sini pasti banyak! Ditubuhkan pada 2008, Kindyland Tropicana menawarkan program untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun yang menyepadukan amalan akademik terbaik untuk memupuk pembangunan holistik. Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia ditekankan di sini dengan konsep pengajaran yang menyeronokkan untuk menggalakkan minat kanak-kanak untuk belajar. Kindyland bermegah kekuatannya dalam membesarkan anak-anak yang bersopan santun dan serba boleh untuk menjadi pemimpin masa depan.

Melalui rangkaian program progresif yang memberi tumpuan kepada bahasa, membaca, dan kemahiran matematik, pembelajaran di Kindyland disiapkan untuk menyediakan pelbagai jenis pendidikan awal yang secara holistiknya menggabungkan penerokaan berpusatkan kanak-kanak dengan arahan yang diarahkan oleh guru.

Tropicana Golf juga menawarkan sekuriti 24/7 dengan kamera CCTV yang memantau hampir semua bahagian kelab golf. Itu tidak termasuk lagi kemudahan standard resort seperti kolam renang, taman permainan, dan kafe. Kanak-kanak di Tropicana Kindyland sangat istimewa untuk menikmati kemudahan eksklusif kelab golf ini!

Kindyland Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya

Tropicana Golf & Country Resort, Jalan Kelab Tropicana,
017-314 6XXX
Show Number
017-314 6754 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Berbanding dengan pertubuhan lain di luar sana yang kebanyakannya ‘berasaskan permainan’, tumpuan di sini adalah untuk memastikan kanak-kanak bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan dan fasa persekolahan moden. Sebagai contoh, membaca dan menulis juga dipandang serius kerana kebanyakan kanak-kanak kurang kemahiran hidup yang penting ini disebabkan penggunaan alat digital yang berlebihan dari usia yang sangat muda. Di Kindyland, ibu bapa dijamin bahawa anak-anak mereka akan dapat membaca dengan betul, bukan hanya menghafal perkataan dalam buku-buku tertentu. Di dalam akademik dan kemahiran hidup, para pengarah dan pengetua Kindyland telah menyusun kurikulum yang kuat dan berimpak untuk memastikan setiap kanak-kanak bersedia untuk menjalani kehidupan persekolahan masing-masing, mengikut jenis sekolah yang mana mereka akan pergi.

Jika dilihat dari mana-mana sudut sekalipun, Kindyland telah melampaui apa yang diharapkan dari sesuatu tadika, ini adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat bersedia untuk apa yang benar-benar menanti mereka dalam kehidupan sebenar.


Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Ara Damansara

Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga lagi cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.

“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. “Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal.”

Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Selangor, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.

Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Ara Damansara

No. 89, Jalan PJU 1A/1C,
+6016-207 7XXX
Show Number
+6016-207 7868 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 


NextGen Preschool mengamalkan kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) dari UK yang dikemas kini dengan kerap mengikut keperluan pembelajaran yang terkini dalam bidang pendidikan awal. Setiap tahun, guru-guru di sini akan mengenalpasti kekuatan dan kemampuan setiap kanak-kanak ,sebelum mereka kursus yang khas bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai perkembangan kognitif yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Salah satu keunikan prasekolah ini adalah taman tema dan permainan yang terletak berdekatan dengan premis sekolah, di alam pusat membeli belah 1Utama – jadi kanak-kanak dapat melakukan senaman dan aktiviti fizikal yang menyeronokkan setiap hari!

Nextgen Preschool, One Utama Shopping Centre

F602 - 603, 1st Floor, 1 Utama E,
016-247 5XXX
Show Number
016-247 5068 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 


Summer Academy, Damansara Utama

Summer Academy, Damansara Utama adalah tempat di mana pembelajaran bukan sahaja satu rutin tetapi pengembaraan yang menakjubkan. Motto mereka “Learning is Fun; It is Fun to Learn…” menonjolkan pendekatan mereka terhadap pendidikan. Di Summer Academy, mereka berusaha untuk menghidupkan semula kegembiraan dalam pembelajaran dalam diri pelajar mereka.

Sebagai sebuah “Learning School”, Summer Academy sentiasa mengevolusikan dan menambah baik metodologi pengajaran mereka. Mereka menawarkan kurikulum antarabangsa yang fokus terhadap proses pembelajaran pelajarnya. Perkembangan kepimpinan dan personaliti diketengahkan, memastikan kanak-kanak bersedia untuk cabaran masa hadapan.

Summer Academy, Damansara Utama

No. 135, Jalan SS21/13,
012-318 9XXX
Show Number
012-318 9341 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 


Taska Damansara Utama, Petaling Jaya

Taska Damansara Utama, Petaling Jaya, mempunyai sejarah yang panjang dalam menyediakan penyelesaian kepada keluarga dengan menawarkan si kecil dengan pengalaman pendidikan yang memupuk, lebih daripada khidmat jagaan kanak-kanak yang tipikal. Taska ini diasaskan oleh Puan Lui – seorang guru yang terlatih dan bersemangat dan sangat menyukai kanak-kanak sebagimana beliau menyukai tugasnya sebagai seorang guru – lebih 40 tahun dulu, dan hingga sekarang, ia menjadi pusat pendidikan awal kanak-kanak yang dipercayai di kawasan kejiranan ini. Guru-guru berkelayakan menggunakan cara yang menarik dan berkesan agar kanak-kanak dapat mengoptimakan hasil pembelajaran mereka. Hasilnya, kanak-kanak berbilang bangsa dapat membina asas kukuh untuk ke SJKC.

Taska Damansara Utama, Petaling Jaya

No. 1, Jalan SS21/3,
017-891 5XXX
Show Number
017-891 5518 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.



Disclaimer:

Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.


If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.

Recommended Articles

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025