by on 06/01/2020 2266
Sebut sahaja Taman U-Thant di Ampang, Kuala Lumpur maka imej kondominium mewah sederhana tinggi dan beberapa kedutaan asing yang terletak di situ akan segera muncul dalam minda kita. Beaconhouse Newlands Early Years (BNEY) di U-Thant, Ampang adalah salah satu alamat paling eksklusif di Pusat Bandar Kuala Lumpur, dengan Menara Berkembar Petronas yang terkenal di dunia berada hanya kira-kira 10 minit jauhnya. Kumpulan Beaconhouse adalah salah satu sistem persekolahan yang terbesar, dengan sekolah-sekolah yang beroperasi di beberapa bahagian dunia seperti Malaysia, United Kingdom, Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Pakistan, Filipina, Thailand dan Belgium. Pada masa ini, terdapat 14 buah sekolah di bawah Beaconhouse Malaysia yang kesemuanya terletak di Lembah Kelang, menawarkan kurikulum nasional KSSR dan KSSM serta program IGCSE. Sejak 43 tahun lepas, Beaconhouse telah menyediakan sistem pendidikan berkualiti tinggi dari prasekolah ke tahap pascagraduan, menyampaikan pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa merentas 8 buah negara. Dipimpin oleh pengetua sekolah yang berkarisma, Cik Sarah Hockley menerangkan cara BNEY U-Thant Ampang menekankan gabungan dinamik kemahiran, pengetahuan dan pemikiran kritis untuk kanak-kanak berusia 1 ½ hingga 6 tahun, kesemuanya akan menjadi asas untuk membentuk pelajar sepanjang hayat dan warganegara global yang bertanggungjawab.
BNEY U-Thant Ampang menawarkan kepada si cilik anda pendidikan berkualiti tinggi melalui integrasi amalan antarabangsa terbaik iaitu UK Early Years Foundation Stage (EYFS) dan Kurikulum Sistem Persekolahan Beaconhouse. Pendekatan pembelajaran holistik berusaha untuk menangani dan mengaktifkan semua aspek personaliti kanak-kanak secara sepenuhnya: intelek, emosi, imaginasi dan perkembangan fizikal, justeru menyediakan mereka dengan asas untuk kurikulum dan falsafah pengajaran BNEY. Selain menyediakan kemahiran asas penting dalam pendidikan awal berpandukan rangka kerja Early Years Foundation Stage (EYFS), UK, BNEY juga memupuk kemahiran berfikir dan meneroka kanak-kanak melalui pendekatan Pembelajaran Berdasarkan Projek (PBL) yang menuntut kanak-kanak supaya aktif meneroka isu dan cabaran dunia sebenar sambil meraih pengetahuan dengan lebih mendalam. Tambahan lagi, para pelajar di sini disediakan dengan elemen kurikulum Cambridge sebagai persediaan mereka untuk pendidikan antarabangsa, khususnya Program Antarabangsa Cambridge. Menurut Cik Sarah Hockley, BNEY menilai diversiti sebagai kekuatan teras. Oleh itu, sekolah ini telah menginstitusikan pelbagai jenis program yang boleh membantu pelajar untuk membuat pilihan berkenaan perkembangan diri mereka. Di BNEY, kepelbagaian budaya diraikan. Pelajar daripada pelbagai latar belakang sosial, budaya dan ekonomi–tempatan dan antarabangsa–sangat dialu-alukan untuk menyertai pengalaman pembelajaran berkualiti tinggi yang disediakan di samping memanfaatkan perwatakan dan bakat individu mereka dalam memburu kejayaan pendidikan. Ini terkait erat dengan Misi dan Visi BNEY:
Matlamat Beaconhouse adalah untuk menyediakan pendidikan berkualiti pada piawaian antarabangsa. Kami menyasarkan keunggulun melalui pengurusan berkualiti, latihan berkualiti dan pengajaran berkualiti, seterusnya membawa manfaat kepada pelajar, komuniti dan dunia yang lebih luas.
Beaconhouse menghargai warisannya sementara ia terus memperbaharui pendekatan pendidikan untuk memenuhi keperluan masa depan. Kami percaya kaedah dan sikap yang moden akan membolehkan para pelajar mencapai potensi tertinggi mereka.
Beaconhouse menghargai warisannya sementara ia terus memperbaharui pendekatan pendidikan untuk memenuhi keperluan masa depan. Kami percaya kaedah dan sikap yang moden akan membolehkan para pelajar mencapai potensi tertinggi mereka.
Tambahan lagi, BNEY U-Thant Ampang telah mencipta ruang bermain yang sesuai untuk kanak-kanak melalui persekitaran pembelajaran yang kaya dan pelbagai yang menyokong proses pembelajaran kanak-kanak. Suasana ruang yang bertenaga dan fleksibel menjadikannya responsif kepada minat dan keupayaan setiap kanak-kanak, selain memenuhi kebolehan dan gaya belajar mereka yang berbeza-beza. BNEY U-Thant Ampang direka bentuk sedemikian rupa yang menjadikan ruang, perabot dan bahan-bahannya tersusun elok untuk memaksimumkan peluang dan penglibatan pembelajaran setiap pelajar. Sekolah ini mempunyai persekitaran fizikal yang berkesan dalam menyediakan kebolehcapaian kepada semua pelajar, seperti menyediakan buku pada setiap tahap pembacaan, menempatkan bahan-bahan di tempat yang mudah dicapai di rak dan mencipta ruang yang mencukupi supaya kanak-kanak boleh bergerak dengan mudah (dan dengan lebih selesa) di antara kelas ke kelas. Dengan ini, para pelajar boleh berinteraksi, berkembang dan menikmati suasana persekolahan mereka di samping mengikuti pembelajaran berasaskan bermain untuk perkembangan fizikal dan pemerolehan kemahiran.
Kurikulum yang diguna pakai di BNEY amat komprehensif dan pelajar akan dilengkapi dengan keupayaan untuk membuat keputusan yang matang dan bermaklumat melalui kefahaman yang jelas tentang prinsip penting dan nilai moral. Program yang dilaksanakan di sini ditambah baik dengan pelbagai aktiviti bermain yang dibimbing oleh guru namun dimulai oleh kanak-kanak, terutamanya dalam aspek pembelajaran membaca, menulis dan mengira untuk menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Dalam Sistem Persekolahan Beaconhouse, Kurikulum Pendidikan Awal adalah berdasarkan pembelajaran berbentuk aktif, sesi bertanya, penerokaan dan pengalaman amali. Ia dirangka menurut aspek aktiviti dan pengalaman berbanding pengetahuan yang perlu diperoleh dan fakta yang perlu disimpan. Subjeknya dirujuk sebagai aspek pengalaman.
KOMUNIKASI, BAHASA DAN LITERASI |
PENGETAHUAN & KEFAHAMAN MENGENAI DUNIA |
---|---|
|
|
PERKEMBANGAN MATEMATIK |
PERKEMBANGAN FIZIKAL |
|
|
PERKEMBANGAN KREATIF |
PERKEMBANGAN PERIBADI & SOSIAL |
|
|
KELAS PENGAYAAN | |
|
BNEY sesungguhnya percaya bahawa kejayaan bermula dengan peluang yang diberikan kepada kanak-kanak untuk meneroka dan membuat penemuan untuk membina pengetahuan baharu dan pemahaman yang lebih baik. Persekitaran yang merangsang apabila digabungkan dengan kurikulum antarabangsa yang mantap akan membantu membentuk kanak-kanak agar memiliki tahap harga diri dan keyakinan yang tinggi serta memupuk mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab di peringkat global.