Epsom College in Malaysia, KLIA
Kiddy123 Frame
Little Angel Kindergarten
The children's house
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
Small Wonder Malaysia

Kempen “Play is Your Superpower” baharu Lego Group galakkan keluarga untuk kembali mengutamakan masa

on 19/10/2023 193

Also available in : English , 中文版

Highlights

  • Satu kajian global baharu mendapati bahawa masa bermain semakin berkurangan di seluruh dunia, dengan satu pertiga (32%) daripada kanak-kanak di peringkat global meluangkan kurang masa bermain dalam seminggu berbanding masa yang dihabiskan oleh kebanyakan dewasa menatap telefon pintar mereka setiap hari.
  • Bermain adalah sebahagian penting daripada tumbesaran setiap kanak-kanak, dengan membangunkan ‘superpower’, atau kemahiran yang membawa manfaat kepada mereka pada masa kini dan juga masa depan
  • LEGO Group menggalakkan keluarga untuk mengutamakan aktiviti bermain, sambil menekankan betapa pentingnya masa bermain terhadap perkembangan kanak-kanak selepas mendapati bahawa 70% daripada ibu bapa memilih aktiviti berasaskan pencapaian bagi anak-anak mereka berbanding masa bermain
  • Kempen ini disokong oleh Tan France, Naomi Watanabe dan Bindi Irwin, tokoh-tokoh penuh inspirasi yang menyatakan bahawa ‘kemahiran bermain’ semasa kanak-kanak telah membentuk kehidupan mereka

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2023 - LEGO Group telah mengumumkan pelancaran kempen baharu “Play is Your Superpower”, yang bertujuan menangani isu kekurangan masa bermain dalam kalangan kanak-kanak. Bersama barisan penyokong daripada “Play Squad” global, LEGO Group memberi inspirasi kepada keluarga hari ini untuk mengutamakan semula masa bermain, sambil menekankan betapa pentingnya aktiviti bermain dalam tumbesaran kanak- kanak dan peranannya selama ini untuk menceriakan keluarga di seluruh dunia.

Kempen tersebut memanfaatkan hasil penemuan daripada kajian global yang dijalankan baru- baru ini, yang mendapati bahawa secara purata, kanak-kanak meluangkan hanya 2% daripada masa dalam seminggu mereka (bersamaan 7 jam) untuk bermain, dengan satu daripada tiga (32%) menghabiskan kurang daripada tiga jam setiap minggu untuk bermain. Secara perbandingan, tinjauan ini juga mendapati orang dewasa meluangkan masa 26 jam menatap telefon pintar mereka, iaitu purata lebih 3.5 jam sehari 1 . Kekurangan masa bermain ini sesungguhnya satu hakikat yang amat membimbangkan bagi pakar-pakar memandangkan peranan penting aktiviti bermain dalam pembangunan keupayaan kognitif kanak-kanak, di samping kesejahteraan keseluruhan mereka, dan lebih penting lagi, untuk membolehkan mereka bersuka ria.

The LEGO Group’s new “Play is Your Superpower” campaign encourages families to reprioritise play
The transformative superpower of play transcends all boundaries, especially among young children, families and adults alike

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa 70% daripada ibu bapa lebih mengutamakan aktiviti berasaskan pencapaian bagi anak mereka berbanding aktiviti bermain bebas kerana mereka percaya aktiviti berasaskan pencapaian akan membolehkan mereka mencapai kejayaan lebih besar pada masa depan. Aktiviti yang sering dipilih oleh orang dewasa berbanding masa bermain termasuk kelab sukan, pembelajaran bahasa dan tuisyen.

Dr Paul Ramchandani, Profesor Bermain di University of Cambridge berkata, “Memang ada nilai yang besar untuk kanak-kanak mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang memberi mereka pendidikan dan set kemahiran serba lengkap, tetapi masa bermain menawarkan sesuatu yang amat istimewa kepada mereka. Menerusi permainan, kanak-kanak membangunkan kemahiran penting yang menambah baik segenap aspek perkembangan, pembelajaran dan tumbesaran mereka. Jika anak anda ada masa secukupnya untuk bermain, mereka boleh membangunkan kemahiran termasuk kreativiti, keyakinan, penyelesaian masalah dan komunikasi yang akan membantu mereka mencapai potensi penuh pada peringkat selanjutnya dalam kehidupan.”

Apabila ditanya, 57% daripada ibu bapa berkata masa yang diluangkan oleh anak mereka untuk menyertai aktiviti berasaskan pencapaian telah meningkat dalam tempoh tiga tahun lepas, lazimnya dengan mengorbankan masa bermain. Alero Akuya, Naib Presiden Pembangunan Jenama di LEGO Group, berkata, “Jika kita tidak sedar bahawa meluangkan masa untuk kanak-kanak bermain setiap hari penting untuk kesejahteraan dan kejayaan masa depan mereka, kita akan membina generasi dewasa muda yang kekurangan kemahiran penting. Menerusi kempen ini, kami ingin mengubah cara orang dewasa melihat masa bermain dan pelbagai manfaatnya, dan menggalakkan mereka kembali menjadikan masa bermain satu keutamaan dalam kehidupan keluarga mereka. Masa bermain seharusnya sama penting seperti membaca buku cerita sebelum tidur atau menggalakkan mereka makan secara sihat untuk meningkatkan kesihatan mereka.”

Sempena pelancaran kempen, LEGO Group telah menggembleng tenaga sekumpulan tokoh kebudayaan yang setiap seorang daripada mereka berkata kemahiran yang dibangunkan menerusi masa bermain yang telah membantu mereka mencapai impian masing-masing. Pasukan “Play Squad” global, yang terdiri daripada Tan France, Naomi Watanabe, Bindi Irwin dan Stephanie Beatriz akan berkongsi kuasa besar unik masing-masing, yang disemai menerusi permainan dan mengapa mereka percaya bahawa masa bermain seharusnya menjadi keutamaan bagi setiap kanak-kanak.



BINDI IRWIN - PLAY IS YOUR SUPERPOWER


Bagi penyokong pemuliharaan Bindi Irwin yang penuh bertenaga, masa bermain semasa zaman kanak-kanak telah mengajarnya kuasa berhubung dengan orang lain dan juga dunia di sekelilingnya, “Semasa zaman kanak-kanak, saya akan meluahkan rasa kasih sayang kepada haiwan dan juga alam semula jadi kita menerusi aktiviti bermain. Pada masa itu, saya akan mencipta dunia imaginasi saya sendiri di mana saya akan berlari-lari bersama segala jenis haiwan. Saya mahu berhubung dengan setiap spesies dan belajar tentangnya. Ayah saya telah membina sebuah rumah pokok untuk saya dan itulah tempat kegemaran saya bermain. Di situlah saya boleh bebas bermain berlatarkan keindahan alam! Sambil dikelilingi hidupan liar di tepi anak sungai, di situlah saya mengeratkan ikatan saya dengan alam dan juga ayah saya. Hubungan tersebut amat bermakna bagi saya, dan saya masih mengamalkan pengajaran yang ditimba sehingga dewasa kini. Dunia saya kini berkisar tentang pemuliharaan hidupan liar, dengan menggalakkan orang lain untuk memulihara bumi kita dan memahami bahawa kita semua saling terhubung.”



NAOMI WATANABE - PLAY IS YOUR SUPERPOWER


Bagi pelawak, pelakon dan bintang media sosial Naomi Watanabe, kuasa ekspresi diri yang disemai semasa bermain di zaman kanak-kanak telah memberikan kesan dalam setiap aspek kehidupannya. Naomi berkata, “Semasa kanak-kanak, masa bermain menjadi wadah untuk saya meluahkan perasaan saya dengan cara yang saya mahu, dan sebagai pada zaman dewasa sekarang, saya bersyukur kerana telah mengekalkan keperibadian tersebut. Aktiviti bermain telah membantu membentuk kewibawaan diri saya sebagai pelawak, penghibur dan juga insan biasa. Sebagai penghayatan, saya terapkan unsur suka bermain dalam segala yang saya lakukan, daripada cara saya berpakaian kepada busana yang saya cipta, watak yang saya mainkan dan juga minat saya untuk menghiburkan orang lain. Segalanya dilakukan dengan sedikit unsur kenakalan!”

Di peringkat tempatan, LEGO Group berganding bahu dengan Common Ground Malaysia, syarikat perkongsian ruang kerja terbesar di negara ini untuk mengubah ruang kerja yang dikongsi menjadi stesen “bekerja-bermain” yang menggabungkan ciri-ciri usaha sama, kerja berpasukan dan imaginasi. Menerusi aktiviti menyeronokkan ini, ibu bapa dan anak-anak telah mencipta semula versi pejabat idaman mereka, yang dilaksanakan di semua ruang kerja Common Ground, untuk menekankan kuasa besar masa bermain dan kepentingan menerapkan masa bermain dalam aktiviti harian anda.



Locally, The LEGO Group has partnered with Common Ground Malaysia, the biggest co-working space nationwide to transform its co-working spaces that unite the elements of collaboration, teamwork, and imagination, emphasising the superpower of play and the importance of infusing play in your day
Locally, The LEGO Group has partnered with Common Ground Malaysia, the biggest co-working space nationwide to transform its co-working spaces that unite the elements of collaboration, teamwork, and imagination, emphasising the superpower of play and the importance of infusing play in your day

Rohan Mathur, Pengarah Pemasaran LEGO Asia Tenggara berkata, “Kempen ‘Rebuild The World’ adalah salah satu acara yang paling dinanti-nantikan dalam kalendar tahunan kami. Sesungguhnya kami teruja untuk menjayakan acara ini yang mencetus kreativiti dan imaginasi, sambil memupuk hubungan lebih erat di luar persekitaran rumah dan bilik darjah. Pada tahun ini, kami meluaskan capaiannya ke dalam ruang kerja, memberi penekanan kepada keseimbangan antara bekerja dan masa bermain. Kami percaya bahawa orang dewasa, sama ada bersama anak-anak mereka, rakan sekerja, sahabat dan orang tersayang mereka, akan mendapat manfaat daripada aktiviti permainan. Menerusi inisiatif ini, kami ingin menyerlahkan kuasa transformasi masa bermain, yang menjangkaui segala sempadan!”

Yvonne Lee, Pengurus Negara Serantau Common Ground Malaysia berkata, “Kami gembira kerana berpeluang mempelopori transformasi ruang kerja kami menjadi tempat-tempat menarik untuk membolehkan komuniti kita menyerlahkan semula kreativiti mereka menerusi kempen LEGO Rebuild the World. Kerjasama kami dengan LEGO Group sememangnya satu usaha menarik yang amat dihargai oleh ahli-ahli kami yang terpelbagai, yang terdiri daripada ibu bapa dan juga dewasa bekerja. Usaha ini membawa mereka dengan lebih erat lagi pada peringkat peribadi, menjalin hubungan menerusi keseronokan bermain.”

Dalam pada itu, LEGO Group hari ini telah melancarkan sebuah filem lima minit bertajuk “Play Is Your Superpower”, yang dibintangi pelakon Hollywood Jane Lynch sebagai CEO yang terlalu mementingkan kerja tetapi mula membuka minda kepada faedah bermain apabila melihat kesannya terhadap kakitangan dari sudut pandangan kanak-kanak. Bintang utama Sun Li memegang watak CEO dalam adaptasinya untuk keluarga-keluarga di China. Filem yang dipenuhi dengan telur Easter boleh ditonton oleh orang ramai, yang boleh turut sama bermain dan mencari kuasa besar mereka sendiri di LEGO.com.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen dan tonton filem Play is Your Superpower di sini: LEGO.com/SuperpowerOfPlay.

Aktiviti bermain bukan sekadar membawa manfaat bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga menjadikan seisi keluarga lebih bahagia, mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan meningkatkan kesejahteraan menurut 95% daripada ibu bapa 2 . LEGO Group mengetahui bahawa jadual keluarga dipenuhi dengan tanggungjawab harian seperti bekerja untuk tempoh masa yang panjang (31%) dan membersih dan mengemas rumah (28%) yang menjadi halangan utama kepada aktiviti bermain bersama keluarga, menurut ibu bapa yang ditinjau selidik 3 . Untuk membantu mereka mengutamakan semula permainan, LEGO Group dan Play Squad akan menyokong ibu bapa dengan memberi inspirasi tentang cara untuk menyuntik unsur suka bermain ke dalam jadual paling sibuk semasa Hari Bermain Sedunia pada 12 Oktober 2023.