by on 10/10/2019 575
Apabila kanak-kanak melangkahkan kaki mereka untuk kali pertama ke Prasekolah Kanak-kanak Sunshine, ruang dan suasananya menyediakan pengalaman seperti di rumah yang selamat dan indah kepada si cilik. Di Prasekolah Kanak-kanak Sunshine, kefahaman mengenai perkembangan kanak-kanak memandu program pendidikannya. Para guru menerima dengan terbuka kepelbagaian komuniti dan menghormati semua bentuk hubungan untuk membina kerjasama ke arah matlamat bersama antara sekolah dan keluarga. Kanak-kanak akan bertemu pengalaman yang merangsang minda, mengilhamkan cita-cita dan membawa ke arah pencapaian tujuan hidup.
Para guru mengguna pakai teori perkembangan kanak-kanak daripada 2 penyelidik paling berpengaruh dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak – Lev Vygotsky dan Jean Piaget – dalam strategi pengajaran mereka. Di sini, tiada kanak-kanak yang ketinggalan. Para guru mengambil inisiatif untuk mengembangkan kefahaman yang baik mengenai setiap keunikan, kelebihan dan minat kanak-kanak untuk lebih meningkatkan pencapaian pelajar. Mereka akan melaksanakan metod pengajaran berlainan mengikut kesesuaian bagi memastikan setiap kanak-kanak menerima peluang tersendiri pada tahap penting pertumbuhan mereka.
Setiap hari, kanak-kanak digalakkan untuk menikmati masa mereka di sini dengan aktiviti rangsangan yang menarik, bercorak permainan dan membantu perkembangan. Sesi pembelajaran mengikuti kadar nisbah kumpulan kecil. Kanak-kanak mematuhi jadual harian secara tetap yang membimbing penerokaan mereka. Aktiviti biasa termasuk terlibat dengan latihan literasi dan matematik, meneroka konsep sains asas, sesi perkongsian berkumpulan, berseronok main kotor melalui seni, dan banyak lagi.
Kanak-kanak dapat belajar terutamanya melalui inisiatif bermain dan aktiviti amali. Bercerita, menyanyi, membuat pergerakan dan bermain peranan membantu kanak-kanak mengembangkan keupayaan mendengar, mencipta imej visual mereka sendiri dan berfikir dengan kreatif. Ketika proses bermain, belajar berfikir dan berfikir untuk belajar, kanak-kanak memahami cara dunia di sekeliling mereka bekerja, cara berkomunikasi dan bekerjasama serta menguruskan peraturan kendiri. Pengalaman belajar bukan sahaja menyediakan kanak-kanak dengan asas-asas akademik tetapi juga memupuk keseluruhan diri anak itu untuk persediaan ke sekolah. Banyak jenis kemahiran berkaitan aspek interaksi sosial, perkembangan emosi, perkembangan motor dan jasmani, komunikasi dan sikap berdikari digalakkan dengan aktif. Kanak-kanak dengan mudahnya akan bersedia untuk beralih ke sekolah rendah dengan adanya persediaan asas ini.
Banyak ibu bapa memilih Prasekolah Kanak-kanak Sunshine bukan hanya kerana program pembelajarannya yang diperkayakan. Mereka juga memilih untuk mendaftarkan anak-anak mereka bagi mendapatkan ketenteraman fikiran kerana mengetahui pusat ini mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam amalan pendidikan. Para guru berdedikasi dan aktif mengambil bahagian dalam mencipta persekitaran yang merangsang dan selamat untuk kanak-kanak. Ibu bapa berasa sangat selesa mengetahui anak-anak mereka dijaga dengan penyediaan penjagaan dan nutrisi terbaik.
Semasa beberapa tahun terawal pertama kehidupan, kanak-kanak memasuki Prasekolah Kanak-kanak Sunshine dengan rasa ingin belajar yang membuak-buak dan perkembangan yang besar berlaku. Menerusi pengalaman harian yang disediakan dengan penuh teliti, kanak-kanak cilik di sini mendapat inspirasi untuk berdikari secara intelektual namun tetap menjadi individu yang boleh bekerjamasa yang bersedia untuk bermula dan meneroka dunia yang lebih luas di luar lingkungan sekolah. Di samping itu, mereka akan mengalami banyak keseronokan ketika berada di sini.