on 06/01/2022 1451
Strawberry Wonderland mempunyai reputasi yang baik dalam menyediakan pendidikan prasekolah yang berkualiti tinggi selama lebih 10 tahun lamanya. Prasekolah yang memenangi anugerah ini diuruskan oleh Puan Tan, pemilik ijazah sarjana dalam pendidikan prasekolah, ibu kepada 3 orang anak dan juga seorang pendidik yang bersemangat tinggi. Dengan bantuan kakitangan yang lain serta kerjasama keluarga pelajar, beliau berkerja dengan keras untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan berkualiti yang mampu merealisasikan potensi mereka. Masa beliau didedikasikan untuk menguruskan suasana pembelajaran yang menakjubkan untuk kanak-kanak dan staff di sini.
Persekitaran luar dan dalam prasekolah ini mempunyai pelbagai aspek yang mampu menginspirasi dan merangsang pembelajaran. Bilik darjah pula direka khas untuk kanak-kanak supaya mampu menarik minat mereka dan mendorong eksplorasi. Prasekolah ini juga dikelilingi sebuah taman permainan kecil yang memberi ruang untuk pelajar berlari dan bermain, serta memupuk kemahiran motor kasar, koordinasi dan keseimbangan badan.
Kurikulum Strawberry Wonderland direka untuk memberi asas yang kukuh dalam alam persekolahan kelak. Guru-guru di sini akan mendorong dan memberi panduan dalam:
Kebanyakan kemahiran dan pemahaman konsep-konsep ini diperkembangkan setiap hari melalui aktiviti harian berdasarkan permainan yang menyeronokkan. Kanak-kanak belajar untuk berkerjasama, berkongsi buah fikiran, bersosial, hormat-menghormati dan belajar bertanggungjawab dalam kumpulan yang kecil. Setiap hari di Strawberry Wonderland adalah berbeza; si kecil akan belajar mengenai saiz, bentuk dan warna, bermain di luar dan dalam bangunan, mengambil bahagian dalam aktiviti harian seperti memasak dan mengemas, membaca dan mendengar cerita, berlatih kemahiran pengucapan awam di hadapan ibu bapa dan rakan-rakan, menyanyi, menari dan melukis, mempelajari topik-topik dalam pelbagai tema yang unik, serta berkongsi adat dan budaya melalui perayaan tradisional yang berbeza. Prasekolah ini juga mempunyai perisian interaktif hak milik sendiri yang direka untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dan menjadikan proses ini menarik untuk kanak-kanak. Pengalaman dan sumber lain seperti konsert, hari sukan, hari keluarga, lawatan sambil belajar, kem cuti sekolah, dan kempen pendidikan merangsang imaginasi dan mencipta keriangan semasa belajar.
Guru-guru Strawberry Wonderland menitikberatkan peralihan yang lancar daripada pendidikan prasekolah kepada pendidikan yang lebih formal di sekolah rendah. Persekitaran pembelajaran diatur untuk menjadi lebih berstruktur dan fokus pendidikan ditingkatkan untuk memperhalusi pengetahuan dan mengukuhkan kemahiran untuk belajar yang diperlukan oleh kanak-kanak. Walaupun begitu, sesi pembelajaran tidak menjadi lebih tegas, tetapi masih dijalankan dalam cara yang menyeronokkan dan penuh bermakna menerusi aktiviti yang praktikal dan penuh pengalaman. Guru-guru juga peka dengan aspek sosial dan emosi dan sedar bahawa setiap kanak-kanak memberi reaksi yang berbeza terhadap peralihan tersebut.
Prasekolah ini berusaha untuk membina kerjasama yang terbuka dan komunikatif dengan keluarga pelajar. Ibu bapa sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan anak-anak mereka melalui laporan berkala dan komunikasi dua hala setiap hari. Strawberry Wonderland juga mempunyai dua sesi pembelajaran - pagi dan tengah hari - yang memudahkan ibu bapa yang sibuk dan mempunyai komitmen lain.
Strawberry Wonderland mempunyai standard tinggi dalam penjagaan dan pemantauan kanak-kanak berumur 2.5 tahun hingga 6 tahun, dan setiap aspek kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dijaga rapi. Amalan kebersihan dan keselamatan diterapkan supaya persekitaran prasekolah sentiasa selamat dan tidak terdedah kepada penyakit. Kawasan prasekolah ini juga dilengkapi sistem CCTV dan proses mengambil dan menghantar pelajar juga ketat. Seperti namanya, prasekolah ini menakjubkan untuk kanak-kanak memulakan perjalanan pembelajaran mereka dan seterusnya menjadi pemimpin generasi akan datang yang berwibawa.