by Kiddy123.com . on 14/05/2026 ...
Artikel ini dikemaskini pada 13 Mei 2026.
Kiddy123 sebelumnya telah meninjau beberapa kawasan sekitar untuk prasekolah yang berkualiti, kali ini kami telah menjelajah ke kawasan kejiranan Shah Alam (termasuk Glenmarie & Bukit Jelutong). Menjadi kawasan perumahan yang matang dengan banyak kemudahan dan perkhidmatan, di sini Kiddy123 berkongsi dengan anda beberapa prasekolah yang menawarkan program yang menyeronokkan dan menarik untuk si kecil anda.
Dalam artikel ini kami telah meninjau kawasan Shah Alam berikut:
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Eduwis ialah jenama pendidikan awal kanak-kanak terkemuka di Malaysia yang menggabungkan 8 falsafah pendidikan global dalam kurikulum holistik dan berasaskan aktiviti untuk memupuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak — dari segi intelek, emosi, sosial dan moral. Dengan penekanan kuat terhadap kelestarian, kanak-kanak didedahkan kepada amalan mesra alam seperti berkebun, kitar semula dan kompos, manakala para guru menerima latihan berterusan bagi memastikan kualiti pengajaran yang konsisten dan berkesan. Eduwis turut memperkukuh hubungan ibu bapa dan sekolah melalui kerjasama rapat, acara komuniti yang inklusif serta inisiatif CSR yang bermakna, mewujudkan ekosistem pendidikan yang menyemai keyakinan, kepedulian, dan kesedaran alam sekitar dalam diri setiap anak.
CIC Vista Alam di Seksyen 14, Shah Alam membekalkan pengalaman pembelajaran yang holistic untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun, dengan pelbagai aktiviti hands-on serta program pengayaan yang bermanfaat dan berdasarkan nilai-nilai Islam. Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik-bilik darjah yang ceria dan riang, taman permainan dalaman, dan banyak lagi untuk membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Kurikulum pula merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
The City Kindergarten adalah sebahagian daripada The City School Network yang ditubuhkan pada tahun 1978. Ia merupakan salah satu rangkaian sekolah swasta terbesar di seluruh dunia – termasuklah di Malaysia, Filipina, UAE, Oman, Pakistan dan Arab Saudi - dengan 500 sekolah dan lebih 150,000 pelajar. Kejayaan City School Network terletak pada falsafah pendidikan mereka bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan terbaik dan harus diberikan peluang untuk pembangunan holistik. The City bermatlamat untuk terus meluaskan jangkauannya dalam peringkat global bagi memenuhi tuntutan pendidikan berkualiti.
The City Kindergarten, Shah Alam beroperasi dari bangunan dua tingkat yang luas dan terletak di dalam kawasan perumahan yang tenang, sesuai untuk sebuah sekolah. Guru-guru berusaha untuk memberi keyakinan kepada kanak-kanak kecil tentang kebolehan dan kemahiran mereka melalui kurikulum yang luas dan seimbang berdasarkan rangka kerja pendidikan Peringkat Asas Awal Tahun UK (UK Early Years Foundation Stage - EYFS) serta garis panduan KSPK tempatan kita. Untuk memastikan kanak-kanak membesar menjadi individu serba lengkap yang boleh berkembang dalam semua aspek kehidupan, The City Kindergarten menyediakan pelbagai aktiviti k dalam jadual waktu sekolah mereka, termasuklah Taekwondo, pembelajaran sains berasaskan projek, pengucapan awam, kelas Mandarin dan Tamil, dan juga program Agama untuk kanak-kanak Islam.
Dengan kepercayaan teguh dalam menawarkan pembelajaran bermakna untuk si kecil, Bright Kids berazam untuk memberikan sokongan yang komprehensif dalam perjalanan pendidikan awal mereka. Tenaga pengajarnya yang berdedikasi menekankan hasil pembelajaran dan kesejahteraan setiap pelajar, memastikan mereka mendapat pengalaman yang memperkaya dan memupuk perkembangan.
Kurikulum di Bright Kids Kindergarten adalah berpandukan Kurikulum Integrasi, yang menggunakan standard-standard yang memastikan kanak-kanak belajar menggunakan amalan pendidikan kreatif yang terbaru, berkembang dengan baik, dan sentiasa sihat dan selamat. Antara komponen menarik kurikulum ini adalah program ESP mereka (Extra Sensory Perception Programme). Melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti muzik, perkaitan minda, dan imaginasi mental, program ESP ini merangsang otak kanak-kanak dari peringkat awal dan memberi mereka permulaan terbaik dalam kehidupan.
Beroperasi di bandar Elmina, Shah Alam yang damai, Tiny Tree House Preschool adalah sebuah tempat yang indah dan selamat, sempurna untuk memupuk hari-hari pertama kanak-kanak dalam kembara pembelajaran mereka. Prasekolah ini ditubuhkan oleh pendidik-pendidik berdedikasi dengan matlamat untuk melahirkan sifat terbaik kanak-kanak melalui pendekatan pembelajaran penuh manfaat yang holistik dan seimbang.
Tiny Tree House Preschool berusaha untuk menyediakan pendidikan yang melentur minda kanak-kanak kecil untuk berimpian (Dream) secara berani, dengan peluang pembelajaran untuk mereka (Create). Dengan memeberi mereka masa dan ruang untuk mengetuai aktiviti kreatif, kanak-kanak mula percaya (Believe) dengan diri mereka sendiri, mendapat lebih banyak keyakinan dan sifat percaya diri dalam sesi pembelajaran. Apabila mereka percaya, mereka akan lebih terdorong untuk memberi lebih usaha dan tabah dalam cabaran untuk mencapai (Achieve) matlamat mereka. Ini adalah pemikiran yang sangat berkuasa yang dapat menentukan kejayaan mereka.
Diinspirasi daripada teori Howard Garner - kepelbagaian kecerdasan (Multiple Intelligences), MRC Kids Villa Putra, Sungai Buloh memberi tumpuan kepada pendekatan perkembangan minda secara menyeluruh, dari segi sosial, emosi dan juga fizikal. Di sini, kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun dapat belajar dalam persekitaran yang memupuk kemahiran bahasa dan matematik serta kreativiti dan peribadi mereka. Bilik-bilik darjah dihias dengan warna yang cerah dan menarik, manakala bahan-bahan pembelajaran pula menjadikan aktiviti belajar lebih menyeronokkan. Ruang permainan interaktif mengalakkan kanak-kanak untuk bermain dan belajar bersama rakan-rakan, sekaligus membina keyakinan diri dan kemahiran sosial mereka. Setiap pusat MRC Kids dibimbing oleh guru-guru yang berdedikasi yang benar-benar telus dalam misi mereka untuk membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam pendidikan awal mereka.
Satu-satunya sekolah di Malaysia yang menawarkan kesemua 4 program dalam International Baccalaureate; Primary Years Programme (PYP), Middle Years Programme (MYP), Diploma Years Programme (DP) dan Career-related Programme (CP); IGB International School (IGBIS) sentiasa komited dalam melahirkan individu-individu yang hebat dan mempunyai daya fikir kritikal, mampu menyelesaikan masalah dan sentiasa berusaha untuk mengembangkan potensi diri. Oleh itu, pelajar IB mempunyai lebih kemungkinan untuk melengkapkan ijazah sarjana muda dan meneruskan bidang sarjana kemudiannya berbanding rakan sebaya mereka.
Kurikulum IB dikenali sebagai menarik dan penuh inspirasi, membolehkan pelajar benar-benar cemerlang dan menemui potensi mereka. Selain itu, kurikulum ini sangat bermanfaat untuk individu yang mempunyai kecenderungan untuk terus mendorong diri mereka lebih jauh. Pelajar juga akan mempunyai pengetahuan dan tahap keyakinan yang akan memberi mereke dorongan ekstra sepanjang hayat.
Little Oak Tree sentiasa berdedikasi dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak, perkembangan profesional serta memberi sokongan kepada keluarga untuk membesarkan si kecil. Semua ini dilakukan dengan minda dan hati yang terbuka. Mempercayai bahawa guru adalah penggerak nadi sekolah, mereka dengan penuh kasih membantu kanak-kanak untuk memenuhi potensi mereka. Guru-guru di Little Oak juga mempunyai semangat yang tulus untuk membantu pelajar menghadapi cabaran tersendiri dalam proses pembelajaran.
Oleh kerana kanak-kanak sememangnya ingin tahu dan suka belajar perkara baru, banyak aktiviti yang sesuai dengan minat mereka dimasukkan ke dalam kurikulum. Guru memperkenalkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kurikulum. Framework perkembangan si kecil juga mengikut garis panduan kerangka pendidikan prasekolah kebangsaan negara kita.
Terletak di podium perniagaan UOA Business Park, Shah Alam, Redboot Preschool ialah prasekolah dwibahasa berasaskan permainan yang mengimbangkan keseronokan dan pembelajaran untuk memastikan kanak-kanak bersedia untuk tahun-tahun mendatang. Ia adalah tempat menyeronokkan, penuh dengan nilai murni, penyayang, hormat-menghormati, belas kasihan, sentiasa ingin tahu, dan cintakan ilmu sepanjang hayat. Prasekolah ini menawarkan kemudahan yang kondusif untuk perkembangan kanak-kanak, termasuk perpustakaan untuk memupuk minat membaca sejak usia muda, taman permainan yang dipenuhi cahaya semula jadi untuk menggalakkan kemahiran sosial dan motor utama, pentas persembahan untuk perhimpunan mingguan dan hari perayaan istimewa, juga Redboot Café di mana kanak-kanak mempelajari prinsip pemakanan yang baik dan tabiat pemakanan yang sihat sepanjang hayat, dan bilik darjah individu yang ditetapkan untuk setiap program.
Redboot Preschool menawarkan program yang bersesuaian dengan umur, serta perkhidmatan penjagaan selepas sekolah, untuk kanak-kanak bermula dari umur 6 bulan. Daripada kumpulan permainan kanak-kanak hingga tahun prasekolah, guru di sini mengamalkan amalan pendidikan awal yang terbaik dan menyokong sifat pembelajaran yang saling berhubungkait.
Sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre, CIC Denai Alam merupakan pilihan yang bernas untuk ibubapa di kawasan Shah Alam dan Subang yang inginkan program pendidikan yang holistik bagi anak-anak mereka dari usia 3 hingga 12. Terletak di unit tepi di sebuah kawasan komersial, pusat ini lengkap dengan bilik-bilik darjah yang ceria dan terang, pameran dan bahan-bahan pelajaran yang interaktif, serta kemudahan yang lain untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat 18 program yang ditawarkan yang bertumpukan bidang pelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal – disokong oleh pelbagai aktiviti praktikal untukj membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
Dengan lebih 40 tahun sebagai penyedia Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kejayaan Kinderland dalam memupuk kanak-kanak berkeyakinan kini menjadikan mereka jenama hebat yang dipercayai ibu bapa. Kurikulum Kinderland menyepadukan pendekatan dan metodologi pendidikan terbaik dari Barat dan nilai-nilai moral dan hubungan antara peribadi Timur. Ini dicapai melalui pasukan kepakaran dalaman dalam penyelidikan dan pembangunan kurikulum, latihan guru yang berterusan dan hubungan yang kukuh dengan prasekolah dan institusi pengajian tinggi yang terkenal di negara yang berbeza. Sambil menikmati zaman kanak-kanak mereka, pelajar Kinderland bersedia untuk bersekolah formal dan dilengkapi untuk menjadi pelajar sepanjang hayat dan warga global yang penyayang.
Small Wonder komited terhadap pembangunan kanak-kanak secara holistik, menyediakan mereka untuk kejayaan di sekolah awam Malaysia dan sekolah antarabangsa. Dengan tumpuan terhadap pengalaman pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan memupuk rasa ingin menimba ilmu, sekolah ini menggalakkan kreativiti dalam persekitaran yang selesa. Guru yang berkelayakan menganggap setiap kanak-kanak sebagai individu yang mampu. Pendekatan pendidikan ini menarik pelbagai keluarga yang faham kepentingan penjagaan, penghormatan, dan rasa komuniti. Reka bentuk ruang sekolah yang terbuka menggalakkan tingkah laku positif dan semangat berdikari, dengan ruang di luar untuk permainan. Rutin harian melibatkan pemeriksaan kesihatan, program teras untuk pembangunan holistik, dan juga aktiviti sokongan.
CIC Alam Impian, Shah Alam merupakan pilihan yang unggul untuk ibubapa dan keluarga di Shah Alam yang inginkan pengalaman pendidikan yang bermutu tinggi bagi anak-anak mereka. Terletak di sebuah bangunan kedai bertingkat dua, pusat ini dilengkapi pelbagai kemudahan moden seperti bilik-bilik darjah yang terang dan ceria, taman permainan dalaman, dan juga TV interaktif. Selain itu, pusat ini juga disukai ibubapa kerana guru-gurunya yang berpengetahuan dalam pedagogi terkini, di sampaing aktiviti-aktiviti praktikal bagi kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun. CIC Alam Impian menawarkan lebih 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Matlamat di sini adalah untuk memupuk pemimpin masa hadapan yang yakin dan berkeupayaan, dan juga mendidik kanak-kanak sebagai individu Muslim yang berwibawa.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.