by Kiddy123.com . on 05/05/2026 ...
Ditubuhkan pada tahun 2016, ABC (Autism Behavioral Center) adalah pusat terapi ABA (Applied Behavior Analysis), yang menawarkan kurikulum dan sokongan individu yang berkualiti untuk kanak-kanak dan remaja dari pelbagai kumpulan umur yang menghidap autisme dan kesukaran belajar atau kanak-kanak yang berisiko menghidap autisme. ABC adalah pusat yang terbesar yang menawarkan terapi ABA di Malaysia yang terletak di Bangunan Bangsaria di sepanjang jalan utama Jalan Maarof di Bangsar. Di samping itu, mereka adalah satu-satunya pusat terapi sehingga kini, yang dilengkapi dengan bilik ‘one-to-one’ untuk semua kanak-kanak; sebanyak 45 bilik individu.
Beaconhouse Newlands Early Years, Bangsar terletak di sebuah rumah banglo dengan persekitaran yang nyaman dan penuh kehijauan berdekatan Jalan Pantai. Sekolah ini meawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik bagi kanak-kanak berumur 18 bulan hingga enam tahun. Salah satu ciri ulung di BNEY Bangsar ialah kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) dari UK, yang bertumpukan perkembangan kanak-kanak. Sekolah ini turut menawarkan program Cambridge Primary bagi kanak-kanak darjah satu (Primary 1) yang bakal bersekolah di sekolah antarabangsa. BNEY Bangsar menjanjikan sistem persekolahan yang berbeza dengan kualiti tenaga pengajar yang sangat tinggi, yang dapat mengalakkan kanak-kanak menjadi versi yang terbaik diri mereka sendiri – sedia menghadapi cabaran sama ada di sekolah mahupun kehidupan seharian.
Eduwis ialah jenama pendidikan awal kanak-kanak terkemuka di Malaysia yang menggabungkan 8 falsafah pendidikan global dalam kurikulum holistik dan berasaskan aktiviti untuk memupuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak — dari segi intelek, emosi, sosial dan moral. Dengan penekanan kuat terhadap kelestarian, kanak-kanak didedahkan kepada amalan mesra alam seperti berkebun, kitar semula dan kompos, manakala para guru menerima latihan berterusan bagi memastikan kualiti pengajaran yang konsisten dan berkesan. Eduwis turut memperkukuh hubungan ibu bapa dan sekolah melalui kerjasama rapat, acara komuniti yang inklusif serta inisiatif CSR yang bermakna, mewujudkan ekosistem pendidikan yang menyemai keyakinan, kepedulian, dan kesedaran alam sekitar dalam diri setiap anak.
HANKidz LeaderSeed Nursery, Bangsar, membawa falsafah kepimpinan HANKidz yang telah terbukti lebih 13 tahun ke peringkat nurseri, mendidik anak-anak seawal tiga bulan. Lebih daripada sekadar pusat jagaan, ia memberi tumpuan kepada pembinaan sahsiah, kemerdekaan dan keyakinan melalui tiga amalan unik: kata-kata pengesahan harian di cermin untuk membentuk identiti positif, Baby-Led Weaning (BLW) bagi menggalakkan kebolehan berdikari dan perkembangan otot mulut, serta sistem sokongan ibu bapa yang menyediakan latihan, bengkel dan tip praktikal untuk diteruskan di rumah. Dengan persekitaran yang selamat, bersih dan penuh kasih sayang, makanan sihat yang dimasak sendiri, serta tenaga pendidik bertauliah yang berdedikasi terhadap perkembangan setiap anak, nurseri ini memastikan si kecil bersedia ke pra-sekolah dan seterusnya—bukan sekadar dari segi akademik, tetapi juga dengan kemahiran kepimpinan dan ketahanan diri untuk berjaya dalam hidup.
Dengan lebih daripada 100 francais di seluruh Singapura, China, Indonesia, Bangladesh dan Kemboja, kurikulum pemenang anugerah Kinderland adalah faktor utama ibu bapa memilih prasekolah kuning dan hijau yang cerah dan ceria ini yang terletak di kejiranan Terasek.
Kurikulum yang menggabungkan pendekatan dan metodologi pendidikan terbaik dari Barat dengan nilai-nilai moral dan hubungan antara peribadi di Timur adalah hasil penyelidikan dan pengembangan berterusan hampir 40 tahun oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak Kinderland. Menggunakan ekspresi kreatif, pemikiran logik, sokongan literasi, permainan dramatik, dan pembelajaran kumpulan besar, pendekatan tematik Kinderland dalam pengajaran menyediakan lingkaran pengalaman pembelajaran yang semakin meluas untuk anak. Pelopor dalam memasukkan program muzik kanak-kanak ke dalam kurikulum mereka, Kinderland juga merupakan yang pertama memperkenalkan kemahiran berfikir aras tinggi ke dalam silibus (sejak 2015) untuk memastikan bahawa pelajar mereka sentiasa bersedia ketika memasuki sekolah rendah. Pelajar diajar untuk menggunakan pemikiran logik dalam perbincangan mereka sehingga mereka belajar melihat sesuatu dari perspektif.
Aspek lain yang menonjol dalam pendidikan prasekolah Kinderland adalah Dramatic Play, di mana anak-anak berlatih bermain peranan dan pertuturan serta drama. Sesuai dengan falsafah Kinderland dan syarat-syarat Kementerian Pendidikan dan Agensi Pembangunan Anak Awal, programnya dirancang khusus untuk memperkaya dan melengkapkan pengalaman sekolah kanak-kanak.
Program pendidikan KitaKids bertujuan untuk memberi kanak-kanak (berumur antara 2 bulan hingga 6 tahun) asas yang kuat dalam pendidikan awal kanak-kanak dengan menumpukan perhatian pada minat dan perkembangan mereka dan bukannya mengekang mereka untuk belajar dalam silibus yang kaku.
Selain daripada pelajaran akademik, pelajar di Kitakids juga dilengkapi dengan kemahiran berdikari dan kemahiran penyelesaian masalah. Sukatan pelajaran fleksibel (bergantung pada usia kanak-kanak) dan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan menarik, memastikan anak-anak tumbuh sebagai pelajar yang yakin dan terlibat dalam pembelajaran mereka.
Little and Loved, Montessori Preschool & Infant Care di Bangsar ialah pusat asuhan dan prasekolah yang diasaskan oleh tiga pendidik berpengalaman yang komited untuk meningkatkan standard pendidikan awal kanak-kanak. Dengan kepakaran pengasas bersama, Sayf Ng, dalam bidang audit dan pematuhan, ibu bapa yakin dengan tahap keselamatan, kebersihan dan kualiti yang tinggi.
Pusat ini menekankan nisbah guru–murid yang sangat rendah untuk penjagaan yang lebih peribadi, kurikulum berinspirasi Montessori yang menggabungkan pembelajaran sosio-emosi serta pendekatan bermain sambil belajar, dan makanan berkhasiat yang dimasak sendiri setiap hari. Jurnal mingguan bergambar memastikan ibu bapa sentiasa terhubung dengan perkembangan anak, sekaligus mengukuhkan hubungan antara rumah dan sekolah. Di Little and Loved, setiap kanak-kanak benar-benar dijaga, disayangi dan dibimbing untuk membesar dengan keyakinan dan ketahanan diri.
Berteraskan kasih sayang dan ilmu pengetahuan, sekolah ini menawarkan persekitaran yang tenang dengan kurikulum yang menekankan kemahiran Bahasa Mandarin. Nisbah kelas yang kecil dan program yang pelbagai memupuk aktiviti komuniti dan fizikal. Selain itu, prasekolah ini juga menekankan nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan menghormati ibu bapa serta memberikan si kecil penjagaan yang sempurna, dan juga keseimbangan antara budaya tradisional Cina dan pengaruh Barat. Persekitaran yang penuh sokongan dan kasih sayang ini memastikan pendidikan holistik untuk kanak-kanak.
Melody Kindyland South Link, Bangsar South terus memberi inspirasi kepada generasi baharu kanak-kanak untuk menjadi warga global yang berpengetahuan dan kompeten dengan pengalaman pembelajaran penuh transformasi. Dengan lebih 36 pusat yang memberi peluang pembelajaran kepada lebih 2600 pelajar setiap tahun di Malaysia, Melody Kindyland menyediakan 30 tahun kepakaran dan pengalaman pendidikan awal untuk menambahbaik komuniti. Amalan cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran mereka jelas ditunjukkan melalui kejayaan holistik yang dicapai oleh pelajarnya, dan jenama Melody Kindyland juga telah diiktiraf oleh Cambridge sebagai Tadika Cambridge Beacon sejak 2017.
Bagi Melody Kindyland, mereka sedar bahawa amalan pembelajaran tradisional tidak lagi terpakai dalam zaman sekarang, sebaliknya, mereka perlu melengkapkan kanak-kanak dengan asas kemahiran masa depan yang kukuh untuk menyediakan mereka menghadapi dunia yang sentiasa berkembang. Untuk berbuat demikian, mereka menggunakan kurikulum yang berpandangan ke hadapan yang memastikan pelajar mampu membina keyakinan untuk menghadapi ketidakpastian, mempunyai kebolehan menjadi kreatif dan berfikir di luar kotak, dan juga dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain dengan berkesan – sambil menghayati keseronokan dan keajaiban zaman kanak-kanak.
Reliable Childcare Centre kini hadir di Bangsar, membawa bersama reputasi dipercayai yang telah dibina di pusat utamanya di Damansara Perdana. Berdaftar secara rasmi dengan JKM dan berpandukan kurikulum PERMATA, Reliable Bangsar menawarkan pendekatan holistik dalam pendidikan awal kanak-kanak yang menggabungkan akademik, kreativiti, pembentukan sahsiah, dan nilai Islam.
Melalui program praktikal seperti Little Chef, Little Gardener, Little Artist, dan Little Scientist, kanak-kanak belajar secara bermain, meneroka, dan pengalaman sebenar. Disokong dengan kemudahan mesra kanak-kanak yang selamat, waktu operasi sehingga 7 malam, pilihan penjagaan hujung minggu, serta yuran berpatutan, Reliable Bangsar memberi ketenangan kepada ibu bapa yang sibuk dan menyediakan persekitaran penuh kasih sayang untuk membesarkan anak-anak yang yakin, baik hati, dan ingin tahu.
Di sebalik pintu besar merah berganda The children's house terletak khazanah sumber pengajaran dan pembelajaran. The children's house menawarkan 'persekitaran yang disediakan (prepared environment)', sesuatu yang dicari-cari oleh pengamal Montessori. Secara keseluruhannya, program di The children’s house memupuk rasa harga diri, rasa kekitaan dan komuniti, sifat berdikari, kesedaran sosial dan disiplin dalaman yang akan membawa kanak-kanak melalui peringkat-peringkat seterusnya dalam hidup mereka. Semua aspek ini mengukuhkan pendapat bahawa program Montessori benar-benar mempersiapkan seorang kanak-kanak untuk kehidupan akan datang.
New Soleil Mond, Bangsar South KL memberikan permulaan yang cerah untuk kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 6 tahun. Kurikulum merangkumi pengalaman yang penting untuk memupuk pembelajaran awal dan menyediakan mereka untuk alam persekolahan. Guru menggunakan kepakaran profesional dan kreativiti mereka untuk mengimprovisasi strategi pengajaran dan membina pengalaman pembelajaran yang relevan untuk kanak-kanak dalam konteks tempatan mereka. Melalui cerita, permainan, aktiviti, permainan peranan dan "momen yang boleh diajar" secara spontan, mereka membantu kanak-kanak membentuk pemahaman baru mengenai konsep-konsep awal, seperti literasi, mengira, sains dan kehidupan praktikal. Mereka tidak hanya memberi perhatian kepada pembelajaran kanak-kanak tetapi juga minda, badan dan perkembangan jiwa.
Setiap aspek dilihat sebagai komponen saling berkaitan yang penting, termasuk hubungan antara keluarga dan sekolah. Dalam persekitaran yang menghormati ciri-ciri dan keupayaan unik setiap kanak-kanak, ia mewujudkan rasa optimisme dan kesejahteraan yang kuat yang membolehkan mereka membangunkan sikap positif terhadap pembelajaran. Sekolah ini menyahut cabaran dan berusaha untuk membaikkan sistem pengajaran mereka.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.