on 01/03/2022 634
Sorotan Utama |
---|
|
Mywis Bukit Tinggi, Klang ialah sebuah pusat penjagaan harian yang berdasarkan program pengayaan STEAM untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Ia terletak bersebelahan dengan SJK(C) Hin Hua, dan merupakan pusat sehenti yang selesa yang menawarkan perkhidmatan jagaan harian, bimbingan kerja rumah, dan yang penting sekali ialah memberi peluang kepada kanak-kanak supaya mereka boleh merealisasikan potensi mereka sepenuhnya. Matlamat utama pusat ini adalah melahirkan individu generasi baru yang mampu memimpin dan menyokong orang lain dengan sebaik mungkin melalui kreativiti dan keyakinan, dan pada masa yang sama tidak lupa untuk berbelas kasihan.
Untuk memupuk pelajar yang berpengetahuan luas, Mywis menggunakan kaedah bimbingan unik yang diilhamkan oleh falsafah pendidikan John Dewey - seorang perintis dalam pendidikan progresif di Amerika Syarikat. Pendekatan ini memupuk pembangunan kanak-kanak secara menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut:
Menyediakan banyak peluang pembelajaran praktikal untuk pelajar, kerana kanak-kanak akan menjadi lebih fokus dan bermotivasi untuk belajar apabila mereka melalukan sesuatu dengan tangan mereka. Selain itu, pembelajaran praktikal membantu mereka mengekalkan pengetahuan untuk jangka masa yang lebih lama.
Menyediakan persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak yang menggalakkan pembelajaran aktif. Guru menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam membuat keputusan, memikul tanggungjawab yang lebih banyak dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah.
Memupuk nilai moral yang positif kepada kanak-kanak dan memberi bimbingan kepada mereka supana membesar dengan tingkah laku yang sesuai serta beretika.
Apa yang benar-benar membezakan Mywis ialah Program PENGAKTIFAN mereka yang berpandangan hadapan. Mereka menggabungkan elemen STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) untuk membantu pelajar-pelajar memupuk kemahiran abad ke-21, yang sudah pasti mereka perlukan apabila mereka memasuki pasaran pekerjaan di masa depan.
Bimbingan Kerja Rumah |
Guru-guru terlatih akan membantu pelajar memahami dan menjawab soalan dengan betul darioada sekadar memberitahu mereka jawapan, dan menghilangkan keupayaan mereka untuk berfikir sendiri. Selain daripada memastikan semua kerja rumah disiapkan dengan betul, guru juga memberi galakkan kepada pelajar supaya bersikap proaktif ketika menyiapkan kerja rumah dan pembelajaran mereka. |
Mengulang Kaji Mata Pelajaran Sekolah |
Sesi ulang kaji ini membantu pelajar yang ketinggalan atau menghadapi masalah di bidang tertentu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan guru akan mengukuhkan konsep utama dalam mata pelajaran utama sekolah termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Malayu, Bahasa Cina, serta Sains dan Matemati. Mereka akan dinilai melalui sistem SCORE100 setiap bulan. Ini akan membolehkan pelajar mengetahui dan mencapai prestasi akademik yang lebih baik, yang seterusnya akan mempertingkatkan harga diri dan keyakinan mereka. |
Bacaan 3 Bahasa |
Pelajar-pelajar dibimbing untuk menguasai kemahiran membaca mereka dalam 3 bahasa utama – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina. Banyak buku yang menarik digunakan untuk merangsang imaginasi pelajar sambil meningkatkan perbendaharaan kata dan kefahaman mereka. Paling penting sekali ialah dengan memupuk tabiat membaca sepanjang hayat ini sejak kecil boleh meningkatkan keupayaan pelajar dalam mendapatkan dan memahami maklumat dengan mudah – ini asas kejayaan akademik. |
Projek STEAM |
Salah satu program yang menonjol di Mywis ialah projek STEAM yang menyeronokkan tetapi sangat bermanfaat untuk kanak-kanak. Setiap bulan, pelajar-pelajar akan berpeluang mencipta prototaip dan menjalankan ujian operasi sepenuhnya, seperti menggabungkan gear untuk membuat carousell mainan berputar ,dan menggunakan tekanan air untuk mencipta daya untuk jambatan hidraulik. Semua ini memang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Di sepanjang proses itu, projek-projek yang berorientasikan pasukan ini akan meningkatkan keupayaan penyelidikan pelajar, kemahiran pembentangan dan peluang untuk berfikir di luar kotak. |
Secara keseluruhannya, ia merangkumi 4C pendidikan moden, iaitu pemikiran kritis (critical thinking), kreativiti (creativity), kerjasama (collaboration) dan komunikasi (communication). Pasukan pendidik di Mywis percaya jika kanak-kanak boleh belajar menyelesaikan masalah hari ini, mereka pasti boleh bertanggungjawab untuk mengubah dunia pada masa depan.
Selain daripada meningkatkan kebolehan pelajar dari segi kerja sekolah, Mywis turut mengutamakan kepentingan tumbesaran yang seimbang, termasuk pemakanan yang sihat dan tabiat pemakanan yang baik. Perhatian yang teliti diberikan semasa menyediakan hidangan, untuk memastikan bahawa kanak-kanak hanya mengambil makanan segar daripada semua kumpulan makanan yang belum diproses supaya mereka mendapat khasiat yang mencukupi untuk perkembangan mental dan fizikal. Sebagai langkah berjaga-jaga semasa pandemik COVID-19, kanak-kanak membawa bekas makanan mereka sendiri dan makan di tempat masing-masing untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang berada di Mywis juga didedahkan kepada rutin harian berstruktur, yang akan memberi sokongan kepada perkembangan emosi sosial yang sihat, serta kemahiran hidup praktikal lain yang penting. Dari masa ke masa, mereka akan lebih mampu menyesuaikan diri dengan cabaran harian dan jangkaan baru dalam kehidupan.
Sejak 18 tahun yang lalu, ibu bapa benar-benar menghargai kualiti penjagaan yang tinggi yang diberikan oleh guru-guru di Mywis kepada anak-anak mereka. Mereka prihatin, sabar, dan pada masa yang sama mampu memenuhi keperluan pelajar – bukan mudahnya untuk kebanyakan pusat jagaan kanak-kanak menawarkan ketiga-tiga fakta ini seperti yang ibu bapa inginkan. Selain itu, Mywis juga mengambil usaha untuk melatih guru-gurunya secara berterusan. Ini boleh memastikan pengetahuan dan kemahiran profesional mereka dikemas kini, dan dapat membantu pelajar-pelajar membina asas kukuh untuk masa depan yang cerah.