on 22/02/2017 2180
Kurikulum Kinderland yang telah memenangi pelbagai anugerah adalah antara faktor utama ibu bapa memilih prasekolah ini yang terletak di kawasan kejiranan Terasek. Kurikulum ini menggabungkan pendekatan pendidikan terbaik dan metodologi dari barat dengan nilai-nilai moral dan interpersonal dari timur. Hasil daripada penyelidikan dan pembangunan yang berterusan selama 40 tahun oleh tenaga pendidik serta pakar pendidikan awal kanak-kanak di Kinderland, kerangka kurikulum ini merangkumi domain kreatif, pemikiran logik, sokongan literasi, drama, dan pembelajaran dalam kumpulan yang besar.
Pendekatan tematik meluaskan ruang pengalaman pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak sentiasa belajar, di rumah di sekolah dan seterusnya di mana sahaja mereka berada. Pembelajaran interaktif secara langsung membuatkan kanak-kanak susah berasa bosan di Kinderland. Pelbagai projek dianjur, seperti projek kelas, projek kumpulan, dan projek pembelajaran rumah yang membolehkan setiap kanak-kanak memilih apa yang dia mahu lakukan, memenuhi jadual setiap semester di Kinderland. Ibu bapa juga terlibat dalam projek-projek ini, sekali gus mereka dapat menghabiskan masa yang berkualiti dengan anak-anak mereka.
"Semua guru kami berpengalaman dan mempunyai diploma dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.” jelas Prasanna, selaku pengetua kindergarten. Kami memahami bagaimana anak-anak muda belajar. Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun ini perlu lebih bergerak, bermain, berseronok, dan mempunyai kebebasan yang mencukupi untuk meluahkan perasaan mereka, dan bukannya duduk berjam-jam dalam bilik darjah - terutamanya kanak-kanak dari komuniti ekspatriat di Bangsar. Kini, 52% pelajar kami adalah terdiri daripada golongan ekspatriat yang datang dari negara-negara seperti India, Jepun, Rusia dan Singapura. “Ibu bapa mereka sering bertanya kepada saya, 'Berapa banyakkah masa kegiatan luar diluangkan kepada anak saya?' Mereka tidak mahu anak mereka berada dalam bilik darjah sepanjang masa. Kami mempunyai ruang yang cukup besar di taman kami untuk kanak-kanak bergerak, sama ada bermain pasir atau bermain air, mahupun belajar subjek seni & kraf di luar“
Satu lagi sebab ibu bapa di Bangsar memilih Kinderland adalah kerana kaedah pembelajaran bahasa bahasa Inggeris, Cina dan Bahasa Malaysia yang interaktif serta menyeronokkan. Program bahasa tersebut menggabungkan aktiviti penceritaan, puisi dan lagu, dramatisasi, mendengar, berbicara, serta membaca. Pada masa yang sama, kanak-kanak diperkenalkan kepada penggunaan komputer. Mereka diajar menggunakan perisian yang dipilih khusus yang boleh membantu mereka mempelajari bahasa dan matematik. Program Maths Alive juga diajar kerana kaedah-kaedahnya yang menyeronokkan dan menarik dalam memperkenalkan konsep matematik kepada kanak-kanak.
Kinderland adalah prasekolah pertama yang telah menggabungkan program muzik kanak-kanak ke dalam kurikulum mereka. Kami percaya bahawa penggunaan papan kekunci dan alat muzik lain bukan sahaja memupuk ekspresi kreatif dan sensitiviti muzik tetapi ia juga meningkatkan keyakinan kanak-kanak dan meransang perkembangan otak kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang lebih muda kita mempunyai program muzik dan pergerakan; sebelum mereka bergerak ke program yang berikutnya, papan nada.
Satu lagi aspek yang menarik oleh Kinderland adalah subjek kemahiran berfikir. Program ini diharap dapat memastikan pelajar mereka sentiasa bersedia ketika memasuki sekolah rendah. “Usaha ini dilakukan sebelum Kementerian Pendidikan bertindak untuk menggabungkan konsep ini ke dalam sistem pendidikan Malaysia. Pelajar-pelajar berbincang tentang subjek matematik dan sains. Mereka dipupuk untuk berfikir secara logik dalam perbincangan mereka dan belajar untuk melihat perkara-perkara dalam perspektif. Kami juga mempunyai program Dramatic Play di mana kanak-kanak berlakon dan berpidato. Program sebegini membantu membina keyakinan dan kemahiran bercakap.” tambah cik Prasanna.
Kurikulum yang komprehensif dan holistik sememangnya sukar dicari. Maka tidak hairanlah jika pada hari ini, kurikulum bersepadu ini telah berjaya digunakan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga oleh lebih 100 francais Kinderland di seluruh Singapura, China, Indonesia, Bangladesh dan Kemboja.