Pine Hills International School, Subang Jaya
Mahsa International School, Bandar Saujana Putra, Jenjarom
Little Angel Kindergarten
Kids Academy Malaysia

Taman Tema Genting SkyWorlds Mengumumkan Sembilan “Dunia”

by on 30/08/2021 122

Also available in : English , 中文版

Resorts World Genting mengumumkan dengan lebih terperinci tarikan-tarikan yang bakal menemui para pengunjung di taman tema yang dinanti-nantikan di Asia Tenggara, dengan penampilan sembilan “dunia” yang diinspirasikan daripada dunia perfileman dan pengembaraan, 6,000 kaki dari aras laut.

Resorts World Genting mengumumkan dengan lebih terperinci tarikan-tarikan yang bakal menemui para pengunjung di taman tema yang dinanti-nantikan di Asia Tenggara, dengan penampilan sembilan “dunia” yang diinspirasikan daripada dunia perfileman dan pengembaraan, 6,000 kaki dari aras laut.

Setiap dunia dalam taman tema ini mempunyai kisah menariknya tersendiri yang diolahkan melalui tarikan-tarikan unik, pilihan makanan yang menyelerakan, kedai-kedai yang menceriakan, dan persembahan secara langsung yang hebat. Malah, banyak tarikan di Genting SkyWorlds merupakan tarikan pertama yang seumpamanya di dunia. Semua ini telah dirancang dan direka khas untuk menyemarakkan imaginasi dan pada masa yang sama, membawakan pengalaman menyeluruh yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga!

Studio Plaza – Bermulanya Pengembaraan Anda

Pengembaraan bermula di Studio Plaza, permulaan kepada dunia-dunia yang bakal dikunjungi. Berinspirasikan era kegemilangan pawagam, fakad bangunan yang ikonik menampilkan unsur-unsur kehebatan dunia perfileman yang bakal menanti para pengunjung sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki dalam taman tema ini.

Eagle Mountain – Berlumba Ke Arah Kemenangan

Di Eagle Mountain, para pengunjung akan terdedah kepada “bahang” padang pasir California. Bandar yang telah dilupakan ini menjadi tumpuan penunggang dan penggemar motosikal berkuasa tinggi. Tarikan utama di Eagle Mountain – dan salah sebuah tarikan utama di Genting SkyWorlds adalah Mad Ramp Peak - Perlumbaan Throttle Penuh, tunggangan motosikal coaster dwi-kuasa yang pertama di dunia.

Central Park – Alami Tarikan Bertaraf Dunia

Dataran bandar Central Park yang meriah ini merupakan dunia yang terbesar di Genting SkyWorlds. Dengan adanya Natural History Museum atau pertunjukan air pancur yang luar biasa di Lake of Dreams, Central Park pastinya akan membawa para pengunjung ke satu dunia yang hebat dan mempersonakan.

Antara tarikan yang terdapat di Central Park termasuk Night at the Museum: Midnight Mayhem - pengunjung boleh bekerjasama dengan Pengawal Keselamatan di dalam permainan interaktif 3D yang penuh aksi yang sesuai untuk seisi keluarga, ESD Global Defender – sebuah kapal aeroangkasa tempur hibrid yang akan membawa penumpang meluncur ke langit sambil berputar, berpusing dan terbalik serta Independence Day: Defiance yang menampilkan satu pengembaraan angkasa yang mendebarkan kepada para pengunjung melalui salah sebuah paparan berbentuk dom yang terbesar.

Jom Berpesta di Rio!

Nikmati kawasan kejiranan Santa Teresa yang sibuk di mana keseronokan, keterujaan dan muzik samba berkumandang. Para pengunjung boleh menyertai watak-watak ikonik dalam Blue Sky Carousel dua tingkat yang unik. Selepas itu, pengunjung boleh berputar dengan penuh keseronokan di Rio Carnaval Chaos! dalam permainan cawan berputar dan Samba Gliders akan mengambil penunggang pada pengembaraan yang mendebarkan pada ketinggian lebih dari 65 kaki sambil memberikan pemandangan Rio dari udara.

Ice Age – Dunia Ais Yang Menyeronokkan

Rentas masa ke zaman pra-sejarah di dunia Ice Age. Sertai Sid dan rakan-rakannya di Ice Age: Expedition Thin Ice dalam perjalanan mereka melalui gua ais, Geotopia dan terowong lava untuk mencari dan menyelamatkan pekhemah Campo De Sid yang hilang. Acorn Adventure membawakan pengalaman menaiki rollercoaster mendebarkan yang menampilkan Scrat dalam usahanya untuk mencari buah oak yang elusif di atas puncak pergunungan bersalji.

Pengembaraan diteruskan di Sid’s Rock N Slide bersama Sid dan Diego dengan menaiki permainan kayu balak yang penuh aksi. Sementara itu, Mammoth Fun Zone menjanjikan keseronokan, keterujaan dan suasana yang penuh bertenaga untuk si comel.

Epic – Jelajahi alam yang tersembunyi

Bersedialah untuk sebuah pengembaraan hebat ke alam si kenit yang penuh keajaiban. Para pengunjung boleh bermula di Bomba House dengan menaiki bot Epic Voyage to Moonhaven yang akan membawa anda menjelajahi kawasan ajaib bersama Mub dan Grub. Dunia ini termasuk Epic Hummingbird Flyers di mana para pengunjung akan melindungi Queen Marigold dari Boggans!

Robots Rivet Town –Keseronokan Yang Tidak Terhingga

Nikmati keriangan untuk seisi keluarga di dunia Robots Rivet Town yang meriah. Di sini mereka boleh menaiki Bigweld’s Zeppelins untuk menyaksikan pemandangan Robots Rivet Town yang panoramik. Tersembunyi di bawah adalah Rivet Town Roller, permainan kapsul yang mencabar.

Liberty Lane – Keterujaan di Setiap Selekoh

Kawasan kejiranan Liberty Lane yang sibuk ini akan menampilkan pelbagai kedai-kedai unik, tempat-tempat makan bertema dan tarikan Invasion of the Planet of the Apes. Pertama seumpamanya yang direka secara eksklusif untuk Genting SkyWorlds, tarikan ini akan membawa para pengunjung melalui satu perjalanan 3D yang imersif dan mendebarkan, menampilkan Caesar dan primat ikonik lain yang berjuang untuk kelangsungan hidup.

Andromeda Base – Bermulanya Penerokaan ke Ruang Angkasa

Para pengunjung akan menghadapi pelbagai cabaran di alam galaksi yang mengujakan ini. Terraform Tower Challenge, akan menawarkan keterujaan dan keseronokan berskala galaksi dengan pemandangan yang hebat dari kedudukan yang baik. Latih tubi diteruskan di Boot Camp Training, yang mana laluan berhalangan fizikal akan memberikan cabaran kepada rekrut angkasa yang paling lincah manakala Alpha Fighter Pilots akan membawa para pengunjung merasai simulasi 360 darjah peperangan angkasa yang mengujakan.

Itulah dia – sembilan dunia di Taman Tema Genting SkyWorlds. Untuk memberikan pengalaman kembara yang menyeluruh kepada para pengunjung, kesemua dunia ini akan menampilkan tempat-tempat makan, kedai-kedai dan pengalaman hiburan dengan tema yang unik. Nikmatilah hidangan Barat dan Asia yang lazat di Buck’s Cafe, burger yang menyelerakan di Classic Burgers, dan pelbagai jenis kudapan yang manis di Aunt Fanny’s Confectionery. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, pastinya para pengunjung akan dapat meneruskan pengembaraan mereka tanpa berasa lapar.

Sementara itu, para pengunjung boleh mengabadikan kenangan mereka di Genting SkyWorlds dengan mendapatkan cenderahati asli di pelbagai jenis kedai di dalam taman tema. Para pengunjung juga boleh menikmati persembahan secara langsung yang hebat, sesi ramah mesra bersama watak-watak berkostum, perarakan, dan berpeluang mengambil gambar untuk dimuat naik ke laman Instagram untuk kenangan seumur hidup!

Semua ini dan banyak lagi menanti para pengunjung tidak lama lagi. Tidak syak lagi, Genting SkyWorlds memang sudah bersedia untuk membawa suatu pengalaman pengembaraan yang ternyata berbeza kepada semua! Tatkala negara kita sedang menuju ke arah pemulihan pandemik, pembukaan Genting SkyWorlds pula kian mara ke garisan penamat.

Walaupun pada mulanya ia dijadualkan dibuka pada pertengahan tahun 2021, pembukaan Genting SkyWorlds akan ditunda sementara menunggu pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara untuk berjaya, dengan mempertimbangkan perubahan situasi COVID-19 serta mematuhi peraturan-peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Keutamaan kami sekarang adalah untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja dan pengunjung terjaga walaupun pembukaan tersebut terpaksa ditangguh buat sementara waktu. Saya dan pasukan saya berasa yakin bahawa masa riang akan tiba tidak lama lagi apabila pintu taman tema yang hebat ini dibuka, di samping membawakan pelbagai pengembaraan yang unik, menyeronokkan dan menakjubkan untuk semua pihak. Kami telah menyediakan sesuatu yang luarbiasa dan pastinya akan menjadikan penantian anda sesuatu yang berbaloi!” kata Encik Greg Pearn, Ketua Taman Tema & Pengalaman di Resorts World Genting.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari www.gentingskyworlds.com atau hubungi talian 03-6101 1118.

Nota: Ice Age, Rio, Epic, Robots, Night at the Museum, Independence Day, dan Planet of the Apes adalah harta intelek yang dimiliki dan dilesenkan oleh 20th Century Studios, semua hak cipta dilindungi undang-undang.

Mengenai Genting Malaysia

Genting Malaysia Berhad (GENM) adalah salah sebuah syarikat utama dalam bidang riadah dan perhotelan di dunia. Tersenarai di Bursa Malaysia, GENM memiliki dan mengendalikan pusat peranginan utama termasuk Resorts World Genting (RWG) di Malaysia, Resorts World Casino New York City dan Resorts World Catskills (yang dimiliki 49% melalui sebuah syarikat bersekutu) di Amerika Syarikat (US), Resorts World Bimini di Bahamas, Resorts World Birmingham dan lebih daripada 30 buah kasino di United Kingdom (UK) dan Crockfords Cairo di Mesir.

Dengan anggaran 10,500 bilik daripada tujuh buah hotel yang berbeza, RWG adalah destinasi peranginan berintegrasi terulung di Malaysia. Pusat peranginan ini juga menampilkan pelbagai kemudahan riadah dan hiburan, termasuk perjudian, taman tema dan hiburan, kedai makanan dan peruncitan, dan juga kemudahan untuk persembahan antarabangsa dan persidangan perdagangan. Genting Highlands Premium Outlets (kerjasama di antara Genting Plantations Berhad dan Simon Property Group) yang terletak di pertengahan bukit melengkapkan lagi tarikan di RWG. Tambahan lagi, taman tema luar yang baharu akan meningkatkan lagi tarikan di RWG apabila siap kelak.

GENM merupakan ahli Kumpulan Genting, salah sebuah syarikat multinasional utama yang mempunyai pengurusan terbaik di Asia. Kumpulan Genting dipimpin oleh Tan Sri Lim Kok Thay, seorang usahawan berwawasan yang telah mengukuhkan jenama Resorts World sebagai peneraju utama dalam sektor riadah dan perhotelan di Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat, Bahamas dan United Kingdom. Tan Sri Lim Kok Thay juga mempunyai pelaburan yang strategik di dalam industri global yang lain termasuk ladang kelapa sawit, pembangunan hartanah, penjanaan kuasa, minyak dan gas, pelayaran dan bioteknologi.

Mengenai Taman Tema Genting SkyWorlds

Taman Tema Genting SkyWorlds adalah taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara. Sebagai sebahagian dari barisan hiburan bersepadu Resorts World Genting, taman tema luar ini dibina di atas tanah seluas 26 ekar dan mempunyai 26 permainan dan tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga dan pengunjung dari semua peringkat umur. Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa para pengunjung mengembara ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan – Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. Setiap ‘dunia’ akan menampilkan pelbagai permainan dan tarikan yang dirancang dan dicipta untuk menyemarakkan daya imaginasi melalui pengalaman imersif. Kunjungan ini akan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan membeli-belah, menjamu selera serta hiburan yang unik dan menyeluruh untuk seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Tema Genting SkyWorlds, sila layari www.gentingskyworlds.comatau ikuti laman media sosial kami di FacebookInstagramYouTube dan Twitter.