by on 03/10/2019 842
Apabila berbicara tentang polisi kejujuran, Gem Preschool & Kindergarten’s adalah yang terbaik. Menurut pegangan sekolah ini, zaman kanak-kanak adalah waktu yang penting untuk memulakan bukan sahaja perkembangan akademik mereka tetapi juga untuk menyediakan mereka secara holistik ke dunia nyata. Menggunakan kaedah pengajaran Montessori yang asli, akademi berpusatkan kanak-kanak ini mengembangkan kanak-kanak yang berusia dari 3 – 6 tahun secara fizikal, sosial, emosi dan kognitif dalam program harian penuh mereka.
Memahami bahawa kanak-kanak bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan dan berminat untuk belajar, Gem Preschool & Kindergarten menyokong dan sebaik mungkin memberikan suasana pembelajaran realistik yang mencerminkan objek-objek dan persekitaran dunia luar yang sebenar. Ini ialah keunikan utama mereka.
Kita perlu mencari keseimbangan antara terlalu melindungi dengan memberikan kebebasan penuh kepada kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin belajar di sekolah, tetapi mereka juga hidup di dunia nyata. Bagi mereka untuk berjaya dalam kehidupan ini, mereka perlu mengenali dan mengetahui bagaimana setiap benda berfungsi. - Gem Preschool & Kindergarten
Bermatlamat untuk mengembangkan dan memupuk kanak-kanak menjadi manusia yang berjaya secara keseluruhan, menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran, buku teks dan kad imbas Montessori, kurikulum menyeluruh Gem Preschool & Kindergarten mengandungi domain-domain seperti ini:
Kurikulum Tematik
Sensorial
Kindermusik
Matematik
Praktikal Hidup dan Budaya
Sains
Geography
Kelas Memasak
Bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia)
Sedikit sebanyak, kurikulum ini mengambil pendekatan tematik yang membolehkan kanak-kanak untuk meneroka melalui deria-deria mereka dan melakukan eksperimen yang menyeronokkan bersama-sama, memupuk kemahiran motor kasar dan halus mereka, penerokaan dan penemuan, sosialisasi, kesedaran diri, dan cinta akan ilmu pengetahuan. Cara terbaik untuk belajar ialah melalui perbuatan, oleh itu di sekolah ini kanak-kanak digalakkan untuk mendengar, melakukan, melihat, menghidu, dan merasa. Pemerhatian dan pembelajaran yang dijalankan oleh mereka seperti ketika kelas memasak meningkatkan imaginasi mereka, penguasaan dan kreativiti. Ini adalah bagaimana pelajar-pelajar di sini dapat berkembang secara fizikal, sosial, emosi dan kognitif.
Kurikulum ini disokong oleh rangka kerja yang seimbang mengikut syarat-syarat, sukatan silibus dan buku-buku teks pendidikan Malaysia. Satu-satunya penambahan adalah pelajaran-pelajaran di sini turut mencerminkan amalan terbaik kaedah pendidikan Montessori. Menyesuaikan pelajaran-pelajaran mengikut umur dan tahap perkembangan kanak-kanak, Gem Preschool & Kindergarten memperkenalkan pelajar-pelajar yang berusia 3 tahun kepada persekitaran pembelajaran dengan tenang dan pada masa yang sama meningkatkan tahap pelajaran seiring usia kanak-kanak, oleh itu usia yang berbeza menjelaskan pembahagian kelas yang berbeza kerana bahan-bahan pembelajaran yang berlainan mengikut perkembangan tahun mereka.
Sekolah ini merangka pelan tahunan pelajaran dan objektif-objektif mengikut kebolehan setiap kanak-kanak, kemahiran dan tahap bagi memastikan kanak-kanak berkembang seperti yang sepatutnya. Walaupun kanak-kanak berada dalam kumpulan, mereka masih menerima perhatian berasingan daripada para pendidik, dan ini adalah bagaimana para pendidik di Gem Preschool & Kindergarten menjaga pelajar-pelajar mereka; memberikan perhatian yang mereka perlukan apabila mereka memerlukannya.
Selain mempunyai kurikulum dan program-program pengayaan yang bagus, sekolah ini turut menganjurkan:
Sambutan Perayaan |
Konsert dan Persembahan |
Lawatan Lapangan dan Hari Lawatan |
Hari Sukan |
Seminar Ibu Bapa |
Hari Graduasi |
Acara-acara ini meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak melalui cabaran-cabaran, meningkatkan kesedaran diri dan memupuk sifat-sifat yang dihormati. Ini juga turut menyumbang rasa tanggungjawab ke dalam diri kanak-kanak terhadap masyarakat dan dunia sekeliling mereka. Asas yang kuat dalam keperibadian yang baik adalah apa yang membezakan mereka daripada yang lain di masa hadapan.
Realistik dengan pendekatan mereka, para pendidik Gem Preschool & Kindergarten percaya bahawa mereka memerlukan lebih daripada sekadar cinta dan minat kepada kanak-kanak dan pendidikan awal kanak-kanak. Para guru sendiri perlu berpengetahuan dan mahir untuk mengendalikan pelajar-pelajar dengan baik. Setiap guru yang terpilih dipilih dengan teliti. Wajib bagi setiap guru untuk memiliki ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak berserta kelayakan dari Montessori Center International (MCI). Ini memastikan para guru mempunyai kemahiran untuk menggunakan strategi-strategi pengajaran yang berkesan untuk memastikan kanak-kanak kekal bermotivasi dan terlibat.
Kanak-kanak adalah pelajar yang berbeza daripada segi kemahiran, kebolehan dan keperluan. Sekiranya kita tidak mempunyai pengetahuan untuk memahami perkara ini, kanak-kanak tidak akan berkembang, dan ia tidak cukup dengan hanya mempunyai cinta dan minat. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, kita harus berfikir bagi pihak kanak-kanak. - Gem Preschool & Kindergarten