by on 16/12/2021 1044
Sorotan utama |
|
Sebagai salah satu tadika terbesar di Klang, Selangor, Tadika & Taska Big Apple Tadika & Taska bukan sahaja tadika dan taska yang sangat digemari, malah kini ia juga merupakan mercu tanda terkenal Bandar Botanic, Klang. Untuk mengatakan bahawa kanak-kanak suka berada di sini adalah tidak cukup memadai, kerana terdapat kanak-kanak yang teruja hanya dengan melihat sekilas logo epal merah ikoniknya itu!
Rangkaian tadika Big Apple sebenarnya telah wujud sejak awal tahun 90-an (setepat-tepatnya pada tahun 1993), di mana cawangan Bandar Botani merupakan salah satu yang terbaru, iaitu dibuka pada tahun ini, 2021. Kiddy123 sempat mengikuti perkembangan tersebut bersama Cik Cynthia, Pengetua cawangan ini, yang agak besar saiznya di Klang. Kami teringin sangat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sambutan hangat yang diterima oleh cawangan ini.
Big Apple dikenali sebagai penyedia pendidikan awal berkualiti tinggi menggunakan sukatan pelajarannya sendiri, yang sudah semestinya mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui para ibu bapa yang arif, pendidikan sahaja tidak akan mencukupi untuk dunia dan era terkini yang sentiasa berkembang. Kanak-kanak hari ini mempunyai masa depan yang lebih mencabar di hadapan mereka. “Saya yakin kanak-kanak bukan sahaja perlu bersedia dari segi akademik untuk menghadapi dunia di kemudian hari dalam hidup, tetapi mereka juga harus mempunyai sikap dan sifat yang akan dapat membantu mereka semasa dewasa nanti. Semua ini perlu diterapkan pada tahun-tahun pertumbuhan kritikal,” Cik Cynthia memberi kata-kata pembukaan semasa temuduganya dengan Kiddy123.
Dari segi akademik, boleh dikatakan bahawa pelajar-pelajar Big Apple dididik supaya mengutamakan pengetahuan. Jangan terkejut jika istilah seperti isthmus, archipelago, dan sebagainya kedengaran semasa berbual dengan pelajar-pelajar Big Apple!
“Selain memastikan bahawa setiap kanak-kanak menerima pendidikan awal yang benar-benar mengayakan dan menyediakan mereka menghadapi pelbagai cabaran yang menunggu di masa depan, kemudahan yang kami sediakan di sini juga sudah pasti menjadi salah satu sebab ibu bapa tertarik untuk mendaftarkan anak-anak mereka di sini,” dedah Cik Cynthia sebelum menemani kami sekeliling bangunan yang serba lengkap itu. Betapa benar kata-katanya itu, di mana kami sendiri dapat melihat beberapa ciri khas tadika itu. Salah satunya ialah bilik air yang direka khususnya untuk kegunaan kanak-kanak, di mana latihan penggunaan tandas juga dapat dikendalikan dengan mudah bagi kanak-kanak kecil yang masih berlampin. Malah, kain-kain alas kaki yang ada pun amat comel sekali!
Tadika Big Apple Bandar Botanic berbangunan sendiri dan berdiri megah. Ruang menunggu dan dewannya mempunyai ciri-ciri yang menceriakan, dan dilengkapi dengan papan Leggo untuk kanak-kanak bermain sambil menunggu ibu bapa atau guru mereka.
Kami agak tertarik hati apabila menyedari bahawa semua bilik darjah untuk kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun dilengkapi dengan projektor yang memodenkan pengalaman pembelajaran mereka. Ringkas, mudah dan berkesan, cara pengajaran ini juga menjimatkan masa. "Kurang daripada sedekad yang lalu, buku memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang guru, sedangkan kini, buku adalah bahan sokongan disebabkan teknologi yang telah mengambil alih dalam bilik darjah," kongsi Cik Cynthia.
Untuk kanak-kanak kecil, cara terpantas untuk mengajar mereka kemahiran baru adalah dengan cara membiarkan mereka cuba sesuatu dengan sendirinya. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘hands-on’ activity. Oleh itu, program Big Apple bernama Train Your Skills adalah amat relevan, dan selalu memperoleh hasil yang luar biasa dalam membantu kanak-kanak mengasah beberapa kemahiran hidup praktikal yang berguna mengikut kumpulan umur masing-masing. Kanak-kanak walaupun semuda usia dua tahun boleh mengambil bahagian dalam aktiviti seperti menyapu mentega pada roti bakar, atau pun 'memotong' pisang menggunakan pisau plastik. Apabila mereka meningkat dewasa dan mengembangkan kemahiran motor masing-masing, mereka akan meneruskan aktiviti lain seperti membutang baju, mengikat tali kasut, melipat pakaian, membersihkan diri, dan banyak lagi. Bagi kanak-kanak berumur lima tahun, perkembangan deria juga dititikberatkan. Ini dapat membantu guru memastikan jika seorang kanak-kanak mempunyai masalah penglihatan, antara masalah perkembangan lain.
Kiddy123 dimaklumkan bahawa perpustakaan tadika Big Apple amat disenangi oleh para pelajarnya. Ia bukan sahaja tempat untuk membaca buku dan bercerita, tetapi latihan pengucapan awam kanak-kanak juga berlaku di sana. "Selain itu, para si-kecil yang menangis akan terus berhenti jika dibawa ke perpustakaan,” Cik Cynthia ketawa, menekankan betapa ajaibnya bilik itu kepada pelajar.
Dewan gim tadika, taman permainan dan kolam renang untuk bermain air memastikan kanak-kanak mendapat banyak pergerakan fizikal dalam persekitaran yang menyeronokkan dan selamat, di bawah pengawasan guru. Kemudahan-kemudahan tersebut amat menarik, mesra kanak-kanak dan direka untuk menjamin keseronokan zaman kanak-kanak. Pembinaan rumah hijau sedang dijalankan pada masa temuduga kami, dan itu juga akan menambah lagi tarikan tadika itu. Kesemuanya bergabung dengan didikan akademik menghasilkan pendidikan awal yang lengkap, dan ia memberikan pengalaman pengayaan yang tidak dapat dilupakan untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Lagi sebuah tingkat tambahan sedang disediakan untuk menempatkan beberapa bilik latihan untuk guru, serta makmal sains untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun untuk melakukan eksperimen S.T.E.A.M mereka. Merujuk kepada topik S.T.E.A.M., tadika Big Apple terkenal dengan pelaksanaan elemen pendidikan ini untuk membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan mengasah kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah menggunakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.
Terdapat lagi satu ciri khas tadika Big Apple Bandar Botanic dan ia adalah dinding kaca yang lutsinar. "Kami mempunyai sebab yang baik untuk dinding-dinding kaca ini,” kata Cik Cynthia. "Kanak-kanak secara semula jadi menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila mereka dapat melihat apa yang berlaku di luar bilik yang mereka berada, berbanding dengan berada di kawasan tertutup seperti kebanyakan bilik darjah konvensional," hurainya. Dan, sudah tentunya cahaya semula jadi pasti memberi kebaikan kepada mereka juga!
Big Apple mengambil berat tentang perancangan pelajarannya untuk memastikan hasil yang terbaik untuk semua pelajarnya. Antara umur 2-4 tahun, kanak-kanak akan dapat membina kecekapan mereka dalam bahasa Inggeris, yang sudah tentu penting bagi masa depan mereka, tidak kira aliran sekolah rendah mereka. Sama ada mereka bersedia untuk memasuki aliran Cina, kebangsaan atau antarabangsa untuk sekolah rendah mereka, mereka pasti tersedia berikutan rancangan pengajaran yang teliti yang direka untuk memenuhi keperluan mereka. Kanak-kanak berumur 6 tahun di tadika Big Apple juga perlu menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris Cambridge, yang pasti amat berguna untuk mereka, terutamanya jika mereka berhasrat untuk memasuki sekolah antarabangsa. Cambridge English merangkumi tiga bidang - Kemahiran mendengar, membaca/menulis dan bertutur. Ia memastikan graduan tadika Big Apple mahir dalam bahasa antarabangsa dunia!
Sambil mengakhiri temu bual kami, Cikgu Cynthia berkongsi betapa gembira rasanya disebabkan semua pelajarnya suka menghadiri tadika. Ibu bapa juga telah menghubunginya untuk memberitahunya, pada hujung minggu, bahawa mereka melalui bangunan itu dan anak mereka meratap mahu pergi ke 'sekolah Apple!"
Big Apple Bandar Botanic mempunyai *promosi istimewa untuk menawarkan ibu bapa baru yang ingin mendaftarkan anak mereka, di mana mereka akan dapat menikmati yuran pendaftaran yang dikecualikan dan item percuma semasa pendaftaran! *Tawaran ini adalah terhad.