by on 20/01/2017 1460
Cik Lyanne Liew telah mengambil masa selama 3 tahun untuk menjadikan tadika Beyond Kids Montessori ini sebagai sebuah tadika yang benar-benar berjaya. Di awal penubuhannya, Cik Lyanne dikatakan telah mengambil alih perniagaan yang hampir bankrap tanpa memikirkan usaha pemantapan yang perlu diambil. Walaubagaimanapun, berkat usaha gigih tanpa henti Cik Lyanne, Tadika tersebut kini berjaya menawarkan program adaptasi Pendidikan Montessori yang terkini untuk kanak-kanak yang berumur 2 - 6 tahun dalam kurikulum utama mereka.
Cik Lyanne, selaku pengetua tadika Beyond Kids Montessori bukan sahaja seorang yang gigih dan berpengalaman, beliau juga telah menerima pendidikan dalam bidang Pedagogi Montessori, Pendidikan Keperluan Khas dan Pembelajaran awal kanak-kanak. Di Beyond Kids Montessori, Cik Lyanne menekankan aspek kepatuhan atau ketaatan kepada tatatertib dan peraturan. Di samping itu, Cik Lyanne juga menitikberatkan aspek pemberian nutrisi yang terbimbing, kebersihan dan keselamatan kanak-kanak.
“Kesemua elemen-elemen ini, beserta kurikulum kanak-kanak yang secukupnya, diharap dapat membantu kanak-kanak di sini menghadapai cabaran-cabaran memasuki sekolah rendah kelak,” jelas Cik Lyanne.
Program pembelajaran dan kurikulum di tadika Beyond Kids Montessori ini telah dirancang dengan rapi mengikut peringkat-peringkat umur. Program pendidikan yang ditawarkan bermula seawal 2 tahun sehinggalah 6 tahun. Di samping kurikulum yang tersedia ada, tadika ini juga menawarkan perkhidmatan penjagaan selepas waktu kurikulum. Perkhidmatan penjagaan yang diberi nama “Back Up and Drop-In Care” turut ditawarkan bagi keluarga yang sedang mencari perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dengan kadar pantas.
Kanak-kanak di tadika ini diajar erti persahabatan, harga diri dan sifat ingin tahu seawal 2 tahun. Akibat aktiviti harian yang santai serta menyeronokkan, kanak-kanak di sini berasa senang dan mudah untuk mempelajari apa sahaja yang di ajar, dari aspek muzik dan seni, sehinggalah ke pembelajaran persembahan teater.
Namun bergitu, kurikulum sekolah kebangsaan tidak dilupakan. Subjek mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Mandarin, Bahasa Inggeris serta Matematik diintegrasikan di dalam kurikulum utama di tadika Beyond Kids Montessori. Melalui gabungan ini, kanak-kanak ini diharap akan berasa lebih yakin menghadapi fasa transisi alam persekolahan kelak.
Kursus latihan dianjur dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi mutu tenaga pendidik di tadika Beyond Kids Montessori. “Mustahil untuk saya memberi tunjuk ajar satu persatu. Selain itu, saya juga bertanggungjawab untuk memimpin mereka melalui teladan.” Jelas Cik Lyanne. Cik Lyanne juga akan menjemput pelatih luar untuk melatih tanaga pendidik di tadika beliau. Pelatih luar ini akan bercakap mengenai topik-topik seperti pengurusan kelas dan aspek fonetik. Tenaga pendidik di Beyond Kids juga akan dihantar ke kursus yang dianjur oleh Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.
Sejajar dengan aspek lain yang sama penting, iaitu kesejahteraan dan keselamatan, Tadika Beyond Kids Montessori dilengkapi dengan kamera litar tertutup di hampir setiap sudut. Selain itu, Ibu bapa dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan pengambilan dan penghantaran kanak-kanak di Beyond Kids Montessori. Faktor kebersihan juga diberi penekanan. Tadika Beyond Kids Montessori adalah salah satu titik persinggahan di dalam satu perjalanan yang berliku dan panjang bagi seorang kanak-kanak.
Jika anda bersemangat di dalam usaha mendidik kanak-kanak seperti Cik Lyanne, tiada halangan untuk anda terus belajar dan berusaha.