Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor

Sorotan Utama

  • Pembelajaran berasaskan permainan yang mengalakkan ekspresi diri dan rasa cinta terhadap ilmu
  • Pengajaran tiga bahasa, bertumpukan kelancaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Mandarin
  • Kemudahan interaktif termasuklah taman permainan dalaman, dapur Young Chef, taman, dan gim
  • Kurikulum yang seimbang dengan program Cambridge English dan Jolly Phonics
  • Latihan dan peluang perkembangan diri untuk guru-guru

Ibubapa di Johor sudah tentu mengenali nama Young’s Kingdom. Ditubuhkan pada tahun 2011, jenama prasekolah tempatan ini mempunyai lebih 20 cawangan di Johor, termasuklah di Eco Cascadia, Taman Daya, Mount Austin, Bukit Indah, Setia Tropika, dan banyak lagi.

Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor

Cawangan utama Young’s Kingdom di Uda Utama, Johor Bahru ternyata menjadi pilihan ramai untuk ibubapa yang inginkan prasekolah yang bermutu tinggi bagi anak-anak mereka dari usia 3 hingga 6 tahun, di mana mereka bukan sahaja meningkatkan kemahiran akademik, tetapi juga nilai-nilai seperti kreativiti dan kermahiran bersosial.

Pendekatan berasaskan permainan, rasa cinta terhadap ilmu

Teras falsafah Young’s Kingdom adalah pembelajaran berasaskan permainannya, yang merangkumi pendidikan dan aktiviti berintegrasi, pengajaran tematik, dan tumpuan kepada tiga bahasa utama iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Mandarin.

Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor
Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor
Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor
Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor

Kanak-kanak tidak belajar secara menghafal; sebaliknya, sekolah mewujudkan suasana yang merangsangkan supaya kanak-kanak akan seronok untuk belajar dan meluangkan masa di sekolah, kerana persekitaran mereka yang mengalakkan penerokaan dan ekspresi diri. Hal ini juga dapat memupuk rasa cinta terhadap ilmu yang semulajadi, yang amat penting untuk kejayaan masa hadapan.

Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor
Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor

Pendekatan yang menarik dan interaktif ini boleh dilihat dalam reka bentuk ruang sekolah, termasuklah taman permainan dalaman dengan ruang khas untuk permainan pasir dan air, dapur Young’s Chef Kitchen di mana kanak-kanak boleh melakukan aktiviti memasak, taman tanaman, dan juga gim. Kemudahan-kemudahan ini memberikan kanak-kanak untuk melakukan permainan secara kreatif di samping menigkatkan kemahiran hidup praktikal mereka.

Asas yang kukuh

Pada masa yang sama, Young’s Kingdom mengimbangkan aktiviti praktikal dengan kelas berstruktur supaya kanak-kanak sedia untuk cabaran sekolah rendah. Penguasaan bahasa diberikan tumpuan: Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar utama, tetapi Bahasa Melayu dan Mandarin juga dipentingkan.

Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor
Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor

Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun, sekolah menawarkan program Cambridge English. Sepertimana yang dikongsi oleh seorang ibubapa, “Kedua-dua anak-anak saya telah tamat pengajian di Young’s Kingdom, dan mereka sangat yakin bertutur dalam Bahasa Inggeris, berkat kursus Cambridge ini.”

Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor
Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor

Selain bahasa, sekolah juga menawarkan subjek-subjek seperti Matematik, Ssains, dan Jolly Phonics, sebuah program fonik dari UK yang terkenal dengan keberkesanannya dalam meningkatkan literasi awal kanak-kanak. Bilangan murid dalam kelas yang kecil, dalam lingkungan 10 hingga 15 pelajar, membolehkan guru-guru untuk memberi tumpuan yang secukupnya kepada perkembangan indivividu, dan mengadaptasikan gaya pengajaran mereka kepada keperluan individu, bagi menyokong mereka menjadi kanak-kanak yang yakin dan berkembang secara menyeluruh.

Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor
Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor
Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor

Dari segi guru-gurunya, Young’s Kingdom sedar bahawa memberi peluang perkembangan kepada guru-guru sangat penting dalam membantu mereka memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak. Guru-guru di sini melakukan sesi latihan secara kerap, di samping perjumpaan bulanan bagi memastikan mereka sentiasa dikemas kini tentang pedagogi terkini, dan mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk menjadikan kelas lebih merangsangkan dan menarik lagi.

Pelajaran tematik dan aktiviti berintegrasi

Cara terbaik untuk belajar adalah dengan melakukan sesuatu aktiviti; oleh itu kurikulum Young’s Kingdom mengetengahkan pelajaran secara tematik, di mana kanak-kanak boleh meneroka pelbagai subjek dengan cara yang menarik dan merangsangkan, sama ada dari segi seni, muzik, pergerakan, mahupun bahasa.

Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor

Sudut ‘role play’ membolehkan kanak-kanak untuk menggunakan daya pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah mereka dengan melakonkan senario dari kehidupan sebenar. Mereka juga digalakkan untuk membuat persembahan; sesuatu yang amat kritikal untuk pelajar abad ke-21.

Pendekatan jenis ini menjadi sebahagian daripada misi sekolah untuk membekalkan pengalaman pendidikan yang menyeluruh. Ia memastikan kanak-kanak dapat berkembang dengan kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi, sesuatu yang sering dipinggirkan dalam persekitaran akademik yang tradisional.

Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor

Dengan fokus terhadap pengurusan emosi dan mengalakkan hubungan sosial yang sihat dan membina di antara rakan-rakan sedarjah, Young’s Kingdom membantu kanak-kanak untuk menjadi lebih kental, mempunyai rasa empati, dan kemahiran berkomunkasi yang efektif – semuanya nilai-nilai yang perlu untuk kejayaan di dalam dan juga luar bilik darjah.

LISTING_CONTACT_8463

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025