Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

Sorotan Utama

  • Khidmat jagaan harian dan pusat tuisyen untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 17 tahun
  • Kelas persediaan untuk kanak-kanak prasekolah bagi menyediakan mereka untuk persekolahan di SJKC
  • Bimbingan kerja rumah dan ulang kaji, dipantau oleh guru-guru yang berpengelaman dengan silibus sekolah jenis kebangsaan
  • Nisbah guru ke pelajar yang rendah dalam setiap kelas
  • Tumpuan diberikan kepada membina asas yang kukuh dan pemahaman yang mendalam dalam semua matapelajaran

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang ialah sebuah pusat jagaan harian dan pusat tuisyen yang membekalkan sokongan pendidikan dan jagaan yang komprehensif untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 17 tahun.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

Terletak di tengah-tengah Eco Majestic, sebuah kawasan perumahan yang ekslusif di Semenyih, pusat jagaan ini dilengkapi dengan segala kemudahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan orang ramai di kawasan ini, yamg meliputi pendekatan yang seimbang terhadap perkembangan dan jagaan kanak-kanak.

Pusat sehenti untuk jagaan dan pendidikan kanak-kanak

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang terbuka kepada kanak-kanak dari pelbagai latarbelakang, tahap pendidikan, dan kurikula yang berlainan, termasuklah tahap prasekolah, pendidikan rendah (SK & SJKC), dan pendidikan menengah (SMK & IGSCE). Ia bukan sahaja sebuah pusat tuisyen, tetapi juga membekalkan suasana harian yang selesa dan menerapkan rutin harian yang merangkumi makan tengah hari, masa untuk mandi, dan sesi bimbingan kerja rumah.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

Pusat ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari, kecuali cuti am dan hujung minggu. Ibubapa boleh pasti bahawa anak-anak mereka dijaga dengan rapi semasa mereka berada di sini.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih
Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

Kanak-kanak dapat menikmati diet yang seimbang kerana mereka diberi makanan yang berkhasiat yang dimasak di premis setiap hari, dengan sekurang-kurangnya satu masakan sayur dan satu masakan protein. Khidmat pengangkutan juga tersedia bagi memastikan kanak-kanak sampai di sekolah atau pusat jagaan ini dengan selamat.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

Ibubapa dikemas kini tentang rutin harian anak-anak mereka melalui applikasi Taidii, sebuah sistem pengurusan hal ehwal persekolahan yang telah memenangi anugerah dari Singapura. Menerusi applikasi ini, ibubapa boleh memantau masa anak-anak mereka tiba dan berangkat dari pusat jagaan ini.

Mencapai kecemerlangan akademik melalui pendekatan yang positif

Selain mengurus makan minum kanak-kanak, sesi tuisyen dan bimbingan kerja rumah turut diintegrasikan ke dalam rutin harian mereka. Kelas tuisyen berlangsung selama 1.5 jam, ditambah lagi dengan revisi selama sejam untuk mengimbas kembali topik-topik yang telah dipelajari mereka di sekolah.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

Untuk kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun, pusat ini menawarkan kelas persediaan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran Bahasa Mandarin mereka, terutamanya bagi pelajar yang ingin beralih dari prasekolah Bahasa Inggeris ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

“Penguasaan Bahasa Mandarin sangat penting untuk kanak-kanak yang ingin menyertai SJKC kerana kebanyakan subjek diajar dalam bahasa tersebut, termasuklah Sains dan Matematik,” kata pengasas Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Cik Amelinda Lee. 

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

 

“Kelas persediaan kami direka khas untuk mewujudkan suasana yang kaya bahasa, di mana kanak-kanak tidak sahaja belajar tentang asas bahasa tersebutseperti penulisan strok, pembinaan ayat, dan pemahaman bahasa, , tetapi juga kemahiran-kemahiran yang lain seperti cara berkomunikasi dan kemahiran mendengar,” tambah beliau. 

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

 

Untuk kanak-kanak yang lebih besar pula, pusat ini menawarkan semua matapelajaran yang tertakluk dalam silibus kebangsaan, termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, dan lain-lain lagi. Guru-guru di sini semuanya sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan diploma dalam jurusan masing-masing, manakala guru-guru yang lain pula merupakan berkas guru sekolah yang mempunyai pengetahuan luas mengenai silibus kebangsaan.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

 

Cik Lee sendiri merupakan seorang pendidik dan pensyarah yang berpengalaman, dengan ijazah PhD dalam Pendidikan Sains. Cik Lee sebelumnya seorang dekan fakulti di sebuah universiti yang terkemuka, dan beliau juga pernah mengarang buku-buku dan kursus-kursus untuk matapelajaran seperti Matematik dan Kimia. Bahan-bahan karangannya digunakan sebagai bahan rujukan dan lathian di pusat tuisyen ini.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

 

Bagi ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas seperti disleksia dan autisme ringan, Cik Lee berkongsi bahawa mereka telah berjaya menyepadukan pelajar disleksia kembali ke dalam rutin sekolah biasa, berkat modul khusus yang direka untuk menangani cabaran membaca dan menulis. Pendekatan inklusif ini disokong oleh kerjasama rapat dengan ibu bapa, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong yang disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak.

Melayani keperluan individu

Istilah ‘tuisyen’ seringkali menimbulkan imej pelajar-pelajar yang tekun membaca buku dan membuat latihan, tetapi Cik Lee percaya bahawa pendekatan yang holistik dan positif jauh lebih berkesan. Nisbah guru ke pelajar, serta bilangan pelajar dalam kelas, dikekalkan pada bilangan tidak melebihi 15 pelajar untuk setiap sesi.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

 

“Tumpuan kami adalah untuk membina asas yang kukuh dan memastikan pelajar-pelajar kami mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam setiap matapelajaran yang dipelajari. Kami tidak mahu mereka hanya menghafal sesuatu. Dalam kelas berkumpulan, kami juga meluangkan masa untuk membuat bimbingan satu persatu dengan kanak-kanak yang lemah atau memerlukan bantuan tambahan dalam subjek tertentu,” jelas beliau.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih
Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang, Eco Majestic, Semenyih

Masa diatur supaya kanak-kanak dapat beristirehat dan bermain. Pihak pusat ini sedang dalam perancangan untuk membina sebuah sudut bacaan dan tempat di mana pelajar-pelajar boleh bermain permainan “board game” atau aktiviti-aktiviti seni dan kraf.

Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang ialah pusat yang sempurna untuk membina ilmu dan kemahiran asas anak anda serta memberi persediaan yang lengkap untuk mereka menghadapi cabaran SJKC. Pusat tuisyen ini menawarkan pakej jagaan harian dan tuisyen berkualiti tinggi dengan kemudahan yang lengkap untuk ketenangan hati ibubapa. Mari menghubungi Pusat Tuisyen Ilmu Gemilang sekarang untuk maklumat lanjut.

LISTING_CONTACT_16882

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025