Site logo

MRC Kids Villa Putra, Sungai Buloh

Sorotan Utama

  • Program pelbagai bahasa – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin
  • Pendekatan yang kreatif terhadap pembelajaran melalui sesi bercerita, drama, dan pidato
  • Perkembangan kanak-kanak yang bertumpukan konsep kecerdasan pelbagai
  • Pembinaan peribadi kanak-kanak menjadi individu yang yakin dan berdikari

MRC Kids merupakan program pendidikan yang komprehensif yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun, dan memberi tumpuan kepada keperluan perkembangan kumpulan umur yang muda ini.MRC Kids mengambil inspirasi dari teori Howard Gardner iaitu teori kecerdasan pelbagai untuk membantu kanak-kanak berkembang dari segi intelek, sosial, emosi, dan fizikal. Program ini membekalkan persekitaran pembelajaran yang membolehkan mereka mengasah kemahiran bahasa serta matematik, di samping membina peribadi, keyakinan, dan kreativiti dalam diri setiap kanak-kanak.

MRC Kids Villa Putra Sg Buloh

Kurikulum yang menyeluruh

Pendekatan MRC Kids yang unik bermatlamat untuk memupuk sembilan bidang kecerdasan, termasuklah bahasa, logik-matematik, kinestetik, dan kemahiran interpersonal. Kurikulum menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang menarik yang tidak tertakluk kepada pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja, tetapi merangkumi pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dan menggayakan.

MRC Kids Villa Putra Sg Buloh

Perkembangan bahasa merupakan salah satu tunjang program ini, dan ianya dicapai melalui latihan dalam tiga bahasa utama di Malaysia, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, dan Mandarin. Melalui kelas yang menintegrasikan drama, pidato, dan sesi bercerita, kanak-kanak dapat cepat menguasai struktur bahasa dan meningkatkan memori verbal mereka. Pendekatan-pendekatan yang kreatif ini juga dapat membantu mereka membina keyakinan semasa melakukan persembahan di atas pentas.

Kurikulum Akademik

  • MRC™ Kids Chinese
  • MRC™ Kids English
  • MRC™ Kids B. Malaysia
  • Mathematics Worksheet

Program Pengayaan

  • Drama & Speech
  • Synchronize Thematic Approach
  • Art & Craft
  • MRC™ Kids Flazzle Card
  • SMM System (Formula 1-9)
  • 9 Multiple Intelligences
  • MRC™ Kids Online Learning

Perkhidmatan berkaitan dengan pendidikan

  • “V care” After School Care
  • MRC™ Kids Drama Competition
  • Chinese New Year MTV
  • Academia Graduation
  • Sport Day
  • AMA Competition

Penguasaan kemahiran hidup

  • Character Building
  • MRC™ Kids Module Story
  • MRC™ Kids Reader
  • MRC™ Kids Storytime
  • One Family E-Comic
  • One Family Animation

Selain konsep asas matematik, daya logik, analisa, dan juga penyelesaian masalah pula dipupuk melalui aktiviti Abacus & Mental Arithmetic, membantu kanak-kanak membina asas akademik yang sangat kukuh.

Pembentukan peribadi dan perkembangan holistik

Selain segi akademik, MRC Kids juga menyokong perkembangan minda secara menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti yang memupuk daya kreativiti, daya motor kasar dan halus, dan kecerdasan emosi.

MRC Kids Villa Putra Sg Buloh

Pembentukan peribadi diintegrasikan ke dalam rutin seharian bagi memupuk nilai-nilai seperti empati, kerjasama, dan nilai-nilai moral yang lain. Projek berkumpulan dan ‘role play’ membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan berhubung antara satu sama lain, belajar untuk saling hormat-menghormati dan bekerjasama. Program ini turut mementingkan perkembangan fizikal dan mengalakkan kanak-kanak untuk bermain secara aktif untuk meningkatkan koordinasi daya motor di samping memastikan kanak-kanak sentiasa sihat.

Kemudahan sekolah dan persekitaran pembelajaran

Pusat-pusat MRC Kids membekalkan persekitaran yang selesa dan merangsangkan rasa ingin tahu yang semulajadi dalam diri kanak-kanak-. Bilik-bilik darjah dilengakpi dengan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk peringkat umur masing-masing, jadi kanak-kanak sentiasa berasa selesa untuk melakukan penerokaan sendiri.

MRC Kids Villa Putra Sg Buloh

Reka bentuk dalaman yang terang dan berwarna-warni, serta sudut pembelajaran interaktif punca kanak-kanak seronok untuk belajar di sini, di samping mengalakkan kreativiti. Ruang permainan di luar pula mengalakkan aktiviti fizikal yang bertumpukan kerjasama dan perkembangan motor, dan terdapat juga sudut-sudut tertentu untuk kanak-kanak yang inginkan ruang yang lebih tenang dan selesa untuk belajar ataupun bermain.

Guru-guru yang berpengalaman

MRC Kids mempunyai guru-guru yang terlatih dan amat memahami keperluan unik kanak-kanak prasekolah. Mereka menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif supaya proses pembelajaran kekal seronok dan menarik, dan memberikan tumpuan yang secukupnya supaya setiap kanak-kanak dapat mencapai potensi penuh mereka.

MRC Kids Villa Putra Sg Buloh
MRC Kids Villa Putra Sg Buloh

Pihak sekolah juga kerap berkomunikasi dengan ibubapa supaya semua pihak serasi dengan keperluan kanak-kanak, dan ibubapa juga boleh membantu menguatkan lagi pemahaman pembelajaran mereka semasa di rumah.

Mengapa MRC Kids merupakan pilihan yang bernas?

MRC Kids menawarkan program yang direka khas demi membantu menyediakan kanak-kanak untuk masa hadapan yang cerah. Program ini bukan sahaja memupuk kecerdasan pelbagai dalam diri kanak-kanak, tetapi juga menyimbangkan aspek akademik, perkembangan daya kreatif dan emosi. Hasilnya adalah pemimpin muda yang berkemahiran tinggi, yakin, dan mempunyai peribadi yang baik untuk berjaya, bukan sahaja di sekolah tetapi dalam kehidupan seharian.

LISTING_CONTACT_16994

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025