Montessori Anakku, Arcoris Mont Kiara

Sorotan Utama

  • Pendekatan Montessori yang tulen
  • Premis yang luas dengan konsep terbuka
  • Pelbagai aktiviti yang mengalakkan pembelajaran secara hands-on
  • Program separa hari dan sepenuh hari

Montessori Anakku di Arcoris Mont Kiara merupakan sebuah pusat pembelajaran kanak-kanak yang direka khas untuk memupuk rasa ingin tahu dalam diri anak-anak kecil.

Montessori Anakku, Arcoris Mont Kiara

Terletak di komuniti Arcoris Mont Kiara, prasekolah ini mempunyai ruang yang amat luas bagi mengalakkan penerokaan dan eskplorasi. Di sini, kanak-kanak dibimbing untuk mengikut gerak hati masing-masing, bagi memupuk sifat berdikari dan semangat pengembaraan.

Montessori Anakku, Arcoris Mont Kiara

Tunjang utama falsafah Montessori adalah bahan-bahan pembelajaran yang menarik buat kanak-kanak. Setiap bahan dan alatan di sini telah dipilih secara teliti untuk merangsangkan deria kanak-kanak dan mengalakkan pembelajaran secara hands-on. Ini termasuk aktiviti seperti mengira manik, bakul sensori, dan lain-lain bahan yang akan memupuk rasa ingin tahu dan membina daya pemikiran kritis dalam diri setiap kanak-kanak.

Montessori Anakku, Arcoris, Mont Kiara
Montessori Anakku, Arcoris, Mont Kiara

Dengan nisbah guru ke pelajar yang rendah, guru-guru di sini dapat memberi perhatian yang individu dan rapi kepada setiap kanak-kanak. Persekitaran yang mesra ini membolehkan interaksi yang lebih bermakna dan pengalaman pembelajaran yang bersifat individu. Sama ada kanak-kanak belajar untuk menyiapkan mainan teka teki, mahupun meneroka alam semulajadi di luar, kanak-kanak di sini disokong dalam apa jua aktiviti yang mereka lakukan.

Montessori Anakku, Arcoris, Mont Kiara

Salah satu ciri ulung di Montessori Anakku adalah komunitinya yang majmuk. Kanak-kanak dari budaya dan latarbelakang yang pelbagai akan bermain bersama, berkongsi pengalaman, dan membina hubungan persahabatan yang kukuh. Melalui aktiviti kolaboratif seperti memasak kek, messy play, dan muzik, kanak-kanak belajar untuk menghayati dan meraikan keunikan budaya-budaya yang berlainan.

Montessori Anakku, Arcoris Mont Kiara

Kemudahan-kemudahan sekolah termasuklah sebuah taman permainan dalaman yang direka khas di Amerika Syarikat, yang dapat membantu meningkatkan daya kemahiran kasar kanak-kanak; di samping pelbagai aktiviti muzik, di mana kanak-kanak dapat menonjolkan bakat dan kreativiti mereka. Ruang-ruang yang luas membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran fizikal dan emosi mereka dengan aktiviti seperti menari kepada irama muzik dan juga permainan fizikal.

Montessori Anakku, Arcoris, Mont Kiara

Apabila kanak-kanak membesar, bilik darjah berubah menjadi persekitaran yang lebih berstruktur bagi menyediakan mereka untuk alam sekolah rendah. Di sini, mereka terlibat dalam aktiviti berstruktur yang membantu meningkatkan kemahiran asas seperti membaca, menulis, dan aritmetik. Terdapat juga sebuah sudut membaca yang selesa, yang mengalakkan kanak-kanak untuk memupuk amalan membaca dan juga penceritaan.

Montessori Anakku, Arcoris, Mont Kiara
Montessori Anakku, Arcoris, Mont Kiara

Salah satu ciri utama lain dalam falsafah Montessori adalah pendekatan holistiknya kepada pendidikan secara menyeluruh – dari segi minda, badan, dan juga naluri. Kurikulum tidak sahaja merangkumi matapelajaran asas tetapi juga melibatkan kemahiran hidup praktival, kecerdasan emosi, dan tanggungjawab sosial.

Kanak-kanak akan belajar tentang kemahiran hidup yang penting melalui aktiviti seperti menanam benih, memasak, dan messy play, membolehkan mereka membina sikap berdikari dan keyakinan diri.

Montessori Anakku, Arcoris Mont Kiara
Montessori Anakku, Arcoris Mont Kiara
 

Secara keseluruhannya, Montessori Anakku di Arcoris Mont Kiara bukan sahaja sebuah sekolah – ianya membekalkan suasana pembelajaran yang sempurna di mana kanak-kanak boleh berkembang secara emosi, intelek, dan sosial. Dengan ruang-ruangnya yang terbuka, bahan-bahan pembelajaran yang menarik, dan komuniti yang memberi sokongan padu, sekolah ini membina asas yang kukuh dalam diri kanak-kanak untuk menyayangi ilmu dan membuat penerokaan sendiri.

LISTING_CONTACT_7550

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025