Little Urban Forest, Taman Bukit Desa

Sorotan Utama

  • Sekolah hutan atau konsep ‘forest schooling’
  • Bilik-bilik darjah yang luas dengan reka bentuk terbuka
  • Kanak-kanak diberi peluang untuk menikmati alam semulajadi, melalui program Kemahiran Hidup (Survival Skill) dan rombongan ke luar bilik darjah
  • Pembelajaran akademik menyediakan kanak-kanak untuk sekolah formal

Sebagai seseorang pencinta alam yang menghargai kelebihan persekitaran semulajadi di negara kita, Cik Chloe Khor, pengasas Little Urban Forest (LUF), mendapati bahawa masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam sistem pendidikan awal tempatan kita.

Little Urban Forest, Taman Bukit Desa

Kanak-kanak prasekolah hari ini lazimnya tidak tahu bagaimana hendak menghargai alam semulajadi, dan mereka juga tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai persekitaran negara kita sendiri, contohnya pokok-pokok hutan, jenis-jenis haiwan tempatan, dan sebagainya. Sebaliknya, kebanyakan keluarga hari ini terlalu menekan hal bakteria, kuman dan idsinfeksi, sehingga ingin berada dalam persekitaran yang sentiasa bersih dan bebas kuman. Pada pendapat saya, ini bukanlah cara terbaik untuk membina imuniti yang kuat dalam tubuh kanak-kanak. Tambahan pula, gaya hidup moden hari ini agak terlindung, sehingga kanak-kanak tidak mempunyai peluang untuk mendekati diri dengan alam semulajadi,” kata Cik Chloe, lalu menarik minat kami dari Kiddy123.

Little Urban Forest, Taman Bukit Desa

Chloe telah lama terlibat dalam industri pendidikan awal mainstream, di mana beliau yakin bahawa masa yang diperuntukkan untuk bermain di luar tidak mencukupi untuk kanak-kanak tadika dan taska. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak lazimnya didedahkan kepada alat permainan di taman permainan sahaja, dan bukannya elemen semulajadi seperti pokok, bunga, haiwan dan sebagainya.

Justeru itu beliau mengambil keputusan untuk mendekati dan mengambil tahu mengenai konsep sekolah hutan, ataupun forest schooling, yang merupakan konsep pendidikan awal yang popular di Eropah, terutamanya di negara-negara Scandavania.

Little Urban Forest, Taman Bukit Desa
Little Urban Forest, Taman Bukit Desa
Little Urban Forest, Taman Bukit Desa

Saya telah melawat sekolah-sekolah hutan di Denmark untuk mempelajari lebih lanjut tentang struktur, kurikulum serta manfaatnya dari segi pendidikan awal untuk kanak-kanak dan bagaimana ia dapat memperkayakan kehidupan mereka. Konsep berkenaan amat berbeza sekali dengan apa yang ditawarkan oleh konsep prasekolah biasa di sini – Chloe jelasnya dengan bersungguh-sungguh.

LUF, yang telah dibuka untuk pendaftaran baru-baru ini, merupakan sekolah hutan pertama di Kuala Lumpur, yang pasti menerujakan kanak-kanak berusia antara 2-6 tahun serta ibu bapa mereka sekali! Prasekolah berkonsep forest schooling yang unik ini dapat menampung seramai 80 pelajar. Ia mempunyai empat bilik darjah terbuka (open-air) dengan pemandangan penuh laman yang indah dan besar yang merangkumi enam ribu kaki persegi.

Sekolah ini juga mempunyai ruang makan jenis al-fresco serta ruang istirahat untuk ibu bapa. Kelengkapan-kelengkapan luarannya termasuk sebuah ladang kecil, taman permainan dan penerokaan, rumah Hobbit, kotak pasir, hab haiwan, kolam ikan dan sebuah bengkel untuk kanak-kanak. LUF juga dilengkapi dengan beberapa bilik mandi serta bilik air luaran.

Little Urban Forest, Taman Bukit Desa
Little Urban Forest, Taman Bukit Desa
Little Urban Forest, Taman Bukit Desa

Ruang pembelajaran unik ini menyerupai sebuah hutan kecil, di mana potensi untuk belajar tidak terhingga! Kanak-kanak dapat membina kefahaman dan pengetahuan tentang asas-asas alam semulajadi serta kemahiran hidup yang amat berguna untuk masa depan mereka. Mereka tentu lebih faham dan lebih menghargai alam semulajadi dan persekitaran, dan apa yang perlu mereka lakukan, dan juga menjauhi, demi kebaikan bumi kita.

Little Urban Forest, Taman Bukit Desa
Little Urban Forest, Taman Bukit Desa

Zaman Kanak-Kanak yang Dibina Atas Dasar Unsur Alam

LUF dibuka untuk kanak-kanak antara umur 2-6 tahun. Sesi pagi di LUF adalah dalam bentuk pengalaman luar bilik darjah, berdasarkan Pedagogi Sekolah Hutan (Forest Schooling). Pelajaran termasuk kemahiran hidup, permakultur (permaculture), pengekalan bumi dan persekitaran (sustainability) serta etika dan nilai. Kanak-kanak di LUF menikmati kebebasan untuk bermain, meneroka dan juga mencipta permainan sendiri menerusi pengalaman forest schooling ini. Nisbah rendah murid kepada guru serta guru pembantu memastikan mereka dipantau dengan baik.

Nisbah

Murid

Nisbah guru kepada pelajar adalah

Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun

Nisbah adalah 1:5

Untuk kanak-kanak berumur 3-5 tahun

Nisbah adalah 1:8

Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun

Nisbah adalah 1:10

Selepas seronok bermain diluar, mereka akan makan tengahari dan meneruskan ke pembelajaran di dalam ruangan. Ini memberi peluang kepada anak-anak untuk menyejukkan badan selepas beraktiviti dan meluahkan apa yang mereka temukan pada pagi itu melalui aktiviti-aktiviti lukisan, pahatan, bercerita, bertukar peranan, dan muzik. Selain itu, jadual waktu merangkumi masa untuk pembelajaran akademik yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, bagi menyediakan mereka untuk pendidikan formal.

Little Urban Forest, Taman Bukit Desa

Antara perkara-perkara yang unik tentang LUF ialah Program Kemahiran Survival dan lawatan luar dua mingguan. Kelas ini, yang merupakan sebahagian daripada kurikulum LUF dikendalikan oleh pakar perhutanan untuk membantu kanak-kanak mempersiapkan diri untuk bersiar-siar di persekitaran semulajadi sambil mengajarkan kemahiran yang diperlukan oleh mereka untuk pengalaman luar sekolah yang pasti menerujakan.

Sebuah lagi komponen kurikulum yang berlainan di LUF adalah sesi Pemikiran dan Refleksi, di mana kanak-kanak dapat membincang dan mempertikaikan perkara-perkara yang berlaku pada hari itu. Apabila ditanya mengenai kepentingan subjek ini, Chloe menjawab bahawa menghuraikan kepada kanak-kanak tentang moral sebuah cerita sememangnya baik, tetapi bercakap mengenai kebaikan yang telah mereka lakukan pada hari itu (membantu rakan, dll) adalah lebih efektif sebagai pengajaran, kerana mereka telah mengalaminya sendiri dan akan lebih menghargai pelajarannya.

Di LUF, konsep keseluruhannya disokong oleh kepercayaan yang mendalam bahawa kanak-kanak akan belajar lebih banyak dan belajar dengan lebih cepat jika mereka melakukan sesuatu dengan sendiri, dan bukannya dipaksa menghafal pelbagai maklumat dan teori semata-mata. Kanak-kanak sepatutnya berasa gembira semasa belajar dan LUF memastikan begitu!

LISTING_CONTACT_8579

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025