Site logo

Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)

Highlights

  • Kakitangan yang berpengalaman & berdedikasi terhadap perkembangan kanak-kanak
  • Guru-guru diperakui NICCE (Institut Asuhan dan Pendidikan Kanak-Kanak Kebangsaan)
  • Persekitaran bersih & dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini
  • Kemudahan moden yang lengkap untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Hidangan yang sedap, segar & berkhasiat untuk kanak-kanak
  • Pengurusan pusat yang cekap
  • Kerjasama erat dengan ibubapa
  • Kemas kini digital dengan gambar & video

Selepas 5 tahun dan 7 pusat tertubuh, Choo Choo Train (CCT) kini mengalu-alukan kanak-kanak sehingga 6 tahun di pra-sekolah CCT yang baru dibuka. Terletak di Sunway Giza, pra-sekolah ini menawarkan kokurikulum kesenian yang terkini yang bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak menjadi individu yang petah berbicara, kreatif dan yakin dan bersedia menjadi pemikir serta penyelesai masalah untuk masa depan.

““Sejak 2016, para ibubapa amat menyukai pendidikan CCT yang seronok dan sesuai untuk anak-anak mereka yang berumur seawal 2 bulan sehingga 4 tahun. Harapan mereka agar anak-anak kecil dapat terus belajar dalam suasana yang gembira dalam tahun-tahun awal mereka sehinggakan mereka meminta kami untuk memulakan tadika kami sendiri dengan menggunakan pendekatan positif. Kami dengar, melaksanakan tugas kami dan inilah hasilnya – Kemahiran seni yang terkini dan menyeronokkan untuk perkembangan kanak kanak sekaligus menggembirakan ibu bapa,” kata Cik Alexandra, pengasas pra-sekolah CCT.

Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)
Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)
Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)

Preschool Program (4 – 6 Years), Kurikulum Menggunakan Seni

Kini, banyak kanak-kanak senang berputus asa dalam pendidikan tradisional. Jadi, CCT berusaha untuk membuat perubahan dalam generasi masa depan kita dengan memberi inspirasi melalui kurikulum berseni. Kurikulum ini menggunakan muzik, drama, kraf dan lain-lain untuk mencetuskan minat belajar dalam kanak-kanak sepanjang masa. Apabila pengajaran disampaikan dengan cara yang menyeronokkan dan kreatif, ia mengurangkan kebimbangan, kemurungan dan tekanan kanak-kanak, dan sudah pasti, anak anda akan suka pergi ke sekolah setiap hari!

Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)

Di CCT, kanak-kanak bukan sahaja akan menikmati pembelajaran tetapi juga melihat manfaat yang luar biasa terhadap perkembangan dan kesejahteraan mereka secara menyeluruh. Beribu-ribu kajian telah membuktikan manfaat menggunakan seni dalam pembelajaran. Contohnya muzik, rentak muzik yang perlahan dan laju boleh mengajar kanak-kanak kemahiran membahagi dalam matematik; menggunakan alatan muzik mengajar kanak-kanak mengira, mengkategorikan dan menyusun (juga matematik); lirik lagu mengajar kanak-kanak kosa kata baharu (bahasa). Ini diantara contoh daripada pelbagai cara bagaimana seni adalah kaedah yang menarik untuk pengajaran dan pembelajaran.

Mata pelajaran Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Matematik, Sains, Pengajian Sosial, Seni & Kraf, Seni Persembahan dan Muzik diserap dengan teliti ke dalam jadual pembelajaran harian. Kerja rumah yang minimum dan tiada peperiksaan untuk kanak kanak; dimana guru akan menilai kemajuan dan perkembangan kanak-kanak melalui pemerhatian secara berterusan. Selain itu, kanak-kanak akan dapat mengambil bahagian dalam pelbagai acara menarik, seperti, Hari Filem Bersama Rakan, Kelas Memasak, Sambutan Hari Lahir Bertema, Lawatan Sambil Belajar, Karnival Pertengahan Tahun dan Hari Graduasi.

Selain itu, kanak-kanak dapat mengambil bahagian dalam pelbagai acara menarik seperti Hari Filem Bersama Rakan, Kelas Memasak, Sambutan Hari Lahir Bertema, Lawatan ke Tempat-Tempat Menarik, Karnival Pertengahan Tahun dan Hari Graduasi.

Mari kita lihat kurikulum yand disediakan dengan lebih lanjut:

  • Choo Choo Adventurer (4 Tahun)
    Ini akan merangsang rasa ingin tahu kanak-kanak. Mereka akan belajar membaca, mengecam perkataan, mempelajari huruf dan bunyi serta membuat kiraan matematik mudah seperti tambah dan tolak. CCT membantu kanak-kanak menjadi mahir dalam percakapan, bercerita dan pemahaman. Ini akan mengembangkan kreativiti dan kemahiran sosial mereka.
  • Choo Choo Achiever (5 Tahun)
    Mereka akan mula membaca ayat yang lebih panjang dan kompleks, menyusun perkataan dan juga meneroka konsep matematik yang lebih canggih seperti pembahagian dan pendaraban.
  • Choo Choo Champs (6 Tahun)
    CCT meraikan pencapaian, ketabahan dan perkembangan anak anda apabila mereka mencecah enam tahun. Mereka belajar matematik yang lebih mencabar, meningkatkan suku-kata mereka dan menjadi lebih mahir dalam membaca dan menulis. Kanak-kanak anda pasti berasa lebih yakin dan bersiap sedia untuk ke sekolah rendah.
Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)

Persekitaran Bilik Darjah yang Ceria dan Selamat

Sering digambarkan sebagai rumah ke-2 untuk kanak-kanak, CCT berusaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dipenuhi dengan kasih sayang dan perhatian, dan pada masa yang sama mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk belajar. Sebaik sahaja kanak-kanak menjejakkan kaki di pra-sekolah, mereka berpeluang untuk berkembang dan dan meningkatkan kemahiran mereka.

Sebagai komitmen CCT terhadap kesihatan kanak-kanak, keselamatan adalah keutamaan kami disini. CCT melaksanakan pelbagai langkah yang sesuai untuk keselamatan bilik darjah, dan berusaha mengekalkan peralatan dalam keadaan yang baik dan terjaga. Setiap elemen dalam bilik darjah, termasuk cat yang digunakan dipilih dengan teliti agar tidak toksik dan selamat untuk persekitaran kanak-kanak.

Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)

Pembimbing yang Terlatih, Berdedikasi dan Penyayang

Di sini, semua pendidik diperakui oleh Institut Asuhan dan Pendidikan Kanak-Kanak Kebangsaan (NICCE). NICCE ialah institut khusus Choo Choo Train dan ia telah diluluskan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Banyak testimoni positif yang diterima daripada ibu bapa menyebut bahawa para pembimbing di CCT memberi perubahan yang positif pada anak anak mereka. Mereka dipuji kerana kesabaran, perhatian, dan bersikap terbuka dan telus dengan ibu bapa.

Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)
Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)

Pematuhan ketat Prosedur Piawaian Operasi (SOP)

Apa yang membezakan CCT dengan pra-sekolah yang lain ialah integritinya. Pihak pengurusan berusaha keras untuk mengekalkan piawaian tinggi, serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk pra-sekolaa kerana ia merupakan bahagian penting dalam perniagaan penjagaan kanak-kanak. Para pembimbing dan kakitangan dikehendaki menjalani proses pengambilan yang ketat, dan mengambil bahagian dalam sesi latihan sesuai dengan jurulatih bertauliah yang pakar dengan pengalaman luas dalam industri. Sebagai sebahagian daripada proses jaminan kualiti di CCT, pemeriksaan berkala dijalankan untuk memastikan setiap cawangan memenuhi semua keperluan kualiti – dan ini memberikan keyakinan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka berada dalam persekitaran yang selamat dan terjamin sepanjang perjalanan pembelajaran mereka.

Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)

Hidangan Sihat yang Berkhasiat

CCT memahami bahawa kanak-kanak tidak boleh belajar dengan berkesan jika keperluan asas mereka tidak dipenuhi. Oleh itu, kami memastikan kanak-kanak dihidangkan makanan seimbang yang memenuhi keperluan diet mereka. Semua makanan dihidangkan dengan bahan-bahan segar dan sihat, dan bukan daripada makanan yang diproses, makanan ringan atau MSG.

Nilai Terbaik untuk Wang Anda

CCT memastikan anda mendapat nilai terbaik untuk yuran yang dibayar. Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka yang berumur 4 tahun pada bila-bila masa sepanjang tahun kerana kurikulum telah direka bentuk untuk menjadi lebih fleksibel untuk kanak-kanak yang menyertai di pertengahan tahun. CCT berusaha untuk memastikan peralihan yang lancar tidak kira bila anak anda menyertainya.

Laluan anak anda ke arah masa depan yang cerah bermula di Prasekolah Chon Choo Train, Sunway Giza. Cepat, daftar hari ini!

LISTING_CONTACT_16790

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025