on 08/02/2024 366
Sorotan Utama |
|
Berpusat di Sri Petaling, Kuala Lumpur, VIP Education sememangnya merupakan nama tersohor dalam industry pendidikan, yang telah memenangi pelbagai anugerah untuk perkhidmatan bimbingan tuisyen mereka yang cemerlang bagi pelajar sekolah rendah dan juga menengah.
Tambahan terbaru dalam portfolio pendidikan mereka, iaitu VIP Kindergarten, memiliki semangat dan prinsip yang sama, yang telah menjadikan jenama VIP Education begitu berjaya.
Ditubuhkan pada tahun 2022, prasekolah dan tadika ini teletak di tingkat pertama ibu pejabat Sri Petaling mereka dan merangkumi ruang melebihi 8,000 kaki per segi, menawarkan pengalaman pendidikan yang holistik bagi kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.
Idea untuk VIP Kindergarten tercetus apabila pengasas-pengasasnya Dato Lawrence Sim dan Datin Crystal Moh mendapati bahawa ramai ibu bapa ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
Namun begitu, kebanyakan tadika hanya menawarkan Bahasa Cina (Mandarin) sebagai salah satu subjek, dan sekolah-sekolah ini masih menggunakan kurikulum yang berteraskan Bahasa Inggeris sebagai medium bahasa pengantar utama, selain mengamalkan kaedah-kaedah pengajaran yang lebih cenderung kepada bermain sambil belajar (play-based). Atas sebab itu, segolongan kanak-kanak sukar menyesuaikan diri dengan kelas formal yang berstruktur apabila mereka ke Darjah 1. Mereka mungkin juga menghadapi masalah komunikas dan pemahaman, kerana subjek-subjek seperti Matematik dan Sains juga diajar dalam Bahasa Cina di SJKC.
Kurikulum di VIP Kindergarten direka khas untuk menyediakan kanak-kanak bagi SJKC, di samping menggabungkan pelbagai pendekatan pembelajaran bagi memastikan kanak-kanak menerima pengalaman pembelajaran yang seimbang dalam semua aspek.
Pendekatan tadika ini bertumpukan tiga aspek: IQ (intelligence quotient), EQ (emotional quotient), dan kecerdasan pelbagai (multiple intelligences).
Kecerdasan pelbagai merangkumi pelbagai aspek dalam perkembangan seorang kanak-kanak, termasuklah kinetik (bodily-kinesthetics), kemahiran interpersonal dan intrapersonal, linguistik, logik-matematik, naturalis, dan visual ruang.
VIP Kindergarten memupuk aspek-aspek ini melalui aktiviti, kaedah pengajaran, dan juga alat-alat mengajar yang dipilih khas dan dipelan secara rapi. “Flashcards” digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatur emosi mereka, dan mereka juga diberi bimbingan oleh guru untuk mendalami pemahaman mereka terhadap emosi diri mereka sendiri, dan bagaimana untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mereka.
Aktiviti praktikal seperti memasak dan berkebun membantu kanak-kanak untuk membina kecerdasan kinestetik mereka. Lawatan sambil belajar ke premis seperti balai bomba memberikan kanak-kanak perspektif yang unik terhadap masyarakat dan kerjaya yang berlainan, manakala lawatan ke ladang pula memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan haiwan dan alam semulajadi.
“Dalam dunia kini, informasi boleh didapati dengan mudah dan cepat. Tetapi perkembangan EQ – kesedaran tentang perasaan dalam diri kita dan juga cara untuk menjaga hati orang lain – inilah yang ingin kami terapkan di sekolah ini. EQ amat penting apabila kanak-kanak membesar menjadi dewasa, kerana ia mengajar mereka bagaimana untuk menjadi individu yang prihatin,” kata Datin Moh.
Selain EQ dan aspek-aspek kecerdasan yang lain, tumpuan juga diberikan kepada akademik. Kurikulum mengikuti keluk pembelajaran secara gradual, supaya kanak-kanak dapat belajar secara bertahap dan apabila tiba masanya untuk mereka ke Darjah 1, mereka akan mempunyai asa yang kukuh dan boleh menyesuaikan diri ke persekitaran sekolah yang lebih formal.
“Ada sekolah yang bertumpukan permainan, ada juga sekolah yang mementingkan aspek akademik. Pendekatan kami menggabungkan kedua-duanya supaya lebih seimbang, dan kanak-kanak dapat berkembang secara menyeluruh dalam semua aspek,” kata Datin Moh.
Sebagai contoh, kanak-kanak dalam kelas usia tiga tahun meluangkan 80 peratus masa mereka di sekolah dengan aktiviti belajar sambil bermain, seperti Montessori, manakala kanak-kanak empat tahun pula mengikuti nisbah 60:40 dalam pembelajaran dan permainan. Dalam kelas enam tahun, mereka diperkenalkan kepada persekitaran bilik darjah yang lebih berstruktur, dengan 40 peratus masa bermain dan 60 peratus belajar.
Pendekatan secara berlangkah ini juga merangkumi subjek yang dipelajari murid-murid di sini. Subjek-subjek termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (berdasarkan kurikulum Cambridge English), dan Bahasa Cina (Mandarin). Subjek lain seperti sains juga diajar dalam Mandarin.
Kanak-kanak yang lebih muda diajar asas seperti mengenali huruf abjad dan mengeja, manakala kanak-kanak yang lebih besar pula boleh membina ayat dan menulis karangan. Walaupun kelas biasanya dikendalikan mengikut kumpulan umur kanak-kanak, kemampuan dan kemajuan individu diambil kira, dan kanak-kanak individu mungkin ditempatkan dalam kumpulan berlainan yang sesuai dengan tahap masing-masing.
Ibu bapa dikemas kini melalui panggilan dari sekolah setiap suku tahun, dan kad laporan kemajuan dua kali setahun.
VIP Kindergarten bangga atas kebolehan mereka untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni dan sihat bagi murid-murid dan juga tenaga pengajar mereka.
Bilik-bilik darjah amat bersih, terang, dan dilengkapi kemudahan hawa dingin, dan perabot yang digunakan juga selamat untuk kanak-kanak, dengan penjuru yang dibulatkan. Reka bentuk sekolah secara keseluruhan sesuai untuk kanak-kanak kecil, dengan pelbagai elemen yang menarik dan comel, dan warna-warna pastel yang lembut. CCTV turut disediakan.
Para guru pula memiliki kelayakan professional dalam pendidikan awal kanak-kanak, dan terdapat juga guru yang memiliki pengalaman lebih sedekad dalam mengajar kurikulum SJKC.
Ketika memilih tenaga pengajar sekolah, Datin Moh dan Dato Sim mencari guru-guru “lima Bintang”, yang memiliki lima ciri-ciri yang selaras dengan sekolah mereka, iaitu prihatin, tanggungjawab, tulus hati, kesabaran, dan penuh perhatian.
“Saya percaya bahawa guru yang gembira akan menghasilkan pelajar yang bahagia juga. Sebab itu kami menyediakan kursus Latihan dalaman dan biasiswa untuk perkembangan staf kami,” kata Datin Moh.
VIP Kindergarten menyediakan kanak-kanak untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) melalui Pembangunan IQ, EQ, dan kecerdasan pelbagai.
Melalui pendekatan pembelajaran yang seimbang, persekitaran yang ceria, dan guru yang berdedikasi serta professional, sekolah ini memastikan kanak-kanak dapat berkembang dari segi akademik dan juga emosi. Dengan memupuk semangat cinta untuk belajar dalam suasana yang berstuktur tetapi menyeronokkan, tadika ini membina asas yang kukuh dalam kanak-kanak untuk kejayaan masa hadapan mereka.