by on 19/08/2019 1741
Tadika Anak Riang, permata tulen yang tersembunyi di kalangan penyedia pendidikan Montessori, bersinar terang di kawasan kediaman yang selamat dan tenang di Bandar Puchong Jaya. Berada dalam bangunan dua tingkat lot tepi dengan kawasan luar yang luas, sekolah ini mencerminkan kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat kebebasan dan peluang untuk berdikari dalam pertumbuhan dan pembelajaran holistik mereka.
Berusaha untuk membangunkan perkembangan sensorik, kognitif, emosi, dan sosial kanak-kanak melalui bahan-bahan terpilih, pendidik yang terlatih, dan persekitaran yang disedia, Tadika Anak Riang mendidik kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun dengan keperluan dan rasa cinta untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Daripada meja, kerusi, hinggalah kepada rak-rak, semuanya dapat dilihat dari ruang utama, ruang makan, dan tempat pembelajaran berlainan yang turut dilengkapi dengan perabot bersaiz kanak-kanak, menjanjikan keselesaan dan keselamatan pelajar ketika belajar. Permainan blok dengan warna dan bentuk yang berbeza, kelengkapan eksperimen dan pelbagai bahan pembelajaran disusun teratur.
Dalam persekitaran tidak memaksa ini, sekolah ini menyedari bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dengan cara mereka sendiri dengan kebolehan yang berbeza, pelbagai gaya pembelajaran, minat yang berlainan. Memahami ini, pendidik di sini tidak berhenti untuk memerhatikan kemajuan harian setiap kanak-kanak. Ini membolehkan pengesanan awal untuk masalah pembelajaran dan isu emosi, ini membenarkan kanak-kanak menerima sokongan yang mereka perlukan.
Asas yang baik dalam pendidikan awal dapat memberi kelebihan dan manfaat yang besar kepada kanak-kanak di kemudian hari. Sekolah ini menyesuaikan konsep Montessori dalam 5 bidang pembelajaran utama iaitu Praktikal Hidup, Sensorial, Bahasa, Matematik dan Budaya. Bagi peralihan sekolah rendah yang lancar, sekolah ini juga menyediakan pelajar berusia 6 tahun dengan didikan lanjutan untuk Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia. Bidang tumpuan pembelajaran termasuk:
Memberi bantuan kepada keluarga yang sibuk, Tadika Anak Riang juga menyediakan pilihan program jagaan penuh harian. Bersama-sama dengan penjagaan selepas waktu sekolah, hidangan makanan berat dan ringan yang berkhasiat, sekolah yang berfungsi sebagai pusat satu hentian ini mengisi petang kanak-kanak dengan kelas pengayaan Montessori bagi memenuhi keperluan mereka untuk penerokaan, penemuan, bersosial, pergerakan, kesedaran diri dan menjadi berdikari.
Dengan adanya program-program ini:
Berdasarkan pegangan pengetua Tadika Anak Riang sendiri, Puan Juliet Lee, beliau percaya bahawa, “Setiap kanak-kanak adalah berbeza, dan adalah tugas kami untuk memberi mereka kemudahan dan peluang untuk mencapai potensi penuh mereka”. Matlamat utama program-program tambahan ini adalah untuk membantu mengembangkan minat kanak-kanak, memberi bimbingan yang betul dan platform untuk mereka bersinar.
Memperkasakan literasi melalui drama, muzik dan aktiviti seni, bukan sahaja merangsang minda dan imaginasi kanak-kanak dalam cara yang tidak konvensional, malahan juga dapat meningkatkan kesedaran diri dan keyakinan diri mereka. Bersama pengajaran yang betul, aktiviti-aktiviti ini direka untuk membangunkan kemahiran motor halus dan kasar, dalam pada masa yang sama mencetuskan rasa cinta akan pembelajaran sepanjang hayat.
Memastikan anak anda memperolehi pembelajaran Montessori yang terbaik, para guru di sini dipilih berdasarkan kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, semangat mengajar dan rasa sayang kepada kanak-kanak. Bersungguh-sungguh dengan tugas mereka sebagai pendidik, misi bersama antara guru-guru dan pengetua adalah untuk membentuk pelajar secara holistik. Pencapaian akademik pelajar adalah sama penting dengan pembentukan peribadi mereka. Memupuk sifat terpuji dan moral yang baik seperti rasa hormat, bertanggungjawab dan bekerjasama melalui aktiviti, mampu membuka laluan untuk generasi masa hadapan yang harmoni.