by on 29/03/2023 480
Sorotan utama: |
|
Pada 2017, Sunway International School (SIS) membuka pintu ke kampus keduanya di Iskandar Puteri, Johor, menawarkan program Tadika - Gred 12 menggunakan kaedahnya yang dwi kurikulum, iaitu Program Kanada Ontario dan Program International Baccalaureate (IB). Kampus SIS Iskandar Puteri yang luasnya 7 ekar terletak di lokasi strategik di koridor pembangunan selatan utama, di negeri selatan, Johor. Kiddy123 berbesar hati kerana diberikan peluang untuk menemu bual Pengetua sekolah, Encik Craig Gerow, untuk mendapatkan sedikit pandangan tentang unsur-unsur terbaik kurikulum sekolahnya serta kemudahan cemerlang yang ditawarkan untuk manfaat pelajarnya.
Sudah tentunya, soalan pertama yang kami tujukan kepada Encik Craig ialah berkenaan kurikulum yang dipilih, di mana jawapan beliau ialah, program Ontario mempunyai pendekatan, falsafah, serta gaya penilaian yang lebih kurang seiring dengan sistem pengajaran Program IB di mana kedua-duanya memegang pandangan holistik tentang perkembangan dan pembangunan keseluruhan pelajar. "Ia menawarkan perjalanan yang lebih lancar dan bebas tekanan daripada program asasi berdasarkan kurikulum Ontario dalam Gred JK hingga 5, dan program IB MYP yang pelajar meningkat kepada, dalam Gred 6," jelasnya.
SIS Iskandar Puteri menawarkan program Tadika, Sekolah Rendah dan Menengah. Program asas adalah berdasarkan kurikulum Ontario. Semasa Sekolah Menengah pula, pelajar memasuki program Tahun Pertengahan IB (MYP) yang menggunakan hasil kurikulum Ontario dengan rangka kerja IB bagi pengajaran serta pembelajaran. Selepas tamat MYP, pelajar boleh memilih sama ada menduduki 2 tahun untuk IBCP (Program Berkaitan Kerjaya IB atau IB Career related Programme) dengan Pengajian Perniagaan, atau, IBDP (Program Diploma) juga selama 2 tahun, yang menyediakan calon untuk memasuki universiti. Pilihan lain adalah untuk meneruskan ke Program Ontario Gred 11 di SIS Sunway City KL sebelum ke peringkat pra universiti di Kolej Sunway di KL. Penggabungan kurikulum Canadian Ontario dan program IB di SIS Iskandar Puteri dengan nyatanya memberi impak dalam diri pelajar dengan cara meluaskan skop pembelajaran mereka. Antara faedah lain, ia mendorong pelajar supaya lebih terbuka kepada idea serta pendapat yang pelbagai, dan bekerjasama secara amat bermakna dengan orang lain.
Kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran di SIS, semuanya adalah profesional, berpengalaman yang sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap pendidikan dan kebajikan ara pelajar. Mereka sentiasa memberikan yang terbaik semasa bekerja, seiring dengan tanggungjawab mereka untuk membimbing pelajar supaya dapat mencapai potensi tertinggi mereka. Setiap guru SIS memiliki lesen mengajar yang sah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan, dan juga ijazah dalam pendidikan. Semua guru IB di SIS Iskandar Puteri juga menjalani latihan IB dan mempunyai latihan berterusan yang diwajibkan oleh IB. “Guru kami berasal dari pelbagai latar belakang, mempunyai bidang pengkhususan dan pengalaman akademik yang berbeza, seterusnya membolehkan kami sebagai sebuah sekolah menawarkan lebih dari segi teknik serta gaya pengajaran,” kongsi Encik Craig.
Satu lagi perkara yang menonjol di SIS Iskandar Puteri ialah, guru-gurunya diketahui cenderung untuk berusaha supaya setiap pelajar mereka berasa disertakan, tanpa ada yang ketinggalan dalam menerima pendidikan yang cemerlang. Antara kualiti-kualiti lain yang menakjubkan, sikap keterangkuman ini telah membantu SIS menonjol antara sekolah-sekolah antarabangsa yang lain.
Pelajar dinilai dan menerima valuasi secara berterusan, membolehkan guru menjejaki kemajuan mereka dan menyediakan solusi terbaik yang dapat membantu pelajar mencapai matlamat mereka. Kerja kursus membentuk asas penilaian di SIS - supaya pelajar dan guru boleh mengikuti perkembangan dan mengatur langkah seterusnya dalam perjalanan pembelajaran si-pelajar. Selain itu, ketepatan masa serta kehadiran dipantau, di mana ibu bapa pun menerima laporan kemajuan setiap pertengahan penggal dan juga pada setiap akhir semester. Melalui penggunaan platform pembelajaran Toddle, ibu bapa diberikan akses kepada pembelajaran, kemajuan dan keputusan pelajar secara berterusan.
SIS Iskandar Puteri adalah contoh terbaik penggunaan teknologi pintar untuk manfaat pelajarnya. Kemudahan terkemukanya termasuk sambungan internet (Wi-Fi) yang diyakini untuk seluruh kampus, komputer, komputer riba dan papan putih interaktif. Oleh itu, pelajar SIS dilengkapi dengan set kemahiran digital yang diperlukan sebagai persediaan untuk masa depan.
Sejak ia membuka pintunya kepada masyarakat enam tahun yang lalu, SIS Iskandar Puteri telah menyediakan suasana yang dapat menyokong pelajar-pelajarnya, di mana mereka digalakkan untuk mencapai kejayaan akademik dan peribadi masing-masing. Kumpulan pembelajaran yang lebih kecil serta perhatian yang lebih diperibadikan membolehkan pelajar mencapai potensi maksimum mereka dan berkembang maju dalam komuniti sekolah yang aktif lagi bersemangat. Juga, wujudnya keseimbangan yang sempurna antara aktiviti akademik dan kokurikulum bagi pelajar SIS Iskandar Puteri, yang memudahkan mereka muncul sebagai warga global yang berkemahiran, bertanggungjawab yang bersedia untuk menghadapi cabaran yang menunggu di abad ke-21.
SIS sentiasa mengutamakan aktiviti kokurikulum pelajar- pelajarnya. Sukan adalah bahagian penting dalam sekolah. Padang bola sepak sekolah, gelanggang bola keranjang dan bola tampar, gimnasium, kolam renang dan lain lagi merupakan kemudahan-kemudahan yang membentuk sebahagian daripada kampus. Para pelajar juga dapat memilih antara pelbagai kelab dan persatuan yang ada, serta program-program selepas sekolah yang memperkayakan pengalaman mereka. Ini dan banyak lagi menjadikan persekolahan di SIS Iskandar Puteri sesuatu yang amat bermanfaat dan memuaskan untuk mana-mana pelajar!