Wonder Minds Preschool, Bangsar
Little Angel Kindergarten
HappyLand Psychology & Therapy Centre, Johor Bahru
Kids Academy Malaysia

Rawatan Mata Juling Untuk Kanak-Kanak: Satu Pengalaman Yang Mengubah Kehidupan

by on 04/03/2021 86

Also available in : English , 中文版

Penglihatan merupakan satu daripada deria paling penting bagi seseorang kanak-kanak. Kebolehan untuk melihat membenarkan seseorang kanak-kanak itu meneroka, berhubung dan belajar dengan selamat dalam persekitaran yang berbeza. Di samping keperluan untuk memakai cermin mata, terdapat lain-lain keadaan mata yang tidak normal, yang jika dibiarkan tanpa rawatan akan menjejaskan dengan serius kebolehan kanak-kanak itu untuk melihat, yang seterusnya akan mengganggu pembangunan fizikal dan mental mereka. Satu daripada keadaan mata tidak normal yang kerap berlaku adalah strabismus, atau lebih dikenali sebagai mata juling dalam Bahasa Melayu. Mata juling walaupun lebih biasa ditemui dalam kanak-kanak, boleh berlaku pada sebarang usia dari peringkat bayi sehingga orang tua. Mata juling boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kelemahan otot, keadaan perubatan seperti strok, atau dari impak luaran seperti kemalangan.

Mata juling adalah satu keadaan di mana jajaran mata tidak lurus. Terdapat banyak jenis mata juling bermula dari esotropia (mata menghala ke dalam), eksotropia (mata menghala ke luar), mata juling menegak seperti hipertropia (mata menghala ke atas), hipotropia (mata menghala ke bawah) dan juga mata juling berputar (mata berputar).

Dr Fiona Chew Lee Min, Pakar Perunding Oftalmologi dan Oftalmologi Pediatrik dari Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) menerangkan bahawa penyebab paling biasa untuk mata juling adalah ketidakupayaan otot mata untuk menarik bola mata dengan sekata, menyebabkan mereka samada terlalu ketat atau terlalu longgar. Ini kemudian akan membawa kepada keadaan di mana mata ditarik dalam satu arah atau ke arah yang lain, dengan itu mewujudkan satu ketidakseimbangan pada mata. Dr Fiona menjelaskan bahawa terdapat tiga cara untuk menentukan jika seseorang itu mempunyai mata juling.

“Pertama, kita lihat pada seseorang untuk melihat jika matanya adalah lurus – jika tidak maka orang itu ada mata juling. Kedua, kita boleh melihat pada kepala seseorang untuk melihat samada ia berpusing ke kiri atau kanan secara semulajadi atau secara abnormal ketika berjalan. Ketiga, lihat secara dekat muka seseorang itu. Jika satu sisi tampak jelas lebih terbentuk berbanding sisi yang satu lagi, ia juga adalah satu tanda kewujudan mata juling, - beliau berkata.

Sebelum ini ramai yang memikirkan bahawa mata juling tidak dapat dirawat selepas zaman kanakkanak berlalu. Penyelidikan saintifik dan kemajuan dalam pembedahan telah menunjukkan bahawa otak manusia adalah elastik dan boleh menyesuai diri, oleh itu mata juling yang dialami dikalangan kanak-kanak lebih tua dan juga dikalangan orang dewasa sehinggalah orang tua masih lagi boleh dirawat. Perkara paling penting adalah untuk mendapatkan rawatan awal sebaik sahaja mata juling dikesan dan jelas dilihat, atau didapati telah mengganggu fungsi visual yang normal. Dr Fiona juga menasihatkan pesakit agar menangani isu itu seawal mungkin untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

“Rawatan mata juling sebenarnya mengubah kehidupan seseorang. Kanak-kanak dengan mata juling mempunyai penglihatan tiga dimensi yang berkurangan atau tidak ada langsung. Ini bermakna bahawa mereka tidak mampu untuk menganggarkan jarak dengan tepat. Juga, lapangan penglihatan mereka turut berkurangan, dan mereka mungkin menghadapi masalah kelambatan atau kelewatan dari segi pembangunan dan pencapaian diri. Mereka adalah lebih mudah untuk jatuh tersungkur, menghadapi kesukaran untuk menurun tangga, menghadapi masalah melintas jalan dan juga menghadapi masalah untuk belajar disebabkan oleh deria penglihatan yang berkurangan dan konsentrasi yang lemah.

“Disamping itu, oleh kerana penampilan luaran mereka nampak agak abnormal, kanak-kanak ini mungkin menghadapi risiko kemurungan, di samping berhadapan dengan masalah harga diri yang berkurangan dan juga lambat-laun menjadi anti-sosial. Dalam kehidupan kelak, ini juga akan turut menjejaskan prospek karier mereka. Jika dirawat dengan betul, seorang pesakit dengan mata juling akan mempunyai penglihatan tiga dimensi yang bertambah baik, konsentrasi yang meningkat dan penglihatan yang lebih baik. Prospek karier juga akan bertambah baik memandangkan mereka akan kelihatan seperti individu normal yang lain,” beliau menegaskan.

Ibubapa kepada seorang pesakit Dr Fiona, Mia Syuhada binti Sabdani yang berusia 9 tahun boleh memberi pengakuan terhadap kesan perubahan dalam kehidupan selepas menjalani pembedahan untuk mata juling. Pada bulan Disember 2020, SMCV telah mengadakan satu projek CSR bertajuk ‘Satu Keinginan Besar, Untuk Anak Kecil Kesayangan Anda’ untuk memenuhi keperluan menjalani pembedahan bagi pesakit kanak-kanak. Ramadiah Binti Abd Rahman, ibu Mia, telah mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan bantuan untuk anak perempuan beliau, yang telah mengalami masalah mata juling eksotropia selama beberapa tahun sebelum ini. Kisah pergelutan keluarga ini, dari segi mental dan kewangan telah menyentuh hati semua orang di SMCV dan mereka kemudian telah dihadiahkan dengan peluang untuk membantu merawat Mia.

Squint Treatment for Children: A Life-Changing Experience
Squint Treatment for Children: A Life-Changing Experience

“Kami mula mengesan masalah mata juling dalam Mia apabila beliau berusia kira-kira 6 tahun dan mula pergi ke sekolah. Yang malangnya, dia sering diejek oleh rakan-rakan sebaya di sekolah, dan dia mendapati keadaan menjadi agak sukar baginya untuk berkonsentrasi dan ini menyebabkannya tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik dalam bilik darjah,” dia mengulas. “Sekarang memandangkan dia telah membesar sedikit, kami sedar bahawa kami perlu membetulkan isu ini.”

Ramadiah akur bahawa sebagai ibubapa, apa yang membimbangkan kebanyakan dari mereka adalah bagaimana pembedahan itu akan memberi kesan ke atas kanak-kanak itu, dan jika wujud sebarang kesan sampingan utama yang akan mengganggu penglihatan mata anak mereka. Walaubagaimanapun, mereka merasa amat selesa setelah diberikan analisa yang terperinci dan penerangan yang jelas oleh Dr Fiona tentang prosedur itu.

“Selepas pembedahan itu, terdapat penambahbaikan yang ketara dalam diri Mia. Penglihatan mata beliau telah bertambah baik – dia kini boleh memberi fokus pada pembelajaran, membaca dan menulis, dan dia tidak lagi menerima ejekan dari rakan-rakan sekolah yang telah banyak membantu dalam menambahbaik harga diri beliau. Kami amat berpuas hati dengan hasil pembedahan itu dan amat gembira kami dapat membantu anak kami dalam cara ini,” tambah beliau.

Squint Treatment for Children: A Life-Changing Experience
Squint Treatment for Children: A Life-Changing Experience

Pembedahan hanya merupakan satu daripada pelbagai rawatan yang boleh dipilih oleh pesakit yang menghadapi mata juling untuk memperbetulkan keadaan mereka. Dr Fiona mengutarakan bahawa terdapat juga pelbagai pengubahsuaian dalam gaya hidup yang boleh turut dilaksanakan secara serentak untuk merawat keadaan ini.

“Mengurangkan masa penggunaan peralatan elektronik, menghabiskan lebih banyak masa di luar, memakai cermin mata khas atau kerap menjalani senaman khas juga boleh membantu menambahbaik dalam mengawal masalah mata juling. Masalah mata juling boleh muncul pada sebarang usia dari peringkat yang masih muda sehingga tua. Pada bila masalah mata juling itu muncul tidak menjadi hal, memandangkan kebanyakan kes mata juling masih boleh dirawat. Jangan takut untuk berjumpa doktor mata anda – lebih awal anda merawatnya, lebih baik hasilnya,” beliau berkata.

Baca lebih lanjut mengenai penjagaan mata kanak-kanak di sini.

Artikel ini diterbitkan dengan izin dari Sunway Medical Center Velocity.