by Miriam Hedija . on 02/08/2025 ...
Active Special Needs merupakan program senaman (gim) inovatif yang mewakili usaha perintis di Malaysia untuk menyediakan aktivti fizikal yang disesuaikan untuk keperluan kanak-kanak khas berusia tiga hingga 10 tahun. Program ini beroperasi daripada cawangan-cawangan Headstart Academy di Shah Alam dan Glo Damansara, menawarkan akses kepada kemudahan kelas gim seperti dinding mendaki batu (rock climbing wall) dan peralatan sensori. Melalui kelas yang dipimpin oleh pakar serta persekitaran yang menyokong, Active Special Needs menawarkan faedah yang jelas kepada keseluruhan kesejahteraan dan perkembangan peserta-peserta mudanya.
Apple King Special Education Centre, Sungai Chua menawarkan perkhidmatan pendidikan dan terapi untuk kanak-kanak yang mempunyai, atau berisiko, dalam keperluan khas. Perkhidmatan di sini terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas. Melalui proses saringan, penilaian, dan intervensi langsung, matlamat pusat ini adalah untuk membantu keluarga dalam membekalkan penjagaan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Kepakaran di sini merangkumi pelbagai spektrum termasuklah autism, ADHD, disleksia, masalah pembelajaran, dan maslaah perkembangan otak. Tidak kira apa jua cabaran, khidmat pemulihan di sini disesuaikan untuk kanak-kanak individu berdasarkan keperluan masing-masing dalam persekitaran yang positif dan kurang tekanan.
Ditubuhkan pada tahun 2016, ABC (Autism Behavioral Center) adalah pusat terapi ABA (Applied Behavior Analysis), yang menawarkan kurikulum intensif 1: 1 terapi intensif kepada kanak-kanak dan remaja dengan kebanyakan cabaran pembelajaran termasuk autisme, ADHD, GDD, kelewatan pertuturan, sosial & cabaran tingkah laku, bermula seawal usia 18 bulan. ABC adalah pusat yang terbesar yang menawarkan terapi ABA di Malaysia yang terletak di Bangunan Bangsaria di sepanjang Jalan Maarof di Bangsar. Di samping itu, mereka adalah satu-satunya pusat terapi sehingga kini, yang dilengkapi dengan bilik ‘one-to-one’ untuk semua kanak-kanak; sebanyak 45 bilik individu!
Dengan konsultan yang berkelayakan tinggi dan terlatih dalam ABA, Autism dan SPED secara umum, ABC berusaha untuk menjadi yang terbaik dari segi terapi ABA dan sokongan Autisme dalam masa terdekat.
AvidAscent Enrichment Centre (Pusat Pengayaan AvidAscent) merupakan sebuah pusat terapi pelbagai disiplin khusus untuk kanak-kanak dan dewasa bekeperluan khas. Pusat ini menawarkan pengalaman yang menggayakan untuk para pelajar mereka, memenuhi keperluan pendidikan mereka menerusi program yang direka khas, di samping mewujudkan tempat yang selamat di mana mereka boleh bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Program School Age menerima kanak-kanak dari usia 7 hingga 14 tahun, menyimbangkan kemahiran akademik dan juga bukan akademik, di mana para pelajar akan diajar kemahiran bahasa seperti membaca, menulis, mendengar, dan bertutur, selain kemahiran bukan verbal seperti kelas muzik dan pergerakan, pendidikan jasmani, dan lain-lain lagi. Perkhidmatan terapi seperti terapi pekerjaan (Occupational therapy) dan terapi pertuturan (Speech therapy) turut tersedia, dikendalikan oleh pakar profesional.
Miles Autism Academy adalah satu pusat sehenti yang pakar dalam menyediakan khidmat diagnosis rasmi, rawatan & intervensi, dan juga khidmat penjagaan harian untuk mereka yang didiagnos dengan autism atau keperluan khas lain. Ahli pasukan utamanya mempunyai 8 hinggan 15 tahun pengalaman meluas dalam berkerja dengan komuniti ini, termasuklah Penganalisis Tingkah Laku Diperakui Lembaga (Board Certified Behavior Analyst – BCBA) untuk memastikan khidmat paling berkualiti tinnggi diberikan kepada semua keluarga.
Pine Hills International School (Special Needs Programme), Old Klang Road adalah cawangan Sekolah Antarabangsa Pine Hills yang menyediakan sokongan akademik dan terapi untuk pelajar berkeperluan khas. Pusat ini memenuhi keperluan kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun dengan pelbagai ketidakupayaan. Matlamat utama adalah untuk memperkasakan pelajar untuk mengatasi cabaran pembelajaran mereka agar mereka dapat beralih ke persekolahan aliran perdana dan menghadapi pelajaran akademik dan bersosial. Mereka menangani spektrum keistimewaan yang luas, termasuk tetapi tidak terhad kepada: sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), autisme, disleksia, gangguan pemprosesan auditori, diskalkulia, disgrafia, gangguan pemprosesan bahasa, lewat perkembangan secara umum (GDD), dan kanak-kanak yang mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan kelas aliran perdana.
Seed Connections Child and Family Psychology and Learning Center, Bukit Jalil menawarkan perkhidmatan psikologi dan pembelajaran untuk kanak-kanak dan remaja yang bertumpukan keperluan emosi, tingkah laku, dan perkembangan mereka. Program utama termasuklah Early Intervention (juga dikenali sebagai Inclusive Learning Club) untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 7 tahun, Terapi Permainan (Play Therapy) untuk mengalakkan luahan emosi, Brain Builders untuk meningkatkan fungsi esekutif, dan Social Playgroup untuk membolehkan kanak-kanak membina hubungan sesame rakan sebaya. Pusat ini menawarkan servis penilaian yang komprehensif dan mereka program pembelajaran khas bagi menyokong keperluan individu. Tenaga pengajarnya yang berdedikasi memastikan keselamatan psikologi dan bekerjasama dengan ahli keluarga melalui sesi bimbingan dan bengkel.
Membayangkan sebuah masyarakat yang ideal di mana individu berkeperluan khas dapat menikmati setiap aspek kehidupan yang setara dengan orang lain, SI World menyediakan terapi khusus untuk kanak-kanak dengan keperluan khas bergantung pada keperluan mereka setelah penilaian menyeluruh.
Dengan begitu banyak cawangan di seluruh Malaysia, sekolah ini ingin menjadi sekolah yang mudah diakses dan menyokong setiap keluarga, dengan latihan ibu bapa individu yang disediakan untuk membantu anak-anak di rumah. SI World juga menawarkan "Backup Education" untuk kanak-kanak yang tidak sesuai di tadika atau sekolah tradisional.
Beberapa terapi yang disediakan oleh SI World adalah ‘Sensory Integration Therapy’, ‘Occupational Therapy’, ‘Physiotherapy’ dan ‘Speech Therapy’, yang dilakukan oleh ahli terapi mereka yang terlatih.
The Integrative Academy (TIA) ialah pusat keperluan pendidikan khas kanak-kanak yang terletak di Suite Enesta Kepong. Mereka menawarkan program pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas dari umur 3 hingga 15 tahun.
Pusat ini menawarkan dua program holistik: Program Intervensi Awal (3-6 tahun), dan Program Homeschool Sekolah Rendah (7 hingga 15 tahun). Pelajar yang menyertai akan dipupuk untuk mengembangkan kemahiran sosial & akademik mereka, integrasi deria & kemahiran fizikal, kemahiran hidup, dan bermain & proses kognisi.
TIA mempunyai kawasan gim yang besar, selamat dan serba lengkap untuk pelajar mereka.
The Integrative Academy, Klang membawa pendekatan baharu dalam pendidikan khas di Malaysia. Tidak seperti pusat lain yang hanya memberi tumpuan kepada intervensi awal, TIA menyediakan laluan pembelajaran lengkap untuk kanak-kanak dari awal usia sehingga 15–16 tahun. Program Home School mereka yang unik menggabungkan sukatan pelajaran Malaysia dengan latihan kemahiran hidup, memberi peluang pendidikan bermakna kepada kanak-kanak yang tidak sesuai untuk sekolah arus perdana atau sekolah swasta. TIA turut menekankan pembinaan berdikari melalui kemahiran memasak, kebersihan diri, komunikasi, tingkah laku sosial dan tugasan harian. Selain sokongan emosi kepada ibu bapa, kerjasama bersama KNOWSKILLS membuka peluang latihan vokasional, pensijilan dan persediaan pekerjaan. TIA ialah pusat yang dibina dengan belas kasih, kepakaran dan komitmen mendalam terhadap pembangunan sepanjang hayat.
The Method+, Bandar Mahkota Cheras ialah pusat pembelajaran inklusif berasaskan sains otak di bawah BrainScience Academy yang menggabungkan latihan neurofeedback, penilaian otak QEEG, dan pendidikan yang diperibadikan untuk kanak-kanak berumur 4–12 tahun. Dengan polisi tiada penolakan, pusat ini menerima semua kanak-kanak termasuk yang lemah dalam pembelajaran dan mempunyai kesukaran belajar. Melalui saiz kelas kecil, guru terlatih SEN, serta program holistik yang menggabungkan akademik, perkembangan deria, dan pembelajaran tematik, kanak-kanak dibimbing untuk meningkatkan fokus, kawalan emosi, tingkah laku, dan keyakinan dalam persekitaran yang selamat dan menyokong.
Wee Rays, Mont Kiara ialah pusat keperluan khas sehenti yang diasaskan oleh pakar psikologi kanak-kanak, Roshanak Zarei, bagi menyediakan sokongan berpersonaliti dan penuh kasih sayang kepada kanak-kanak serta remaja yang menghadapi cabaran neurodevelopmental, emosi dan tingkah laku. Dibina atas asas kasih sayang, kepakaran dan pengalaman sebenar, pusat ini menawarkan intervensi tersuai, bimbingan keluarga dan ruang terapi yang direka dengan teliti untuk membantu kanak-kanak berkembang dengan yakin. Dengan pasukan yang mesra bak keluarga serta perancangan untuk berkembang ke seluruh Malaysia, Wee Rays terus membimbing keluarga dengan harapan, empati dan penjagaan yang mengubah kehidupan.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.