by on 07/09/2025 22704
Artikel ini telah dikemas kini pada 7 Julai 2025
Petaling Jaya, sebuah bandar yang sangat moden yang menawarkan banyak pilihan prasekolah. Walaupun ini adalah perkara yang baik untuk ibu bapa bagi mendapatkan pendidikan awal yang terbaik untuk anak mereka yang dapat memenuhi keperluan dan jadual mereka, ia boleh menjadi sangat mengelirukan untuk membandingkan dan membuat pilihan prasekolah terbaik.
Oleh itu, muncul siri Tadika dan Prasekolah Terbaik kami untuk membantu ibu bapa membuat pilihan yang tepat dan memudahkan ibu bapa membuat perbandingan prasekolah terbaik di kawasan mereka. Kali ini, kami senaraikan prasekolah berhampiran SS2 dan Seksyen 17 Petaling Jaya.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Tropicana-Ara Damansara , Tadika dan Prasekolah Terbaik di Damansara Heights.
Sebahagian daripada jenama MRC Education Group, 3Q MRC Junior merupakan program prasekolah terkemuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Sistem 3Q™nya yang unik bertumpukan pelbagai bidang perkembangan, seperti kognitif, bahasa, emosi, dan sosial – dan menggabungkan pembelajaran akademik tradisional dengan pendekatan inovatif yang mengalakkan rasa ingin tahu dan membina asas yang kukuh. Kurikulumnya yang merangkumi tiga bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, dan Mandarin, memastikan kanak-kanak dapat menguasai bahasa dari peringkat awal lagi. Setiap pusat 3Q MRC Junior direka sebagai tempat yang selamat dan selesa, dengan bilik-bilik darjah yang terang dan dipenuhi dengan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai.
3Q™ MRC Toddlers Taman Mayang Jaya PJ ialah prasekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak untuk kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun, bertumpukan perkembangan minda secara menyeluruh. Kurikulum 3Q™ di sini diisinpirasikan dari teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner, dan matlamat mereka adalah untuk mengembangkan kaank-kanak dalam pelbagai aspek – seperti bahasa, logic dan matematik, muzik, spatial, dan persekitaran. Lebih penting lagi, program ini dapat membantu mereka membina kemahiran asas seperti sikap berdikari dan keyakinan diri, sifat-sifat yang amat penting dalam kehidupan yang akan membawa mereka menjangkaui bidang akademik.
Beaconhouse Newlands Early Years, SS2 merupakan sebuah prasekolah antarabangsa yang menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik di samping menyediakan mereka untuk alam persekolahan formal. Kurikulum sekolah yang berdasarkan Early Years Foundation Stage (EYFS) dan Cambridge Primary mengimbangkan aktiviti yang berpandukan bimbingan guru dengan pendekatan yang mengalakkan kanak-kanak untuk berdikari melalui proses eksplorasi. Persekitaran sekolah amat kondusif, dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, perpustakaan, bilik S.T.E.M., dan sudut pembelajaran (learning corners) dalam setiap bilik darjah. Sekolah juga menawarkan pelbagai aktiviti pengayaan seperti kelas Mandarin dan Taekwondo. Guru-guru di BNEY SS2 bukan sahaja berpengalaman dan mempunyai ijazah yang relevan, tetapi juga sangat komited dalam mewujudkan suasana yang ramah dan mesra, yang mengalakkan kepimpinan dan sifat berdikari.
Terletak di lokasi yang strategik di Petaling Jaya, Beaconhouse Preschool Gasing membekalkan pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak yang terulung melalui pedagogi yang terkini serta kemudahan yang lengkap. Kurikulum barunya iaitu IEYC dari UK memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang seimbang dalam semua aspek. Bilik darjah dilengkapi kemudahan TV Pintar, membolehkan pembelajaran yang lebih menarik, manakala halaman yang luas memberi peluang untuk kanak-kanak bermain dan belajar di luar. Tunjang penting di sekolah ini adalah tenaga pengajarnya yang berdedikasi, yang sentiasa bersedia dan sudi untuk membantu dan membolehkan kanak-kanak belajar secara hands-on.
Pusat Jagaan Awal Kanak-Kanak Casa Bambini, PJ Midtown Seksyen 13 adalah syurga kecil yang untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Dicat dalam warna pastel yang menenangkan, suasana di dalamnya terasa seperti berada di rumah, tempat di mana kanak-kanak boleh mendapatkan keselesaan dan kasih sayang, serta peluang untuk belajar. Pusat serba baharu ini berharap dapat memenuhi keperluan ibu bapa muda moden yang mencari penjagaan asuhan dan pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka pada harga yang berpatutan. Ia juga menawarkan kemudahan penghantaran dan pengambilan pandu lalu.
Casa Bambini menawarkan program penjagaan kanak-kanak yang dibahagikan kepada 4 kumpulan umur: Infant & Baby (2- 18 bulan), Junior Toddler (18 – 24 bulan), Toddler (2 – 3 tahun), dan Pre Kindy (3 – 4 tahun). Program “Baby” membantu bayi membesar dengan selamat dan berasa disayangi. Program Toddler and Pre-Kindy bertujuan untuk memupuk pelajar sepanjang hayat yang akan bersedia untuk alam persekolahan nanti.
Casa Bambini Early Childhood Centre, PJ Newtown merupakan contoh terbaik sebuah pusat penjagaan kanak-kanak yang membekalkan suasana yang ramah mesra dan penuh kasih sayang untuk kanak-kanak, Persekitarannya yang umpama rumah sendiri, program pendidikan yang berdasarkan konsep belajar sambil bermain, serta komitment yang utuh terhadap menjalinkan hubungan yang erat di antara pihak ibubapa, pengasuh, dan kanak-kanak itu sendiri – menjadikan pusat jagaan ini tempat yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia dua bulan hingga empat tahun, di mana mereka boleh belajar dan berkembang dengan sempurna.
Eduwis ialah jenama pendidikan awal kanak-kanak terkemuka di Malaysia yang menggabungkan 8 falsafah pendidikan global dalam kurikulum holistik dan berasaskan aktiviti untuk memupuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak — dari segi intelek, emosi, sosial dan moral. Dengan penekanan kuat terhadap kelestarian, kanak-kanak didedahkan kepada amalan mesra alam seperti berkebun, kitar semula dan kompos, manakala para guru menerima latihan berterusan bagi memastikan kualiti pengajaran yang konsisten dan berkesan. Eduwis turut memperkukuh hubungan ibu bapa dan sekolah melalui kerjasama rapat, acara komuniti yang inklusif serta inisiatif CSR yang bermakna — mewujudkan ekosistem pendidikan yang menyemai keyakinan, kepedulian, dan kesedaran alam sekitar dalam diri setiap anak.
Kurikulum teras Prasekolah Kinder Koala dikukuhkan oleh manfaat daripada pelbagai program pendidikan yang berkualiti tinggi dan inovatif yang ditawarkan di sini. Di dunia pembelajaran yang serba ajaib ini, kanak-kanak didedahkan dengan program tiga bahasa yang imersif, matematik Singapura, FasTracKids, pendidikan S.T.E.M., program Forest School, robotik dan pebagai lagi. Prasekolah ini berbangga dengan reputasi mereka dalam menawarkan pengalaman pendidikan awal yang positif, dengan fokus dalam mendidik kanak-kanak dengan metodologi antarabangsa dan material pembelajaran yang terkini. Dan yang paling penting di Kinder Koala, kegembiraan dan perasaan cinta kepada ilmu kanak-kanak di sini adalah kayu pengukur kejayaan paling penting untuk prasekolah ini.
Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.
“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. "Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal."
Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Selangor, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.
Nobel Early Years adalah prasekolah yang menawarkan sistem pendidikan Fungates untuk kanak-kanak berumur antara 36 bulan hingga 6 tahun. Ditubuhkan pada tahun 2006, Nobel Early Years berusaha untuk memupuk perkembangan sihat setiap anak individu; membentuk hati mulia dan minda mulia di kalangan anak-anak hari ini dengan penekanan terhadap pemikiran kritis, membuat keputusan dan kreativiti.
Pendidik di Nobel Early Years dipilih secara berhati-hati dan sangat berkelayakan serta mempunyai pengalaman kerja minimum dua tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sekolah ini ditempatkan di sebuah bangunan batu bata 3 tingkat yang luas di kawasan berpagar. Bilik darjah dipenuhi dengan bahan pembelajaran yang sesuai dengan umur untuk menyokong pembelajaran tematik. Beberapa kawasan penemuan (discovery areas) juga telah disediakan untuk kanak-kanak untuk mengakses dan meneroka sepanjang hari.
Puei Chee Kindergarten mempunyai sejarah yang berwibawa dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tadika ini telah sekian lama berkhidmat untuk keluarga dengan anak-anak kecil di kawasan Seksyen 17, Petaling Jaya selama lebih lima dekad. Sejarah ulung tadika ini membuktikan komitmen sekolah terhadap memberikan pengalaman pendidikan awal kanak-kanak yang bermutu tinggi. Sejak ditubuhkan pada tahun 1961, tadika ini telah dipandu oleh nilai-nilai serta pengetahuan bahawa bidang pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dalam menentukan kejayaan, kesejahteraan, dan juga kematangan emosi seseorang individu di masa hadapan.
Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Rise N Shine SS2 merupakan prasekolah Montessori yang memupuk anak-anak untuk ‘Rise N Shine’ seperti bintang yang terang! Kanak-kanak terdedah kepada asas pendidikan terbaik dari awal lagi.
Kanak-kanak dibimbing dengan kekuatan unik mereka melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti seni dan kraf, memasak, permainan deria, muzik dan pergerakan, aktiviti fizikal dan banyak lagi. Pelbagai jenis bahan tersedia dan kepakaran guru membolehkan setiap kanak-kanak mengasah keupayaan mereka. Program Montessori juga selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Terdapat ruang yang sesuai untuk aktiviti kumpulan, kawasan di mana kanak-kanak boleh memilih untuk bekerja secara berdikari dan juga ruang luar di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam ‘active play’. Ruang-ruang tersebut selesa dan menarik, dengan pencahayaan semulajadi untuk membantu kanak-kanak merasa tenang. Kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya yang tidak terlalu serius turut selesa dalam persekitaraan Montessori ini.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.