by Kiddy123.com . on 02/04/2026 ...
Artikel ini telah dikemas kini pada 3 April 2026
Petaling Jaya, sebuah bandar yang sangat moden yang menawarkan banyak pilihan prasekolah. Walaupun ini adalah perkara yang baik untuk ibu bapa bagi mendapatkan pendidikan awal yang terbaik untuk anak mereka yang dapat memenuhi keperluan dan jadual mereka, ia boleh menjadi sangat mengelirukan untuk membandingkan dan membuat pilihan prasekolah terbaik.
Oleh itu, siri Tadika dan Prasekolah Terbaik kami disediakan untuk membantu ibu bapa membuat pilihan yang tepat dan juga memudahkan ibu bapa membuat perbandingan prasekolah terbaik di kawasan mereka. Kali ini, kami senaraikan prasekolah berhampiran Petaling Jaya. Untuk siri di kawasan Damansara, anda boleh melawat artikel kami yang lain!
Eduwis ialah jenama pendidikan awal kanak-kanak terkemuka di Malaysia yang menggabungkan 8 falsafah pendidikan global dalam kurikulum holistik dan berasaskan aktiviti untuk memupuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak — dari segi intelek, emosi, sosial dan moral. Dengan penekanan kuat terhadap kelestarian, kanak-kanak didedahkan kepada amalan mesra alam seperti berkebun, kitar semula dan kompos, manakala para guru menerima latihan berterusan bagi memastikan kualiti pengajaran yang konsisten dan berkesan. Eduwis turut memperkukuh hubungan ibu bapa dan sekolah melalui kerjasama rapat, acara komuniti yang inklusif serta inisiatif CSR yang bermakna — mewujudkan ekosistem pendidikan yang menyemai keyakinan, kepedulian, dan kesedaran alam sekitar dalam diri setiap anak.
2% Labs Preschool, Damansara Jaya ialah prasekolah berasaskan keusahawanan yang menerapkan semangat berfikir secara bebas, berani mencuba dan prihatin terhadap orang lain. Ditubuhkan oleh Ms. Eve Kok Hui Nie dan Ms. Cindel Yong, sekolah ini berpegang pada falsafah 2%—bahawa hanya 2% daripada individu berani berimpian dan melangkah keluar daripada zon selesa mereka. Melalui pembelajaran dunia sebenar berasaskan permainan seperti bazar mini, ciptaan produk dan aktiviti luar, kanak-kanak mempelajari kemahiran kewangan, kreativiti, daya tahan dan kerja berpasukan.
Prasekolah ini turut menekankan kecerdasan emosi, sukan dan komunikasi bagi memastikan perkembangan yang seimbang. Dengan tenaga pengajar yang berdedikasi, suasana pembelajaran seperti di rumah, makanan berkhasiat yang dimasak sendiri dan komunikasi harian bersama ibu bapa, 2% Labs mempersiapkan kanak-kanak bukan sekadar untuk sekolah rendah, tetapi untuk kehidupan sebenar.
Sebahagian daripada jenama MRC Education Group, 3Q MRC Junior merupakan program prasekolah terkemuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Sistem 3Q™nya yang unik bertumpukan pelbagai bidang perkembangan, seperti kognitif, bahasa, emosi, dan sosial – dan menggabungkan pembelajaran akademik tradisional dengan pendekatan inovatif yang mengalakkan rasa ingin tahu dan membina asas yang kukuh. Kurikulumnya yang merangkumi tiga bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, dan Mandarin, memastikan kanak-kanak dapat menguasai bahasa dari peringkat awal lagi. Setiap pusat 3Q MRC Junior direka sebagai tempat yang selamat dan selesa, dengan bilik-bilik darjah yang terang dan dipenuhi dengan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai.
3Q™ MRC Toddlers Taman Mayang Jaya PJ ialah prasekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak untuk kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun, bertumpukan perkembangan minda secara menyeluruh. Kurikulum 3Q™ di sini diisinpirasikan dari teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner, dan matlamat mereka adalah untuk mengembangkan kaank-kanak dalam pelbagai aspek – seperti bahasa, logic dan matematik, muzik, spatial, dan persekitaran. Lebih penting lagi, program ini dapat membantu mereka membina kemahiran asas seperti sikap berdikari dan keyakinan diri, sifat-sifat yang amat penting dalam kehidupan yang akan membawa mereka menjangkaui bidang akademik.
Beaconhouse Newlands Early Years, SS2 merupakan sebuah prasekolah antarabangsa yang menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik di samping menyediakan mereka untuk alam persekolahan formal. Kurikulum sekolah yang berdasarkan Early Years Foundation Stage (EYFS) dan Cambridge Primary mengimbangkan aktiviti yang berpandukan bimbingan guru dengan pendekatan yang mengalakkan kanak-kanak untuk berdikari melalui proses eksplorasi. Persekitaran sekolah amat kondusif, dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, perpustakaan, bilik S.T.E.M., dan sudut pembelajaran (learning corners) dalam setiap bilik darjah. Sekolah juga menawarkan pelbagai aktiviti pengayaan seperti kelas Mandarin dan Taekwondo. Guru-guru di BNEY SS2 bukan sahaja berpengalaman dan mempunyai ijazah yang relevan, tetapi juga sangat komited dalam mewujudkan suasana yang ramah dan mesra, yang mengalakkan kepimpinan dan sifat berdikari.
BrightFuture International Academy di Petaling Jaya ialah prasekolah inovatif di Malaysia yang mengutamakan pendidikan inklusif dengan menggabungkan kanak-kanak tipikal dan berkeperluan khas dalam persekitaran pembelajaran yang menyokong. Ditubuhkan oleh Mr. Wee Kim Leng, pusat ini menawarkan kurikulum unik yang menggabungkan pembelajaran berasaskan permainan, pendekatan berinspirasikan Montessori, serta kemahiran moden penting seperti literasi IT, pengaturcaraan robotik, dan seni kreatif.
Program ini berlangsung sepanjang hari dan merangkumi aktiviti pengayaan seperti yoga, pendidikan jasmani, berkebun, dan permainan air, dengan hidangan berkhasiat yang disediakan di dalam pusat. Berkongsi ruang seluas 10,000 kaki persegi bersama GrowIn Sprouts, BrightFuture menyediakan peralihan yang lancar untuk kanak-kanak yang menamatkan program intervensi awal, memastikan kesinambungan dalam pembelajaran dan penjagaan. Dengan guru terlatih, nisbah guru-murid yang rendah, serta fokus kepada kemahiran hidup, empati, dan tanggungjawab, BrightFuture berhasrat membentuk individu yang yakin dan serba boleh. Melalui penglibatan komuniti, acara amal, dan kerjasama ibu bapa, sekolah ini mempersiapkan kanak-kanak bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga untuk cabaran dunia sebenar, sambil membuka jalan ke arah sekolah antarabangsa inklusif pada masa depan.
Pusat Jagaan Awal Kanak-Kanak Casa Bambini, PJ Midtown Seksyen 13 adalah syurga kecil yang untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Dicat dalam warna pastel yang menenangkan, suasana di dalamnya terasa seperti berada di rumah, tempat di mana kanak-kanak boleh mendapatkan keselesaan dan kasih sayang, serta peluang untuk belajar. Pusat serba baharu ini berharap dapat memenuhi keperluan ibu bapa muda moden yang mencari penjagaan asuhan dan pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka pada harga yang berpatutan. Ia juga menawarkan kemudahan penghantaran dan pengambilan pandu lalu.
Casa Bambini menawarkan program penjagaan kanak-kanak yang dibahagikan kepada 4 kumpulan umur: Infant & Baby (2- 18 bulan), Junior Toddler (18 – 24 bulan), Toddler (2 – 3 tahun), dan Pre Kindy (3 – 4 tahun). Program “Baby” membantu bayi membesar dengan selamat dan berasa disayangi. Program Toddler and Pre-Kindy bertujuan untuk memupuk pelajar sepanjang hayat yang akan bersedia untuk alam persekolahan nanti
Casa Bambini Early Childhood Centre, PJ Newtown merupakan contoh terbaik sebuah pusat penjagaan kanak-kanak yang membekalkan suasana yang ramah mesra dan penuh kasih sayang untuk kanak-kanak, Persekitarannya yang umpama rumah sendiri, program pendidikan yang berdasarkan konsep belajar sambil bermain, serta komitment yang utuh terhadap menjalinkan hubungan yang erat di antara pihak ibubapa, pengasuh, dan kanak-kanak itu sendiri – menjadikan pusat jagaan ini tempat yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia dua bulan hingga empat tahun, di mana mereka boleh belajar dan berkembang dengan sempurna.
Kurikulum teras Prasekolah Kinder Koala dikukuhkan oleh manfaat daripada pelbagai program pendidikan yang berkualiti tinggi dan inovatif yang ditawarkan di sini. Di dunia pembelajaran yang serba ajaib ini, kanak-kanak didedahkan dengan program tiga bahasa yang imersif, matematik Singapura, FasTracKids, pendidikan S.T.E.M., program Forest School, robotik dan pebagai lagi. Prasekolah ini berbangga dengan reputasi mereka dalam menawarkan pengalaman pendidikan awal yang positif, dengan fokus dalam mendidik kanak-kanak dengan metodologi antarabangsa dan material pembelajaran yang terkini. Dan yang paling penting di Kinder Koala, kegembiraan dan perasaan cinta kepada ilmu kanak-kanak di sini adalah kayu pengukur kejayaan paling penting untuk prasekolah ini.
Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.
“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. “Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal.” Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Selangor, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.
Little Caterpillars Child Care Centre di Petaling Jaya ialah sebuah pusat asuhan yang hangat dan penyayang, didedikasikan untuk membantu bayi dan kanak-kanak kecil membesar menjadi pelajar yang yakin dan berdikari. Ditubuhkan oleh dua pendidik berpengalaman, Pn. Sally Loh dan Pn. Khoo, pusat ini berpegang pada falsafah “nurturing today’s caterpillars into tomorrow’s butterflies.”
Pembelajaran di sini berasaskan pengalaman sebenar dan permainan di bawah prinsip 3E — Explore, Experiment dan Experience — bagi memupuk kreativiti, rasa ingin tahu dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Dengan nisbah guru-ke-kanak-kanak yang kecil (1:3 untuk bayi dan 1:6 untuk kanak-kanak kecil), tanpa masa skrin, serta bahan pembelajaran yang direka khas, setiap anak mendapat perhatian dan penjagaan peribadi. Pusat ini turut menitikberatkan keselamatan, kebersihan dan pemakanan, dengan hidangan seimbang dimasak sendiri setiap hari oleh pengarah. Dari suasana yang selesa seperti di rumah hingga komunikasi rapat dengan ibu bapa, semuanya direka untuk memastikan anak membesar dengan gembira, sihat dan bersedia melangkah ke pendidikan rendah SJK(C).
Nobel Early Years adalah prasekolah yang menawarkan sistem pendidikan Fungates untuk kanak-kanak berumur antara 36 bulan hingga 6 tahun. Ditubuhkan pada tahun 2006, Nobel Early Years berusaha untuk memupuk perkembangan sihat setiap anak individu; membentuk hati mulia dan minda mulia di kalangan anak-anak hari ini dengan penekanan terhadap pemikiran kritis, membuat keputusan dan kreativiti.
Pendidik di Nobel Early Years dipilih secara berhati-hati dan sangat berkelayakan serta mempunyai pengalaman kerja minimum dua tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sekolah ini ditempatkan di sebuah bangunan batu bata 3 tingkat yang luas di kawasan berpagar. Bilik darjah dipenuhi dengan bahan pembelajaran yang sesuai dengan umur untuk menyokong pembelajaran tematik. Beberapa kawasan penemuan (discovery areas) juga telah disediakan untuk kanak-kanak untuk mengakses dan meneroka sepanjang hari.
Puei Chee Kindergarten mempunyai sejarah yang berwibawa dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tadika ini telah sekian lama berkhidmat untuk keluarga dengan anak-anak kecil di kawasan Seksyen 17, Petaling Jaya selama lebih lima dekad. Sejarah ulung tadika ini membuktikan komitmen sekolah terhadap memberikan pengalaman pendidikan awal kanak-kanak yang bermutu tinggi. Sejak ditubuhkan pada tahun 1961, tadika ini telah dipandu oleh nilai-nilai serta pengetahuan bahawa bidang pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dalam menentukan kejayaan, kesejahteraan, dan juga kematangan emosi seseorang individu di masa hadapan.
Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Rise N Shine SS2 merupakan prasekolah Montessori yang memupuk anak-anak untuk ‘Rise N Shine’ seperti bintang yang terang! Kanak-kanak terdedah kepada asas pendidikan terbaik dari awal lagi.
Kanak-kanak dibimbing dengan kekuatan unik mereka melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti seni dan kraf, memasak, permainan deria, muzik dan pergerakan, aktiviti fizikal dan banyak lagi. Pelbagai jenis bahan tersedia dan kepakaran guru membolehkan setiap kanak-kanak mengasah keupayaan mereka. Program Montessori juga selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Terdapat ruang yang sesuai untuk aktiviti kumpulan, kawasan di mana kanak-kanak boleh memilih untuk bekerja secara berdikari dan juga ruang luar di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam ‘active play’. Ruang-ruang tersebut selesa dan menarik, dengan pencahayaan semulajadi untuk membantu kanak-kanak merasa tenang. Kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya yang tidak terlalu serius turut selesa dalam persekitaraan Montessori ini.
Small Wonder Malaysia berusaha untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka melalui kaedah-kaedah inovatif berdasarkan kaji selidik yang terbukti. Sekolah tiga Bahasa ini untuk kanak-kanak berumur 2.5 hingga 6 tahun terkenal untuk pendidikan berkualiti, selamat, dan prihatin terhadap kanak-kanak, di mana mereka disediakan untuk menghadapi alam persekolahan, pekerjaan, dan kehidupan pada masa depan. Kanak-kanak boleh berkembang dalam persekitaran yang terbuka dan menerima idea-idea baharu, serta menghormati keunikan setiap individu.
Super Buddies Childcare Centre membekalkan khidmat penjagaan bayi dan kanak-kanak, serta pendidikan awal kepada bayi dan kanak-kanak berusia 2 bulan hingga 4 tahun. Reka bentuk pusat ini mencerminkan pendekatan mereka yang ramah dan memupuk – ruang-ruang mereka yang cantik mewujudkan suasana yang mengalu-alukan bagi kanak-kanak. Pusat ini menggunakan pendekatan berasaskan permainan (play-based) yang merujuk kepada rangka Early Years Foundation Stage (EYFS) yang bertumpukan aspek seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan seni dan reka bentuk. Bayi juga diberi perhatian dan penjagaan yang teliti, dengan makanan yang berkhasiat dan penting untuk tumbesaran mereka. Super Buddies menggunakan pendekatan moden seperti Baby-Led Weaning, yang membantu membina sifat berdikari dari usia yang muda lagi.
Tadika Sejuta Kasih, SS2 menawarkan persekitaran prasekolah yang selamat dan menyokong untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Bidang pembelajaran utama dalam kurikulum termasuklah bahasa, matematik, sains, seni dan kraf, muzik, perkembangan fizikal dan kajian moral. Mereka menekankan penyediaan bacaan 1-to-1 untuk kanak-kanak – sebuah program literasi yang memastikan kanak-kanak mahir dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin. Selain memberi manfaat kepada pembaca yang bermasalah, nisbah satu guru dan satu pelajar ini sangat berkesan dalam mengenal pasti tanda awal masalah pembelajaran seperti disleksia atau keperluan khas yang lain. Mereka juga mahu kanak-kanak memperoleh kelebihan bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif ini dengan mengintegrasikan program coding for beginners ke dalam silibus mereka.
Sebagai perkhidmatan yang lebih kecil, mereka mampu menyediakan program yang benar-benar diperibadikan berdasarkan keperluan individu kanak-kanak. Ibu bapa menghargai hubungan intim antara sekolah dan kanak-kanak. Tambahan pula, komuniti ibu bapa dan guru bekerjasama dalam menyokong sekolah semasa waktu krisis, dari segi yuran dan peralihan kepada pembelajaran dalam talian. Hubungan kuat ini menjadi titik ukuran kejayaan prasekolah ini.