by Miriam Hedija . on 02/08/2025 ...

Artikel ini telah dikemas kini pada 4 Mac 2026.
Terletak di kawasan kejiranan Kuchai Lama, Sri Petaling, Taman Desa dan kawasan perumahan berdekatan terdapat beberapa prasekolah dan tadika yang berkualiti yang menjanjikan hanya yang terbaik untuk anak kecil. Mencari pusat pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik untuk anak anda renyah maka kami telah memilih beberapa prasekolah yang terbaik di kawasan ini untuk memudahkan tugas ibu bapa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai setiap tadika, anda hanya perlu klik dan baca ulasan penuh kami mengenai sekolah tersebut, ya semudah itu!
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Jauh dari jalan yang sibuk, 3Q MRC Taman Desa adalah tadika yang bersih dan cantik dengan suasana yang ceria. Tadika ini telah berkhidmat kepada masyarakat lebih daripada 16 tahun menggunakan sistem 3Q ™ yang terbukti berkesan. Di sini, semua pelajaran direka agar menarik dan menyeronokkan sambil mengasah kedua-dua otak kiri dan kanan.
Penglibatan ibu bapa sentiasa dialu-alukan, dengan sesi "Meet-the-Parents" yang diadakan dua kali setahun. Bersama para pendidik yang terlatih dan profesional di sekolah, ibu bapa pasti berasa yakin bahawa anak mereka akan mendapat untuk pendidikan awal kanak-kanak terbaik.

Diketuai oleh Dr. Liew, seorang pakar pediatrik berpengalaman, kurikulum AZ Nursery & Preschool menyediakan pengalaman pendidikan yang diperibadikan untuk menyokong kanak-kanak mengikut keupayaan dan keperluan unik mereka. Pengetahuan mendalam Dr. Liew tentang perkembangan kanak-kanak menjadi panduan kepada seluruh warga sekolah dalam usaha mereka mencipta kurikulum yang menarik, yang menginspirasikan pertumbuhan menyeluruh, kreativiti, dan yang paling penting, keseronokan dalam pembelajaran.
Di sini, kanak-kanak dibentuk dengan ilmu, kemahiran dan sikap untuk menjadi pemimpin masa depan. Pendekatan pembelajaran bersepadu yang menggabungkan amalan pendidikan terbaik – Montessori, S.T.E.A.M., Pembelajaran Berasaskan Permainan dan Pembelajaran Tematik Bersepadu – digunakan bagi meletakkan asas kukuh untuk kanak-kanak berkembang maju tidak kira di mana mereka berada dalam kehidupan.

KaydeGarden di Taman Desa, KL merupakan prasekolah yang ramah dan selesa, sesuai untuk perkembangan kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun. Ditubuhkan pada tahun 2022, prasekolah ini menggabungkan Kurikulum Standard Prasekolah Malaysia dengan elemen Montessori dan Reggio Emilia.
Kurikulum di sini mengutamakan pendidikan dwibahasa (Bahasa Inggeris dan Mandarin), menyediakan murid-murid untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan aktiviti praktikal dan berteraskan alam sekitar seperti bercucuk tanam dan projek sains. Kanak-kanak yang lebih kecil belajar sambil bermain melalui aktiviti rutin yang meningkatkan kemahiran daya motor halus mereka, manakala kanak-kanak yang lebih besar pula diperkenalkan kepada praktis akademik seperti ejaan dan kerja rumah. Dengan guru-guru yang berpengalaman, aktiviti yang menggayakan dan kemudahan yang lengkap, Kayde Garden menyimbangkan pembelajaran dengan permainan secara sempurna.

Little Urban Forest (LUF) di Taman Bukit Desa merupakan sebuah 'forest school' untuk kanak-kanak berusia 2-6 tahun. Ia menekankan peranan alam sekitar dalam pendidikan awal kanak-kanak, dengan bilik-bilik darjah yang terbuka, luas, serta dikelilingi laman yang hijau. Kurikulum di sini memberi tumpuan kepada pembelajaran di luar bilik darjah, kemahiran hidup, dan kelestarian, digabungkan dengan pembelajaran akademik yang menyediakan kanak-kanak untuk alam sekolah rendah. Dengan nisbah guru ke pelajar yang rendah, kanak-kanak melibatkan diri dalam penerokaan secara hands-on, program mingguan bagi membina kemahiran hidup, dan rombongan sambil belajar ke pelbagai tempat yang menarik.

PeiKen Mandarin-English Preschool, Sri Petaling menawarkan pengalaman pembelajaran yang komprehensif untuk kanak-kanak berusia 2.5 tahun hingga enam tahun, dengan tumpuan diberikan terhadap perkembangan holistik. Terletak di Sri Petaling, sekolah yang dibina khas ini memiliki pelbagai kemudahan seperti kolam renang yang tertutup dan juga bilik muzik. Manakala kurikulumnya pula mengikuti falsafah "Play to Learn, Learn to Play" yang menggabungkan aktiviti hands-on denga matapelajaran utama seperti Bahasa Inggeris, Matematik, dan Bahasa Cina. Penglibatan ibubapa amat digalakkan, bagi membina suasana pembelajaran yang penuh sokongan. Guru-guru yang profesional memastikan kanak-kanak di sekolah ini menerima pendidikan yang berkualiti dan sempurna, bagi menyediakan mereka untuk kejayaan di peringkat sekolah rendah, di samping menerapkan kemahiran yang perlu untuk masa hadapan yang cemerlang.

Dalam lanskap pendidikan awal kanak-kanak, Piccoli Kindergarten sentiasa menonjol sebagai jenama yang dipercayai ibu bapa. Di sini, kanak-kanak berumur 18 bulan-6 tahun memulakan penerokaan penuh penemuan dan perkembangan. Terletak di Taman Gembira, tadika ini mendapat inspirasi dari pendekatan Reggio Emilia, yang digabungkan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Gabungan unik ini mencipta pengalaman pendidikan yang lengkap dan holistik, yang seterusnya memupuk rasa ingin tahu semulajadi kanak-kanak dan menyokong perkembangan peribadi mereka.
Pendekatan Reggio Emilia menekankan peranan persekitaran (ruang fizikal, bahan dan aparatus) sebagai "guru ketiga" dalam membentuk pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Pendekatan ini menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka secara amali dan memupuk kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah. Dengan penggabungan KPSK dalam kurikulum mereka, Piccoli Kindergarten memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang komprehensif dan lengkap untuk mereka melangkah ke alam persekolahan.

Di Sekolah Antarabangsa Pine Hills (PHIS), Kuala Lumpur, pelajar memperoleh pengalaman pendidikan yang luar biasa jauh dari pendekatan akademik tradisional. Di sini, kecemerlangan akademik bergabung dengan pengembangan kecerdasan emosi dan kesedaran global. Dari pendidikan Awal Tahun hingga A Level, PHIS berdedikasi untuk melahirkan pemimpin masa depan dengan semangat, ketahanan dan kebolehsuaian, memberdayakan mereka untuk memberi impak yang mendalam dalam komuniti mereka dan seterusnya.
Sertai perjalanan pembelajaran sepanjang hayat, di mana rasa ingin tahu dinyalakan, kreativiti dipupuk, dan generasi seterusnya individu luar biasa dibesarkan. PHIS juga menawarkan Program Henkan yang merupakan inisiatif penting yang direka untuk menangani kekurangan pendidikan tradisional dalam masyarakat hari ini, yang sering gagal dalam membentuk individu dengan sifat dan nilai karakter yang positif. Dengan memberi penekanan yang kuat terhadap ciri-ciri watak utama, seperti kesedaran diri, keterbukaan untuk belajar, ketahanan, disiplin diri dan belas kasihan, Program Henken berfungsi sebagai asas untuk membentuk pelajar menjadi pemimpin yang kompeten dan penuh belas kasihan pada masa depan.

Sekolah Antarabangsa Campus Rangers, 9Seputeh menawarkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan pelajar akan memperoleh manfaat daripada suasana persekolahan yang mesra yang membawakan kebaikan yang mutlak untuk setiap pelajar. Sekolah ini bermula sebagai pusat pembelajaran IGCSE pada 2012 oleh pasangan suami isteri yang kedua-duanya merupakan pendidik berpengalaman dengan visi untuk menginspirasi dan mengubah kehidupan pelajar. Bagi kebanyakan pelajar, jika bukan kesemuanya, pengalaman pembelajaran diperibadikan telah membawa perubahan; mereka dapat menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh mereka di sekolah lain. Melihatkan pencapaian luar biasa ini, para pengasasnya mencari jalan untuk memperkembangkan visi mereka. Pada hari ini, sekolah ini berdiri dengan kampus yang lebih besar sementara terus mengekalkan komuniti yang erat dan mesra sama seperti dahulu.
Di Campus Rangers, para pelajar belajar merentasi kontinuum program yang berpandukan kerangka pendidikan British. “Kami melengkapi pelajar dengan pendidikan holistik dan berkualiti, menanamkan mereka dengan nilai dan amalan ketuhanan, dan mengubah kehidupan melalui kasih sayang, keprihatinan dan bimbingan kaunseling. Kami memastikan tiada seorang pun yang tertinggal di belakang,” kata Mr. Ho, pengasas Sekolah Antarabangsa Campus Rangers.

Terletak di sebuah taman perumahan yang penuh kehijauan, Small Wonder Malaysia, Taman OUG membekalkan pengalaman pembelajaran yang holistik di mana pembelajaran dan permainan diseimbangkan. Terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun, kurikulum sekolah menggabungkan elemen dari Montessori, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, dan pembelajaran secara projek bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi setiap kanak-kanak. Sekolah ini juga mempunyai reka bentuk dan ruang yang cantik, dengan ciri-ciri seperti Mini Theatro dan juga kolam ikan, membolehkan kanak-kanak meneroka persekitaran di luar dan berinteraksi dengan habitat-habitat semulajadi.

Berdasarkan 5 idea penting, kurikulum Super Genius Kids memastikan kanak-kanak menjadi pelajar yang hebat dan juga membina perwatakan mereka dengan nilai-nilai yang baik. Kurikulum yang dinamik dan holistik, bersama dengan guru-guru yang bersemangat dan kemudahan yang lengkap, menjanjikan persekitaran yang menarik dan kondusif untuk kanak-kanak cemerlang.
Tiada siapa yang ditinggalkan kerana kelas tambahan dan aktiviti pengayaan tersedia untuk pelajar jika mereka memerlukannya. Pelajaran tidak terhad hanya dalam bilik darjah, tetapi juga melalui lawatan lapangan dan lawatan ke tempat-tempat seperti Zoo Negara dan Menara KL. Dengan tekad dan semangat dari pihak sekolah serta pengalaman pembelajaran yang menggembirakan, Super Genius Kids mampu membentuk minda-minda kecil untuk menjadi pelajar sepanjang hayat.

The children’s house, nama yang tidak asing lagi dalam pendidikan Montessori, dan cawangan terbaru mereka di Taman OUG menjanjikan pengalaman pembelajaran hebat daripada jenama The children's house yang dikenali ramai: persekitaran yang disediakan khas, ruang yang indah, dan juga pendidik Montessori yang berdedikasi, yang sentiasa bersedia untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka untuk memastikan kanak-kanak diberi panduan dalam memenuhi potensi optimum mereka.
Selain daripada membina asas kukuh dalam literasi dan numerasi - subjek penting dalam perkembangan mereka- program ini juga memberi fokus kepada pendidikan abad ke-21; memupuk kanak-kanak yang mudah menyesuaikan diri, berdaya tahan dan mampu berfikir sendiri.

WeiP Little Explorers ialah pusat prasekolah dan penjagaan kanak-kanak berinspirasikan alam semula jadi yang memupuk perkembangan kanak-kanak melalui pembelajaran holistik, pembinaan karakter, dan penerokaan secara praktikal. Berteraskan konsep farm-to-table dan “Back to Nature”, kanak-kanak didedahkan kepada aktiviti seperti menanam, menuai, penyediaan makanan, permainan pasir, permainan air, dan pelbagai pengalaman sensori yang membina keyakinan diri, kreativiti, sifat berdikari, serta gaya hidup sihat. Dengan kurikulum berfokuskan Bahasa Mandarin, Program SJKC-Ready, guru yang penyayang, dan hubungan erat dengan ibu bapa, WeiP menyediakan persekitaran yang hangat dan menyeluruh untuk mempersiapkan kanak-kanak ke alam persekolahan dan kehidupan.

WeiP Kindergarten, Sri Petaling mengamalkan pendekatan yang seimbang terhadap pendidikan awal kanak-kanak, dengan tumpuan diberikan kepada perkembangan IQ, EQ, dan kecerdasan pelbagai (multiple intelligences). Kurikulum ini direka khas untuk menyediakan kanak-kanak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dengan menggabungkan pembelajaran sambil bermain semasa tahun awal kanak-kanak, sebelum beralih ke kelas yang lebih berstruktur apabila mereka berusia lima hingga enam tahun. Murid-murid belajar dalam persekitaran yang selamat dan kondusif, dan dapat menyertai pelbagai aktiviti praktikal seperti memasak dan bercucuk tanam, serta memperoleh perspektif yang unik mengenai masyarakat, alam sekitar, dan komuniti menerusi lawatan sambil belajar.

Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.