Site logo

Selected Preschools in Kuala Lumpur City Centre

by on 07/09/2025 13894

Also available in : English 中文版

Artikel ini dikemaskini pada 7 Julai 2025

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, tidak hanya sibuk dengan aktiviti perniagaan tetapi juga penuh dengan potensi untuk peluang pendidikan awal kanak-kanak. Kali ini, kami di Kiddy123 menyenaraikan tadika dan taska yang menjanjikan pengalaman hebat di sekitar pusat Kuala Lumpur.

Baca juga: Tadika Pilihan di Bangsar

Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.



Terletak berdekatan kawasan-kawasan utama di Kuala Lumpur, CIC International MATRADE menawarakan pengalaman pembelajaran yang holistik untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun. Bangunan sekolah terletak di kawasan yang penuh kehijauan, dan dikelilingi halaman yang luas yang membolehkan kanak-kanak untuk melakukan penerokaan dan eksplorasi. Guru-guru menggunakan pelbagai alatan mengajar yang menarik bagi membantu perkembangan kaank-kanak. Pusat ini juga dilengkapi kemudahan seperti taman permainan luar dan dalam, bilik-bilik darjah yang luas dan terang, dan lain-lain lagi. Sebagai pusat CIC International, silibus di sini mengintegrasikan kurikulum Cambridge dan merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.

CIC International MATRADE

CIC International MATRADE
West Wing, Menara MATRADE (West Wing), Opposite of West Wing, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,

Kuala Lumpur 50480
Malaysia
016- 262 0XXX
Show Number
016- 262 0643 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sekolah Antarabangsa Cranbridge, Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang merangsang pelajar untuk menyerlahkan cita-cita akademik dan memperoleh manfaat daripada pembangunan menyeluruh sebagai individu dan warga global. Sekolah ini bermula sebagai pusat pembelajaran dengan sejumlah kecil pelajar. Hari ini, sekolah ini kekal mempromosikan komuniti yang erat dan mesra suasananya dengan berpegang pada slogan “Semua Kanak-kanak Dapat Belajar dan Akan Belajar.” Di Cranbridge, para pelajar belajar merentasi kontinum program yang berpandukan silibus Pearson Edexcel. Pearson Edexcel ialah sebuah program progresif yang berasaskan kurikulum British yang terkini. Bermula dari prasekolah hingga A Level, para pelajar diberi inspirasi secara berterusan untuk mencabar diri mereka ke tahap terbaik, sambil melengkapi diri dengan kemahiran abad ke-21 untuk berkembang dalam dunia yang sedang berubah dengan pantas. Sekolah Antarabangsa Cranbridge ialah pusat peperiksaan bertauliah untuk penilaian Edexcel. Sekolah ini mempunyai rekod prestasi kecemerlangan akademik yang kukuh dengan pencapaian pelajar terbaik bagi kelayakan O Level dan A Level sekali gus. Para pelajar terus-menerus meraikan keputusan cemerlang ini termasuk Pencapaian Tertinggi di Dunia untuk Matematik Tulen Tambahan 2018 dan Pencapaian Tertinggi di Asia untuk Matematik Tahap Lanjutan 2018 – bukti sebenar tentang kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh Cranbridge.

Cranbridge International School (Early Years), Kuala Lumpur

Cranbridge International School (Early Years), Kuala Lumpur
Jalan Tiga, Off Jalan Chan Sow Lin, Chan Sow Lin,

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 55220
Malaysia
010-259 8XXX
Show Number
010-259 8026 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Fireflies Early Years School, yang terletak di Mid Valley City dan disokong oleh IGB International School yang terkenal, menawarkan pendidikan awal kanak-kanak berasaskan persoalan dalam tiga bahasa — Bahasa Inggeris, Mandarin, dan Bahasa Malaysia — yang menghargai keindahan sebenar zaman kanak-kanak: bermain, ingin tahu dan meneroka dengan gembira. Dibuka secara rasmi pada Februari 2025, sekolah ini menggabungkan rangka International Baccalaureate (IB) dengan pendekatan tempatan yang berkenaan. Mereka membimbing kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun melalui pembelajaran secara sentuhan, pengalaman yang benar, dan perhatian secara persendirian dalam persekitaran yang direka khas untuk kanak-kanak. Di bawah kepimpinan pengetua Priscillia Ng, seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak dengan pengalaman lebih 20 tahun, Fireflies bukan sekadar prasekolah — ia adalah komuniti pembelajaran yang menyemai keyakinan, kasih sayang dan potensi untuk memajukan setiap kanak-kanak.

Fireflies Early Years School, Kuala Lumpur

Fireflies Early Years School, Kuala Lumpur
A-G-5, Ground Floor, Northpoint, Mid Valley City, Medan Syed Putra Utara

Kuala Lumpur 59200
Malaysia
012-290 9XXX
Show Number
012-290 9809 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Human StarChild Care Centre, terletak di Lalaport BBCC, membawa cara penjagaan kanak-kanak dari Jepun ke Kuala Lumpur. Terbuka kepada kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun, pusat ini menggunakan kurikulum WALLET yang menekankan aspek mental dan fizikal, kemahiran sosial, interaksi dengan persekitaran kanak-kanak, bahasa, dan ekspresi emosi. Pusat ini juga terkenal untuk reka bentuk terbuka dan ceria, membekalkan pengalaman zaman awal kanak-kanak yang baik, dan juga makanan yang cantik dan berkhasiat, selaras dengan falsafah penjagaan kanak-kanak Jepun.

Human Starchild Care Centre, Bukit Bintang

Human Starchild Care Centre, Bukit Bintang
L1-68B, Mitsui Shopping Park LaLaport, No. 2, Jalan Hang Tuah,

Kuala Lumpur 55100
Malaysia
013-403 0XXX
Show Number
013-403 0455 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pristine Kindergarten di Kuala Lumpur menawarkan pengalaman prasekolah yang penuh kasih sayang dan inovatif berasaskan cara Reggio Emilia, yang menggalakkan pembelajaran secara langsung, kreativiti dan berdikari. Dengan saiz kelas yang kecil, pendidik yang berdedikasi, serta persekitaran yang selamat dan merangsang, setiap kanak-kanak menerima perhatian persendirian yang menyemai keyakinan serta perkembangan holistik. Program khas seperti kelas renang, ukulele dan pembangunan otak kanan memperkayakan perjalanan pembelajaran mereka, manakala pemakanan seimbang dan penglibatan ibu bapa yang kukuh membentuk asas yang menyeluruh. Tadika ini turut mempersiapkan kanak-kanak untuk alam persekolahan dengan memberikan tumpuan seimbang terhadap akademik, pertumbuhan emosi sosial dan penerokaan di dunia sebenar.

Pristine Kindergarten, Taman Kaya, KL

Pristine Kindergarten, Taman Kaya, KL
No. 2, Lengkungan Vethavanam, Taman Kaya,

Jalan Ipoh, Kuala Lumpur 51100
Malaysia
03-9771 9XXX
Show Number
03-9771 9519 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Small Wonder, sebuah prasekolah yang dimiliki sepenuhnya oleh Busy Bees – sebuah organisasi pendidikan awal kanak-kanak yang terkenal – mula membuka pintunya kepada pelajar di Singapura 31 tahun lalu. Apabila daya tarikannya semakin meluas, ia telah bercabang ke 6 lokasi lain di Singapura dan Vietnam, dan terbaharu, di Kuala Lumpur. Keluasan dan kedalaman kurikulumnya amat sukar ditandingi, memberikan kanak-kanak kuasa untuk mengubah kehidupan mereka melalui pendidikan yang berkualiti tinggi dan progresif.

Di Small Wonder, kanak-kanak dilihat sebagai pelajar yang sempurna sejak azali: didorong oleh rasa ingin tahu yang bersemangat, minat yang tidak kenal takut dalam mencuba pengalaman baharu dan keinginan yang mendalam untuk menyelesaikan masalah. Dengan tagline sekolah ini, “Challenging the wondrous mind”, guru menyuburkan kualiti semula jadi ini dan membantu kanak-kanak membuka bakat dan minat unik mereka melalui pembelajaran berasaskan inkuiri. Pendekatan berkesan ini menggalakkan kanak-kanak memerhati, meneroka dengan bahan yang berbeza, menemui dunia di sekeliling mereka, bertanya soalan, berfikir semula dan berkongsi idea dengan orang lain. Daripada sekadar membentangkan fakta di dalam kelas, bentuk pembelajaran aktif ini membawa cara untuk kanak-kanak berkembang menjadi pelajar yang berfikiran antarabangsa sepanjang hayat yang boleh membantu menjadikan dunia kita tempat yang lebih baik.

Small Wonder Malaysia, Damai

Small Wonder Malaysia, Damai
No. 13, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat,

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 55000
Malaysia
017-230 9XXX
Show Number
017-230 9130 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Smart Sprouts Kidhub di Sungai Besi, KL, menawarkan program prasekolah, penjagaan harian, dan tuisyen untuk kanak-kanak dari usia18 bulan hingga 17 tahun. Pusat ini beroperasi sepanjang tahun, termasuk cuti sekolah, dan membekalkan makanan harian sserta perkhidmatan pengangkutan dari dan ke sekolah. Program prasekolahnya menggabungkan kaedah pendidikan Montessori dan juga sistem dari Finland, di samping memastikan kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina. Pusat ini juga membekalkan sokongan akademik yang padu melalui sesi bimbingan kerja rumah dan ulang kaji berdasarkan sukatan pembelajaran kebangsaan, atau IGCSE. Matlamat dan visi pusat ini adalah untuk mewujudkan suasana yang mesra dan selesa, bagi menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik.

Smart Sprouts Kidhub – Sungai Besi, Razak City Residence (KL)

Smart Sprouts Kidhub – Sungai Besi, Razak City Residence (KL)
B2-1-11, Residensi Bandar Razak, Jalan Razak Mansion,

Sungai Besi, Kuala Lumpur 57100
Malaysia
010-228 4XXX
Show Number
010-228 4898 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Disclaimer:

Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.


If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025