UCSI International School, Port Dickson
Kiddy123 Frame
Small Wonder Malaysia
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
The children's house

Tadika dan Prasekolah Terbaik di Klang

by on 14/01/2019 27502

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemaskini pada 28 Jun 2022.

Dengan pembangunan pesat bandar-bandar baharu di Klang, prasekolah dan tadika juga tumbuh seperti cendawan di kawasan tersebut. Akan tetapi, terlalu banyak prasekolah dan tadika yang sering mendakwa diri mereka sebagai yang terbaik. Oleh itu, Kiddy123 telah membuat senarai prasekolah dan tadika terpilih di Klang termasuklah Bandar Botanic, Bukit Tinggi, Bayu Perdana & banyak lagi! Setiap prasekolah dan tadika ini mempunya keistimewaan mereka tersendiri, teruskan membaca dan lihatlah prasekolah dan tadika yang sesuai dengan pilihan anda.

 

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


 Acmar International & Private Schools, Klang

Ditubuhkan pada pertengahan 2018 dan terletak di lokasi strategik di Bandar Baru Klang, Acmar International and Private Schools telah memperoleh reputasi sebagai yang terbaik dalam kategorinya, semuanya kerana pendekatan holistik yang sihat dalam membimbing pelajar mereka sebagai pemikir kreatif dan kritis lengkap dengan kemahiran abad ke-21 yang amat diperlukan. Ini tidak dapat dielakkan apabila mereka memiliki kemudahan terbaik yang kondusif untuk pelajar mengasah pengetahuan dan kemahiran droning, robotik, pengekodan, dan lain-lain yang sesuai dengan dunia moden.

Dalam menyokong aspirasi negara kita untuk menjadi hab pendidikan serantau, AIS komited untuk kecemerlangan dan mengutamakan pendidikan berkualiti untuk pelajarnya. Setiap pendidik dan kakitangan memberi perkhidmatan mereka kepada sekolah dan masyarakat dengan sepenuh hati. Ia menawarkan pendidikan sekolah antarabangsa dan swasta yang boleh diperoleh oleh semua pelajar yang tinggal di Malaysia. Kemudahan asrama yang diurus dengan baik menjadikannya lebih mudah diakses oleh semua orang.

Baca Selanjutnya

Acmar International & Private School (Early Years), Klang

PT 21156, Persiaran Rajawali, Bandar Baru Klang, Klang, Selangor 41150
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sebagai salah satu tadika terbesar di Klang, Selangor, Tadika & Taska Big Apple bukan sahaja tadika dan taska yang sangat digemari, malah kini ia juga merupakan mercu tanda terkenal Bandar Botanic, Klang. Untuk mengatakan bahawa kanak-kanak suka berada di sini adalah tidak cukup memadai, kerana terdapat kanak-kanak yang teruja hanya dengan melihat sekilas logo epal merah ikoniknya itu!

Big Apple dikenali sebagai penyedia pendidikan awal berkualiti tinggi menggunakan sukatan pelajarannya sendiri, yang sudah semestinya mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia. “Saya yakin kanak-kanak bukan sahaja perlu bersedia dari segi akademik untuk menghadapi dunia di kemudian hari dalam hidup, tetapi mereka juga harus mempunyai sikap dan sifat yang akan dapat membantu mereka semasa dewasa nanti. Semua ini perlu diterapkan pada tahun-tahun pertumbuhan kritikal,” kata Cik Cynthia, pengetua sekolah ini.

“Selain memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan awal yang benar-benar memperkayakan kehidupan dan menyediakan mereka menghadapi pelbagai cabaran yang menunggu di masa depan, kemudahan yang kami sediakan di sini juga sudah pasti menjadi salah satu sebab ibu bapa tertarik untuk mendaftarkan anak-anak mereka di sini.”

Baca Selanjutnya

Big Apple Bandar Botanic, Klang

Lot 144476, Jalan Remia 2, Bandar Botanic, Klang, Selangor 41200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Selama lebih 30 tahun penubuhannya, Sri Kenanga adalah tadika yang prihatin. Apa yang menjadikan mereka menonjol adalah sikap mereka terhadap kanak-kanak dan masyarakat. Sudah tentu semua kanak-kanak yang datang dijaga dengan baik, tetapi perbezaannya ialah mereka membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Keuntungan dari tadika sering disumbangkan kepada rumah anak yatim dan/atau individu yang memerlukan.

Sri Kenanga kini mempunyai 2 cawangan. Cawangan Botanic ialah sebuah rumah kedai tiga tingkat yang kelihatan begitu ceria dan menarik. Tempat yang terang dengan cahaya semula jadi dan terasa sangat lapang dengan banyak ruang untuk kanak-kanak meneroka! Sekolah ini bahkan pernah dipaparkan di majalah Female kerana sistem pengekodan khas mereka untuk keselamatan anak-anak di sekolah!

 

Baca Selanjutnya

Tadika Sri Kenanga, Bandar Botanic

No. 22, Jalan Kasuarina 11, Bandar Botanic, Klang, Selangor 41200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Ini adalah cawangan yang lain Tadika Sri Kenanga di Bayu Perdana. Terletak di banyak sudut deretan rumah teres, tadika ini sangat luas, bersih dan selesa. Guru di sini terlatih dan berkelayakan untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas juga!

Terdapat sesi pagi, sesi petang, dan program pengayaan sepenuh hari. Kumpulan umur yang berbeza belajar dengan cara berbeza di Tadika Sri Kenanga. Contohnya, kanak-kanak berumur 3-4 tahun akan mengikuti gaya pembelajaran Montessori untuk lebih banyak waktu bermain dan belajar mengikut kemampuan tersendiri. Kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun akan mengikuti gaya pembelajaran Waldorf untuk belajar berdikari dan latihan keyakinan diri. Mereka juga diperkenalkan kepada kerja berkumpulan dan bahan yang lebih “educational” untuk memastikan persediaan yang baik bagi sekolah rendah.

Baca Selanjutnya

Tadika Sri Kenanga, Bayu Perdana

No. 66 & 68, Solok Batu Unjur 5B, Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor 41200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.