by Miriam Hedija . on 02/08/2025 ...
Artikel ini telah dikemaskini pada 7 Januari 2026.
Choo Choo Train Baby & Child Care Centre dengan bangga menyediakan perkhidmatan penjagaan anak boleh dipercayai serta program pembelajaran awal kepada masyarakat setempat. Bukan sahaja kanak-kanak yang dijaga oleh Choo Choo Train diberi kuasa dan disayangi oleh pendidik dan jururawat yang berkelayakan, mereka juga dapat mengalami program pendidikan awal yang indah yang disesuaikan secara individu. Menerima kanak-kanak dari usia 2 bulan hingga 4 tahun, Choo Choo Train memahami betapa pentingnya keselamatan dan reka bentuk kemudahan itu untuk perkembangan si kecil. Ibu bapa dapat menenangkan fikiran mereka mengetahui bahawa anak-anak di sini berkembang dalam persekitaran yang menyokong, dan bahkan turut serta dan memantau kemajuan anak mereka melalui komunikasi telus yang dikendalikan oleh pusat.
Terletak di sebuah kawasan komersial, CIC Bandar Sri Damansara merupakan pilihan bagus untuk ibubapa yang inginkan pendidikan moden dan menyeluruh untuk anak-anak mereka berusia 3 hingga 12 tahun, yang berteraskan nilai-nilai Islam. Pusat ini sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre – juga dikenali sebagai CIC Where Leaders Are Born – yang diasaskan oleh Puan Qutren Nada Ahmad pada tahun 1997. Kurikulum merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
Daitoh Kindergarten, Desa ParkCity, merupakan cawangan luar negara pertama Daitoh Kindergarten dari Jepun yang telah membawa legasi pendidikan awal kanak-kanak selama lebih 50 tahun. Melalui Daitoh Programme, kanak-kanak memulakan hari dengan latihan sempoa, pembetulan postur duduk, serta masa tenang seperti meditasi untuk membina fokus, disiplin dan kestabilan emosi. Persekitaran pembelajaran yang ringkas dan bebas gangguan membantu kanak-kanak menumpukan perhatian dengan semula jadi, manakala rutin harian seperti membersih, menyuap makanan sendiri, dan kerja berpasukan menanamkan nilai tanggungjawab serta berdikari. Dengan menggabungkan tradisi Jepun bersama kurikulum Malaysia, Daitoh mendidik kanak-kanak menjadi pelajar sepanjang hayat yang tenang, tabah, dan benar-benar gembira dari dalam—serta bersedia memberi sumbangan positif kepada masyarakat.
Dripping Colours Montessori, Desa Parkcity ialah sebuah tadika Montessori yang mengamalkan pendekatan pembelajaran secara berkumpulan tanpa mengikut peringkat usia. Manfaat di sekolah ini adalah bilangan pelajar yang kecil dalam setiap bilik darjah dengan nisbah guru ke pelajar yang rendah. Amalan ini diwujudkan supaya setiap kanak-kanak dapat menerima perhatian dan bimbingan yang secukupnya agar mereka dapat berkembang pesat. Di tadika-tadika lain, amalan biasa adalah untuk menempatkan kanak-kanak berdasarkan kumpulan umur mereka, tetapi di Dripping Colours, murid-murid ditempatkan mengikut kemampuan masing-masing.
Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.
“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. "Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal."
Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Klang Valley, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.
Little Bell Wonderland, Kepong, yang diasaskan oleh Puan Grace Chang pada tahun 2016, ialah prasekolah untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun yang menggabungkan permainan dengan akademik bagi memastikan kesiapan ke sekolah rendah, terutamanya SJKC. Kini berpindah ke premis baharu yang lebih luas dengan tujuh bilik darjah, taman permainan luar berbumbung dan mini taman herba, pusat ini menyediakan ruang yang selesa, selamat dan bersih untuk kanak-kanak belajar serta meneroka. Dengan kurikulum gabungan Montessori untuk anak kecil dan KSPK untuk yang lebih besar, termasuk STEM, robotik dan pengkodan, pembelajaran disampaikan secara kreatif oleh guru-guru bertauliah dan bersemangat. Ibu bapa menikmati komunikasi terbuka serta laporan perkembangan berkala, manakala kanak-kanak mendapat manfaat daripada makanan berkhasiat yang dimasak sendiri, aktiviti menyeronokkan, serta acara yang memupuk keyakinan, kemerdekaan dan kegembiraan dalam pembelajaran.
Sejak 2005, Morning Star Kindergarten telah membimbing kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun dengan falsafah “Transcending Boundaries.” Kurikulum holistik berasaskan tema ini menggabungkan bahasa, sains, seni dan pendidikan jasmani, manakala persekitaran trilingual dan aktiviti STEAM praktikal memupuk rasa ingin tahu, kreativiti dan pemikiran kritis. Pengalaman dunia sebenar seperti lawatan ke zoo dan aktiviti membeli-belah membina sikap berdikari dan kemahiran hidup, manakala kaedah Montessori serta pembinaan keyakinan secara bertahap membantu kanak-kanak berkembang dengan berani. Dengan penekanan kepada keselamatan, kebersihan dan komunikasi rapat bersama ibu bapa, Morning Star bukan sekadar sekolah, ia adalah asas kukuh untuk kehidupan, melahirkan pelajar yakin, berkemampuan dan bersedia menghadapi masa depan.
Ditubuhkan pada tahun 2005, Tadika Morning Star, Kepong memupuk perkembangan holistik kanak-kanak melalui pendekatan pelajaran tematik yang merangkumi bidang pelajaran seperti Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin, dan Matematik.
Kaedah ini mengalakkan pembelajaran secara hands-on dan dunia sebenar, memupuk kreativiti, daya pemikiran kritis, dan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun. Tadika ini menekankan pendidikan S.T.E.A.M, pelajaran bahasa secara imersif, dan aktiviti pembinaan watak. Untuk kanak-kanak yang lebih muda, elemen Montessori turut diterapkan dalam pembelajaran mereka bagi membina keyakinan diri dan daya motor yang kuat. Matlamat sekolah adalah untuk memastikan murid-muridnya kental dari segi emosi dan mampu berfikir secara kritis supaya mereka boleh berjaya dalam abad ke-21 ini.
Memetik inspirasi dari teori Howard Garner iaitu kepelbagaian kecerdasan, MRC Kids Bandar Sri Damansara memberi tumpuan kepada pendekatan perkembangan minda secara menyeluruh, dari segi sosial, emosi, dan juga fizikal. Di sini, kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dapat belajar dalam persekitaran yang memupuk kemahiran bahasa dan matematik serta kreativiti dan peribadi mereka. Bilik-bilik darjah dihias dengan warna yang cerah dan menarik, manakala bahan-bahan pembelajaran pula menjadikan aktiviti belajar lebih menyeronokkan. Ruang permainan interaktif mengalakkan kanak-kanak untuk bermain dan belajar bersama rakan-rakan, sekaligus membina keyakinan diri dan kemahiran sosial mereka. Setiap pusat MRC Kids dibimbing oleh guru-guru yang berdedikasi yang benar-benar telus dalam misi mereka untuk membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam pendidikan awal mereka.
Memetik inspirasi dari teori Howard Garner iaitu kepelbagaian kecerdasan, MRC Kids Jinjang Selatan memberi tumpuan kepada pendekatan perkembangan minda secara menyeluruh, dari segi sosial, emosi, dan juga fizikal. Di sini, kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun dapat belajar dalam persekitaran yang memupuk kemahiran bahasa dan matematik serta kreativiti dan peribadi mereka. Bilik-bilik darjah dihias dengan warna yang cerah dan menarik, manakala bahan-bahan pembelajaran pula menjadikan aktiviti belajar lebih menyeronokkan. Ruang permainan interaktif mengalakkan kanak-kanak untuk bermain dan belajar bersama rakan-rakan, sekaligus membina keyakinan diri dan kemahiran sosial mereka. Setiap pusat MRC Kids dibimbing oleh guru-guru yang berdedikasi yang benar-benar telus dalam misi mereka untuk membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam pendidikan awal mereka.
Memetik inspirasi dari teori Howard Garner iaitu kepelbagaian kecerdasan, MRC Kids Taman Ehsan Kepong memberi tumpuan kepada pendekatan perkembangan minda secara menyeluruh, dari segi sosial, emosi, dan juga fizikal. Di sini, kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun dapat belajar dalam persekitaran yang memupuk kemahiran bahasa dan matematik serta kreativiti dan peribadi mereka. Bilik-bilik darjah dihias dengan warna yang cerah dan menarik, manakala bahan-bahan pembelajaran pula menjadikan aktiviti belajar lebih menyeronokkan. Ruang permainan interaktif mengalakkan kanak-kanak untuk bermain dan belajar bersama rakan-rakan, sekaligus membina keyakinan diri dan kemahiran sosial mereka. Setiap pusat MRC Kids dibimbing oleh guru-guru yang berdedikasi yang benar-benar telus dalam misi mereka untuk membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam pendidikan awal mereka.
New Sun Moon (NSM) menawarkan program berpadanan umur yang menyeronokkan bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Sambil mengambil kira bahawa bermain seumpama tugas penting kanak-kanak, NSM melibatkan kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun dalam aktiviti-aktiviti yang menarik minat supaya dapat membina perkembangan mental dan fizikal mereka. Kurikulum ini tertumpu kepada pembangunan kemahiran dan bakat, berserta kemahiran motor kasar dan halus kanak-kanak. Ibu bapa dapat memerhatikan anak mereka masing-masing dapat memperoleh kemahiran hidup yang penting sambil meningkatkan keyakinan diri mereka. Bagi kanak-kanak berumur 6 tahun, NSM memastikan persediaan yang teliti untuk kemasukan mereka ke sekolah rendah, dengan pendedahan akademik berkualiti tinggi dalam mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Mandarin dan pendidikan Moral. NSM amat komited sekali untuk menghasilkan graduan yang berkeyakinan diri, dan bersedia mencapai kejayaan dalam perjalanan persekolahan mereka.
Sekolah antarabangsa ini yang baru berpindah ke kampus mereka sendiri pada September 2019 telah beroperasi menggunakan Kurikulum Nasional British (British National Curriculum) sejak pembukaannya pada tahun 2017. Menerima pelajar semuda 3 tahun, SBIS mampu menjamin anak anda untuk menerima standard pembelajaran tertinggi yang dijangka dari sistem persekolahan British. Rangka akademik mereka terdiri daripada 3 peringkat penting, Reception, Primary dan Secondary. Bahasa Mandarin menjadi matapelajaran wajib untuk setiap peringkat akademik di sekolah ini.
Dengan premis mereka sendiri, SBIS menjamin fasiliti yang disediakan dapat memberi persekitaran yang kondusif untuk sesi pembelajaran. Ruang pembelajaran seperti suit ICT, makmal seni, dewan serbaguna, bilik muzik dan auditorium dilengkapi bahan dan material pengajaran untuk menyokong peluang pembelajaran. Pelbagai jenis aktiviti kokurikulum juga disediakan untuk pelajar mempelajari skil baru.
White Lodge International Preschool di Desa ParkCity ialah sebuah pusat berlesen JKM yang menggabungkan pembelajaran berasaskan permainan dengan bimbingan pakar. Diketuai oleh Pengetua, Puan Eugenia Usmyta, tadika ini memupuk rasa ingin tahu, keyakinan, dan kebaikan melalui kurikulum menyeluruh termasuk Jolly Phonics, aktiviti penemuan praktikal, dan hidangan harian segar. Dengan kerjasama erat bersama ibu bapa, program tambahan menarik, dan pendekatan berteraskan nilai, White Lodge menyediakan persekitaran bertaraf antarabangsa yang hangat di mana kanak-kanak berkembang dari segi akademik, sosial, dan emosi.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.