by on 02/07/2025 21763
Artikel ini telah dikemas kini pada 15 April 2024.
Kajang merupakan bandar terbesar di daerah Hulu Langat, dan terdapat pelbagai pilihan tadika; mencerminkan keperluan penduduk yang berkembang pesat di bandar ini. Kali ini, Kiddy123 mengambil peluang untuk menyenaraikan beberapa tadika pilihan di kawasan ini.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
3Q MRC Bangi merupakan sebuah tadika yang mementingkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dari umur dua hingga enam tahun. Sekolah ini menggunakan sistem 3Q™, sebuah kurikulum kreatif yang berdasarkan konsep belajar sambil bermain, melalui alat-alat belajar yang direka khas untuk perkembangan minda secara menyeluruh. Ini membantu kanak-kanak berkembang dari semua segi, dari daya membuat keputusan, daya penyelesaian masalah, sehinggalah penyelarasan emosi. Para guru memberi perhatian teliti terhadap keperluan setiap anak-anak, dan merangka pelan yang sesuai bagi menyerlahkan keunikan mereka.
Tadika King Apple berdedikasi untuk menyediakan pengalaman pendidikan yang utuh untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun. Kekuatan program ini berdasarkan pendekatan holistik sekolah terhadap pembelajaran.
Bertempat di lot teres yang luas dan dicat dengan warna hijau yang dikenali sebagai warna rasmi sekolah, Apple King melayan setiap kanak-kanak sebagai individu yang matang dan memberi mereka peluang untuk mencapai potensi maksimum dalam persekitaran yang selamat dan merangsangkan.
Dengan motto "Happy students, Relieved parents and Caring teachers", Apple King bangga menawarkan program pendidikan awal kanak-kanak yang sesuai perkembangan kanak-kanak. Program ini berdasarkan kurikulum yang memfokuskan kepada pengetahuan dan pengalaman pembelajaran setiap anak.
Eduwis Hillpark merupakan bukti kecemerlangan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia merupakan tadika berdikari, tanpa denominasi yang direka untuk memberi inspirasi kepada para pelajar untuk mencapai potensi maksima mereka di dalam persekitaran progresif seperti di rumah.
Di setiap sudut tadika terdapat kawasan khusus yang diadakan untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan merangsang keseluruhan pembangunan kanak-kanak iaitu secara intelektual, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Pelajar digalakkan mereka pembelajaran mereka sendiri, dan setiap hari adalah peluang baru untuk pelbagai penemuan dan penerokaan oleh kanak-kanak.
Walaupun program multidisiplin merupakan teras utama tadika ini, Eduwis Hillpark melangkah lebih jauh untuk memastikan kejayaan setiap kanak-kanak jatuh selaras dengan falsafah Eduwis, dan setiap pelajar membesar menjadi pemikir kritis yang kreatif dan fleksible agar mudah menyesuaikan diri dengan dunia yang kian berubah.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.