by Miriam Hedija . on 02/07/2025 ...
3Q MRC Bangi merupakan sebuah tadika yang mementingkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dari umur dua hingga enam tahun. Sekolah ini menggunakan sistem 3Q™, sebuah kurikulum kreatif yang berdasarkan konsep belajar sambil bermain, melalui alat-alat belajar yang direka khas untuk perkembangan minda secara menyeluruh. Ini membantu kanak-kanak berkembang dari semua segi, dari daya membuat keputusan, daya penyelesaian masalah, sehinggalah penyelarasan emosi. Para guru memberi perhatian teliti terhadap keperluan setiap anak-anak, dan merangka pelan yang sesuai bagi menyerlahkan keunikan mereka.
Apple King Kindergarten sentiasa berdedikasi untuk menyediakan pengalaman pendidikan yang utuh untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun. Kekuatan program ini berdasarkan pendekatan holistik sekolah terhadap pembelajaran. Bertempat di lot teres yang luas dan dicat dengan warna hijau yang dikenali sebagai warna rasmi sekolah, Apple King melayan setiap kanak-kanak sebagai individu yang matang dan memberi mereka peluang untuk mencapai potensi maksimum dalam persekitaran yang selamat dan merangsangkan. Dengan motto "Happy students, Relieved parents and Caring teachers", Apple King bangga menawarkan program pendidikan awal kanak-kanak yang sesuai perkembangan kanak-kanak. Program ini berdasarkan kurikulum yang fokus kepada pengetahuan dan pengalaman pembelajaran si kecil.
Eduwis Hillpark merupakan bukti kecemerlangan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia merupakan tadika berdikari, tanpa denominasi yang direka untuk memberi inspirasi kepada para pelajar untuk mencapai potensi maksima mereka di dalam persekitaran progresif seperti di rumah.
Di setiap sudut tadika terdapat kawasan khusus yang diadakan untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan merangsang keseluruhan pembangunan kanak-kanak iaitu secara intelektual, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Pelajar digalakkan mereka pembelajaran mereka sendiri, dan setiap hari adalah peluang baru untuk pelbagai penemuan dan penerokaan oleh kanak-kanak.
Walaupun program multidisiplin merupakan teras utama tadika ini, Eduwis Hillpark melangkah lebih jauh untuk memastikan kejayaan setiap kanak-kanak jatuh selaras dengan falsafah Eduwis, dan setiap pelajar membesar menjadi pemikir kritis yang kreatif dan fleksible agar mudah menyesuaikan diri dengan dunia yang kian berubah.
MyGenius Kindergarten Eco Majestic, Semenyih merupakan tadika berasaskan Bahasa Mandarin untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, yang direka khas bagi menyediakan mereka ke arah kemasukan ke sekolah rendah Cina dengan yakin dan lancar. Selari dengan KP 2026 dan berpandukan lima fokus utama MyGenius, program ini mengimbangi asas kukuh tiga bahasa, pembelajaran berasaskan pengalaman dan tema, pembinaan sahsiah serta nilai murni, kemahiran hidup dan sosial, serta perkembangan fizikal yang menyeluruh. Dengan sokongan guru berkelayakan dan penyayang, kemudahan pembelajaran moden, serta persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak, murid dibimbing untuk membesar sebagai pelajar yang yakin, berdikari, ceria dan mencintai proses pembelajaran.
Smart Sprouts Kidhub di Eco Majestic, Semenyih menawarkan program prasekolah, penjagaan harian, dan tuisyen untuk kanak-kanak dari usia18 bulan hingga 17 tahun. Pusat ini beroperasi sepanjang tahun, termasuk cuti sekolah, dan membekalkan makanan harian sserta perkhidmatan pengangkutan dari dan ke sekolah. Program prasekolahnya menggabungkan kaedah pendidikan Montessori dan juga sistem dari Finland, di samping memastikan kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina. Pusat ini juga membekalkan sokongan akademik yang padu melalui sesi bimbingan kerja rumah dan ulang kaji berdasarkan sukatan pembelajaran kebangsaan, atau IGCSE. Matlamat dan visi pusat ini adalah untuk mewujudkan suasana yang mesra dan selesa, bagi menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik.
Strawberry Wonderland ialah tempat di mana kanak-kanak diberi peluang untuk membina diri mereka yang unik dan menerima pendidikan awal yang ulung. Kurikulum sekolah direka khas untuk membekalkan murid-murid dengan asas yang kukuh untuk ke alam sekolah rendah. Guru-guru di sini memberi tumpuan kepada: literasi, numerasi, sains, seni, muzik, dan kemahiran diri, perkembangan bahasa, perkembangan otak, membina peribadi dan nilai-nilai moral yang murni.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.
No. 1 Malaysia Early Childhood Directory. We help parents to find preschools, enrichment programs, and more!