by Kiddy123.com . on 11/03/2026 ...
CIC Casa Kayangan, Meru Ipoh merupakan pilihan yang bernas untuk ibubapa dan keluarga di Ipoh yang ingin mencari program pendidikan awal yang holistik bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun, yang berteraskan nilai-nilai Islam. Terletak di sebuah bangunan komersial, pusat ini lengkap dengan bilik-bilik darjah yang ceria dan terang, pameran dan bahan-bahan pelajaran yang interaktif, serta kemudahan yang lain untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat 18 program yang ditawarkan yang bertumpukan bidang pelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal – disokong oleh pelbagai aktiviti praktikal untukj membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
Terletak di kawasan hijau yang tenang di Ipoh, Kinderland Ipoh menawarkan pengalaman prasekolah holistik, trilingual dan berpusatkan kanak-kanak di bawah Kumpulan Pendidikan Crestar yang dipercayai. Dipimpin oleh pendidik berpengalaman, Pn. Puvanes, sekolah ini menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyeronokkan di mana kanak-kanak belajar melalui bermain, penerokaan dan kreativiti. Dengan kurikulum Kinderland dari Singapura, makanan berkhasiat yang dimasak di pusat, langkah keselamatan menyeluruh dan guru yang berdedikasi, Kinderland Ipoh membentuk pelajar yang yakin diri, penyayang dan ingin tahu. Ibu bapa menghargai suasana mesra seperti di rumah, komunikasi terbuka serta aktiviti pengayaan - daripada muzik dan kecergasan hingga lawatan sambil belajar dan sambutan perayaan - yang menjadikan setiap kanak-kanak berasa gembira, selamat dan bersedia untuk masa depan.
Tadika KinderJoy, Ipoh telah mendidik ribuan minda muda sejak tahun 1996, dan menawarkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang ideal untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 6 tahun. Programnya yang unik iaitu The Genius Mind menerapkan aspek seperti literasi awal dalam tiga bahasa, STEM, Pendidikan moral, Pendidikan fizikal, dan juga muzik. Pembelajaran dikendalikan berasaskan tema, menjadikan setiap kelas lebih imersif. KinderJoy menekankan aspek perkembangan holistk melalui pendekatan yang berasaskan aktiviti, permainan berasaskan konsep cabaran, dan pembentukan peribadi kanak-kanak. Dengan guru-guru yang berdedikasi, penglibatan ibubapa yang aktif, serta aktiviti penggayaan seperti Taekwondo dan kelas seni, Tadika KinderJoy memastikan kanak-kanak sedia menghadapi cabaran alam persekolahan rendah, dari segi akademik mahupun sosial.
Tiny-Tots Montessori Centre (TTMC), Ipoh berpengalaman selama 47 tahun dalam menyediakan kanak-kanak prasekolah berumur 2 hingga 6 tahun dengan pengalaman pembelajaran awal yang memupuk pertumbuhan holistik. Pusat ini mempunyai dua premis dan terletak di Ipoh Garden South, dalam persekitaran yang tenang dan selamat di mana setiap kanak-kanak berasa dialu-alukan. Selama bertahun-tahun, ia diterima baik oleh ibu bapa dalam komuniti setempat dan kanak-kanak bersetuju bahawa ia adalah tempat yang sangat menggembirakan.
Diilhamkan oleh keindahan pendidikan Montessori, TTMC menerima setiap kanak-kanak sebagai individu yang berkembang mengikut rentak mereka sendiri. Oleh itu, saiz kelas dikekalkan kecil, dengan kira-kira 5 hingga 8 pelajar setiap kelas, untuk membolehkan kanak-kanak mendapat perhatian peribadi yang mereka perlukan pada usia yang begitu muda. Guru di TTMC menggalakkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain dan menyeronokkan! Sama ada kanak-kanak belajar bahasa atau Sains, mereka melakukannya melalui pelbagai aktiviti yang interaktif dan melibatkan semua deria mereka. Ini secara semula jadi membuatkan mereka seronok dan suka belajar. Sambil menjadikan pembelajaran menyeronokkan, pusat ini juga memberi tumpuan yang sama untuk membina asas kemahiran akademik yang kukuh supaya kanak-kanak akan mengalami peralihan yang lancar ke sekolah rendah pada kemudian hari.