UCSI International School, Port Dickson
Kiddy123 Frame
Small Wonder Malaysia
The children's house
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)

Tadika dan Prasekolah Terbaik di Ipoh, Perak

by on 21/01/2020 35645

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 14 Disember 2023.

Ipoh merupakan bandar bersejarah yang kaya dengan warisan dan budaya dan tidak juga kurang dari menjadi hab pendidikan awal kanak-kanak di utara tanahair. Kami di Kiddy123 telah berjaya memilih beberapa prasekolah terbaik untuk rujukan ibu bapa di bandar ini.

Artikel ini merupakan kesinambungan siri Tadika dan Prasekolah Terbaik pilihan kami dan akan menyenaraikan beberapa buah tadika dan prasekolah di Ipoh untuk rujukan ibu bapa agar lebih mudah membuat pilihan sekolah terbaik buat anak-anak.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


Di dalam prasekolah yang luas dan bersih ini, kanak-kanak diajar menggunakan program 3Q™ yang telah diteliti dengan baik. Program ini telah terbukti holistic, menarik dan menyeronokkan. Melalui program pembelajaran dalam talian mereka, pelajar boleh mengakses portal melalui ID khas dan pembelajaran boleh dilakukan di rumah mengikut bab-bab tertentu, membolehkan mereka bersedia untuk pelajaran hari berikutnya serta berinteraksi dan mengeratkan hubungan bersama ibu bapa menggunakan platform tersebut.

Guru di tadika ini diberikan latihan di bawah program latihan 3Q dan kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Anda bukan dari Ipoh? Jangan risau, 3Q MRC Junior Mengelembu mempunyai tujuh pusat sekitar Perak.

 

Baca Selanjutnya

3Q MRC Junior Menglembu Ipoh (Tadika Junior Mahir)

No. 20, Persiaran Rishah (S), 1/9, Desa Rishah, Ipoh, Perak 30100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia bawah tiga tahun selalu menimbang-nimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke prasekolah atau tidak. 3Q MRC Junior, Kampar Ipoh ialah tempat untuk memberikan kanak-kanak sebuah permulaan yang sempurna. Kanak-kanak memperoleh banyak manfaat apabila bersekolah di sini. Mereka didedahkan kepada huruf, perkataan, angka, warna, bentuk dan banyak lagi. Paling penting, mereka belajar untuk berkongsi dan bekerjasama dengan yang lain pada usia muda, sementara mereka belajar cara mengawal emosi mereka. Ramai pelajar terdahulu dari tadika ini memasuki sekolah rendah dengan konsep matematik asas yang lebih kukuh, kemahiran pra-membaca yang lebih kaya dan kemahiran sosioemosi yang lebih baik berbanding rakan sebaya dari sekolah lain. Semua ini ialah hasil daripada sistem pendidikan 3Q yang mantap penyelidikannya dan telah terbukti.

3Q memberikan banyak peluang yang disesuaikan ke arah pencarian bakat dalam kalangan kanak-kanak. Ini menjadikan perjalanan pendidikan lebih bermakna kerana dunia di luar sana memerlukan lebih daripada sekadar gred untuk berjaya tetapi juga orang yang kreatif, yakin dan boleh menyatakan pendapatnya dengan baik.

Baca Selanjutnya

3Q MRC Kampar (Tadika Junior Pintar)

No. 136, Jalan Perak 23, Taman Bandar Baru, Kampar, Perak 31900
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sebagai sebuah cawangan tadika yang digemari ramai dan terkenal di Malaysia, The Big Apple First Garden, Ipoh berusaha untuk menyediakan pelajarnya supaya menjadi pengubah dunia kelak. Apakah sebabnya Big Apple First Garden begitu popular dalam kalangan keluarga di Ipoh? Pertama sekali, pendekatan pengajarannya benar-benar relevan dengan keperluan pendidikan awal zaman moden ini. Ia terkini, berteknologi tinggi, dan juga mampu menambahkan elemen keseronokan kepada pembelajaran. Guru-guru Big Apple sentiasa bersikap profesional dan cenderung untuk meningkatkan kemahiran mengajar mereka sambil mempraktikkan kaedah pengajaran baru dari masa ke semasa. Untuk si kecil, Big Apple menawarkan asas kukuh yang diperlukan sebagai persediaan untuk perjalanan pendidikan yang menyeronokkan melalui kaedah bermain dan juga praktikal. 

Baca Selanjutnya

Big Apple First Garden, Ipoh

No. 2 & 4, Persiaran Bekor 2, Taman Pertama, Ipoh, Perak 30100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Di dalam sebuah kondominium yang dijaga dengan selamat terdapat Tadika Big Apple Ipoh Kiara, yang bersedia menyambut kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun. Sekolah ini, sama seperti francais Big Apple yang lain, didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan dan menggunakan silibus dan buku mereka yang dirumus khas untuk perkembangan anak yang sihat. Pendekatan pembelajaran tematik digunakan di sekolah ini untuk memastikan anak-anak kekal aktif dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti Muzik, STEAM, Seni & Kraf, Little Kitchen, bermain pasir, dan bermain air. Aktiviti berskala besar yang menarik sering diadakan di sekolah seperti graduasi, hari sukan, Hari Usahawan Muda, dan upacara graduasi Cambridge English, yang menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka.

Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan bertaraf dunia untuk persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ruang e-pembelajaran, rumah hijau, dapur khusus untuk aktiviti Little Kitchen, dan gimnasium luaran direka khusus dan bersaiz kanak-kanak untuk memastikan akses mudah. Big Apple berharap agar anak-anak mereka yang keluar dari pintu mereka berjaya di sekolah dan dalam kehidupan.

 

Baca Selanjutnya

Big Apple Ipoh Kiara, Ipoh

Ipoh Kiara Condo, Lebuh Bercham Selatan, Ipoh, Perak 31400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Berdiri bangga sebagai salah satu cawangan tadika yang terkenal di negara, Big Apple Kinta RiverFront telah menikmati pujian daripada ibu bapa yang berpuas hati dengan anak-anak mereka yang bersekolah ke sini. Pasukan gurunya bersemangat, tambahan pula, tadika tersebut telah mengalami penambahbaikan dan juga beberapa ciri-ciri baru, yang menjadikannya tajuk perbualan ramai di Ipoh.

Antara penambahbaikan yang ketara di Big Apple ialah Program Young Speakers (atau Penceramah Muda), yang mengajar dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyuarakan diri masing-masing dengan yakin. Kursus Cambridge English Young Learners dan studio seni adalah peningkatan lain yang sangat bermanfaat di tadika Big Apple. 

Baca Selanjutnya

Big Apple Kinta Riverfront, Ipoh

No. 81, Jalan Istana, Taman Istana, Ipoh, Perak 30000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sejak penubuhannya 25 tahun yang lalu Big Apple Pengkalan, Ipoh Berjaya mendapat kepercayaan kukuh dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang komprehensif untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 6 tahun. Prasekolah ini bertujuan untuk menyediakan tempat khas untuk menerapkan asas akademik yang kukuh dan membantu kanak-kanak mengembangkan perasaan cinta terhadap belajar dalam persekitaran yang penyayang dan selamat. Ini yang ingin dicerminkan melalui falsafah pendidikan sekolah iaitu untuk menginspirasi dan memupuk pemikiran anak muda.

Kepelbagaian dilihat sebagai kekuatan dan saiz sekolah ini membolehkan program kokurikulum yang baik dijalankan. Sekolah ini menawarkan kurikulum seimbang yang fokus pada akademik, memberi ruang dan peluang untuk aktiviti bersukan dan kepelbagaian aktiviti pengayaan. Konteks pembelajaran disepadukan dengan seni, muzik dan pergerakan, kegiatan air, kelas memasak, berkebun, pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan street chalk drawing.

Di Big Apple Pengkalan, Ipoh, perhatian diberikan kepada profil pembelajaran setiap pelajar, membina kekuatan mereka, mengasah bakat dan kemahiran mereka yang unik, dan memberi sokongan kepada pertumbuhan kanak-kanak. Sekolah ini akan terus mengembang di Lembah Klang sambil berusaha untuk menjadi lebih baik dan berbeza dari prasekolah lain.

 

Baca Selanjutnya

Big Apple Pengkalan - Main Centre, Ipoh

Pengkalan Emas Mall, Jalan Pasir Puteh, Ipoh, Perak 31650
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Big Apple mempunyai sukatan pelajaran sendiri, serta buku-buku keluaran sendiri yang mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan untuk Kurikulum Prasekolah. Memandangkan misi Big Apple adalah untuk 'Menginspirasi dan Memupuk Minda Muda', pelajar dibimbing melalui pendidikan yang melangkaui pembelajaran bilik darjah, di mana bermain mempunyai peranan yang tersendiri dalam pengalaman pembelajaran mereka.

Walaupun Tadika Big Apple telah wujud sejak tahun 1993 di Malaysia, ini tidak bermaksud bahawa kurikulum atau programnya sudah lapuk! Sebaliknya, para pelajar di sini didedahkan dengan pengajaran/pembelajaran moden berprojektor, serta penggunaan komputer! Teknologi terkini digunakan dengan sepenuhnya untuk kebaikan para pelajar. Bagi pelajar berusia 4, 5 dan 6 tahun, seperti yang dimaklumkan oleh Cik Wong, Big Apple juga menawarkan program "Guru Panda" yang dihasilkan sendiri. 

Baca Selanjutnya

Big Apple Tiger Lane, Ipoh

No. 22 - 22A, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak 31400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


KinderJoy menawarkan program Comprehensive Thematic Learning kepada kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 6 tahun, yang telah direka mengikut garis panduan yang disediakan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia.

Demi memenuhi keperluan era globalisasi, kelas di KinderJoy memberi perhatian menyiapkan setiap kanak-kanak dengan kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kemahiran seperti pemikiran kritikal (critical thinking), penyelesaian masalah (problem solving), kreativiti, pemikiran yang inkuisitif dan imaginatif, kemahiran berkomunikasi, semangat kerjasama dan banyak lagi adalah penting.

Di sekolah ini, terdapat bidang pembelajaran pelbagai guna, kawasan yang dikhaskan untuk aktiviti sains dan tempat untuk kanak-kanak belajar dan menjalankan aktiviti secara berdikari. Dengan rekod prestasi yang terbukti, KinderJoy telah menghasilkan ramai alumni yang berjaya dan ingin terus melakukannya di tahun-tahun yang mendatang.

 

Baca Selanjutnya

Tadika KinderJoy, Ipoh

No. 221, Jalan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak 30250
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tiny-Tots Montessori Centre (TTMC), Ipoh berpengalaman selama 47 tahun dalam menyediakan kanak-kanak prasekolah berumur 2 hingga 6 tahun dengan pengalaman pembelajaran awal yang memupuk pertumbuhan holistik. Pusat ini mempunyai dua premis dan terletak di Ipoh Garden South, dalam persekitaran yang tenang dan selamat di mana setiap kanak-kanak berasa dialu-alukan. Selama bertahun-tahun, ia diterima baik oleh ibu bapa dalam komuniti setempat dan kanak-kanak bersetuju bahawa ia adalah tempat yang sangat menggembirakan.

Diilhamkan oleh keindahan pendidikan Montessori, TTMC menerima setiap kanak-kanak sebagai individu yang berkembang mengikut rentak mereka sendiri. Oleh itu, saiz kelas dikekalkan kecil, dengan kira-kira 5 hingga 8 pelajar setiap kelas, untuk membolehkan kanak-kanak mendapat perhatian peribadi yang mereka perlukan pada usia yang begitu muda. Guru di TTMC menggalakkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain dan menyeronokkan! Sama ada kanak-kanak belajar bahasa atau Sains, mereka melakukannya melalui pelbagai aktiviti yang interaktif dan melibatkan semua deria mereka. Ini secara semula jadi membuatkan mereka seronok dan suka belajar. Sambil menjadikan pembelajaran menyeronokkan, pusat ini juga memberi tumpuan yang sama untuk membina asas kemahiran akademik yang kukuh supaya kanak-kanak akan mengalami peralihan yang lancar ke sekolah rendah pada kemudian hari.

Baca Selanjutnya

Tiny-Tots Montessori Centre, Ipoh

No. 62 & 64, Tingkat Taman Ipoh 6, Ipoh Garden South Ipoh, Perak 31400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.