Kiddy123 Frame
Little Mandarin House, Bangsar Park, Bangsar
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
Small Wonder Malaysia
The children's house

Tadika dan Prasekolah Terbaik di Kota Damansara, Selangor

by on 08/01/2024 18229

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 19 Mac 2025. 

 

Pengembaraan Kiddy123 dalam meninjau prasekolah telah membawa kami ke Kota Damansara (& Damansara Perdana), Selangor. Pinggiran bandar yang berpenduduk padat ini berkembang dengan pelbagai pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Juga dikenali sebagai Segitiga Emas Petaling Jaya, ibu bapa pasti keliru dengan pelbagai dengan pilihan prasekolah dan mencari yang sesuai dengan keperluan ibu bapa dan anak. Berikut adalah beberapa prasekolah di kawasan ini yang dikenali untuk menawarkan program-program yang menarik untuk si kecil.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.

Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Tropicana-Ara Damansara ,  Tadika dan Prasekolah Terbaik di Damansara Heights


Casa Bambini Early Childcare Centre, Kota Damansara, terletak di Sunway Nexis - hab komersial di sebelah stesen MRT Surian. Beroperasi sejak 2018, mereka menyediakan perkhidmatan penjagaan anak untuk anak-anak berumur 2 bulan hingga 4 tahun.

Dengan menggunakan kurikulum holistik memberi tumpuan kepada bidang seperti kemahiran sosial, numerasi, pengembangan bahasa, seni, dan sains, pusat ini ingin mewujudkan persekitaran pengasuhan di mana anak-anak dapat membesar dengan penuh keyakinan diri. Mereka juga menyediakan menu berkhasiat untuk anak kecil.

Pusat penjagaan anak ini mengutamakan komunikasi terbuka, konsisten, dan jujur dengan ibu bapa — mewujudkan hubungan yang kukuh antara anak, keluarga dan guru.

 

Baca Selanjutnya

Casa Bambini Early Childcare Centre, Sunway Nexis

C-01-09, Jalan PJU 5/1, Sunway Nexis, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47810
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Choo Choo Train Baby & Childcare Center (CCT) adalah jenama awal kanak-kanak terkenal yang sangat disyorkan oleh ibu bapa kerana sistem pengurusan yang bagus dan dedikasi mereka dalam menyediakan penjagaan dan pendidikan anak yang berkualiti. CCT mengendalikan lapan pusat di Lembah Klang dengan yang terbaru terletak di Sunway Nexis. Pusat ini menawarkan kemudahan yang dipercayai oleh ibu bapa dengan pilihan drop-off awal dan pick-up lewat, serta zon drop-off yang terlindung di bahagian depan pusat.

Semua pusat jagaan kanak-kanak CCT berlesen dan mematuhi prosedur operasi standard yang ketat. Pemeriksaan berkala dilakukan untuk memastikan setiap kemudahan memenuhi kehendak prosedur operasi. Pelatih yang diperakui secara konsisten menanamkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang utama pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti.

Walaupun perkhidmatan penjagaan anak CCT dilaksanakan dengan cara yang selamat, mereka sama-sama menghargai pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna melalui persekitaran yang kondusif, sesuai untuk kanak-kanak di bawah usia empat tahun. Bahagian dalamannya menggambarkan suasana gembira yang menimbulkan keseronokkan dalam pembelajaran. Kakitangan terpuji memberi anak-anak kasih sayang dan pengetahuan untuk menyokong pertumbuhan mereka dari hari ke hari.

 

Baca Selanjutnya

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Sunway Nexis

A-GF-06, Sunway Nexis, No. 1, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47810
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terletak di Sunway Giza, Choo Choo Train Kindergarten menawarkan kurikulum diperkaya seni yang unik, yang bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak untuk menjadi petah, kreatif dan yakin dan bersedia untuk menjadi pemikir dan penyelesai masalah di masa hadapan. Kurikulum yang diperkaya seni menggunakan muzik, drama, kraf dan bentuk seni lain untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan fokus. Apabila pembelajaran disampaikan dalam cara yang menyeronokkan dan kreatif, kanak-kanak akan kurang berasa cemas, tertekan dan stress, dan sudah tentu akan menyukai sesi persekolahan setiap hari!

Subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin, Matematik, Sains, Pendidikan Sosial, Seni & Kraf, Seni Persembahan dan Muzik diintegrasikan dengan tujuan dalam jadual pembelajaran harian. Kerja sekolah adalah minimum dan tiada peperiksaan untuk kanak-kanak; guru-guru sebaliknya akan menilai kemajuan dan perkembangan melalui pemerhatian secara berterusan. Alumni Choo Choo Train Arts-Enhanced Kindergarten akan memenuhi pencapaian perkembangan yang sesuai dengan umur mereka dan juga keperluan sekolah rendah kebangsaan dan antarabangsa.

Baca Selanjutnya

Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)

A-15-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47810
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Di My Little World, Kota Damansara, “Play, Learn, Grow” bukan sekadar slogan – ia adalah misi sekolah untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak seawal usia 4 bulan agar mencapai potensi penuh mereka melalui kurikulum yang kaya dan pelbagai. Para guru di sini berusaha untuk menghidupkan pendidikan dengan memberi peluang kepada si kecil meneroka dunia – justeru nama My Little World – dalam persekitaran yang selamat dan menyokong. Ia telah menjadi rumah kedua yang amat mereka kasihi. My Little World, Kota Damansara terletak dekat dengan Taman Tasik Cecawi. Ia ini menawarkan keseimbangan di antara persekitaran dalaman dan luaran, dan ia dikelilingi oleh alam flora dan fauna. Ruang luarannya menampilkan bilik darjah terbuka, taman permainan, kawasan pasir yang luas, busy boards untuk aktiviti deria luar, serta pelbagai kawasan semula jadi untuk kanak-kanak belajar sambil berseronok.

Baca Selanjutnya

My Little World Preschool, Kota Damansara

No. 58, Jalan Sepah Puteri 5/2, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47810
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kanak-kanak yang gembira terbukti lebih sihat dan dapat belajar dengan lebih baik – falsafah ini merupakan tunjang utama program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Years) di Sekolah Antarabangsa Sri KDU, Kota Damansara. Sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2022, program ini telah membekalkan kanak-kanak dari usia 3 hingga 5 tahun dengan permulaan yang bagus dalam perkembangan dan pembelajaran mereka, berkat kurikulum dinamik Early Years Foundation Stage (EYFS) mereka. Kurikulum ini yang bertumpukan tujuh bidang pembelajaran, termasuklah komunikasi dan bahasa, perkembangan fizikal, literasi, dan matematik, mengalakkan kanak-kanak supaya berdikari dalam pelajaran mereka sendiri. Selain akademik, sekolah turut memupuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh melalui nilai-nilai seperti tanggungjawab, empati, dan perasaan bangga terhadap pencapaian diri. Terdapat lebih kurang 150 aktiviti kokurikulum yang membolehkan kanak-kanak belajar di luar bilik darjah dan meneroka minat masing-masing, seperti sukan atau aktiviti sulaman.

Baca Selanjutnya

Choo Choo Train Kindergarten, Sunway Giza (Kota Damansara)

A-15-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47810
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika & Taska Kidana adalah pusat jagaan harian serta pengayaan kanak-kanak berumur 3-10 tahun. Dijalankan oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Mama Yati dan dua anak perempuannya, Kidana adalah pusat sehenti di mana perkembangan dan kesejahteraan anak-anak dijaga dengan baik. Walaupun menyediakan program yang sangat khusus untuk kanak-kanak berumur 3-10 tahun, Kidana menyampaikan pelajaran melalui pembelajaran berasaskan permainan tematik dan menyeronokkan, yang bermaksud kanak-kanak akan belajar melalui projek bermain berdasarkan tema tertentu seperti Sains, Kemahiran Hidup, Matematik, Seni dan Kraf , Literasi dan Pergerakan Fizikal!

Keistimewaan utama di Kidana adalah Program Kesediaan Sekolah RMT yang dilatih secara profesional dan Program MBL Brain Gym (atau urut otak yang mereka namakan)! Ini adalah program yang sangat unik yang merangsang dan menghubungkan otak dan badan bagi meningkatkan keupayaan pemikiran kritikal dan penyerapan belajar! Mereka juga mempunyai sesi satu-sama-satu untuk kanak-kanak yang memerlukan perhatian yang lebih.

Sementara itu, untuk penjagaan selepas sekolah, kanak-kanak akan diberi makan tengah hari dan diberi bimbingan kerja rumah atau sesi aktiviti berpandukan seperti pembelajaran Al-Quran, latihan literasi Bahasa Inggeris dan BM. Kelas bahasa Mandarin untuk kanak-kanak turut disediakan!

 

Baca Selanjutnya

Tadika & Taska Kidana, Kota Damansara

No. 20, 22, 22A, Level G & Level 1, Jalan PJU5/22, The Strand Kota Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47810
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.