by Miriam Hedija . on 02/03/2026 ...
Artikel ini telah dikemas kini pada 3 Mac 2026.
Terletak di timur Kuala Lumpur, Cheras adalah bandar yang sangat padat. Kami telah melawat beberapa prasekolah terpilih di kawasan ini untuk memudahkan ibu bapa menyenarai pendek prasekolah yang terbaik buat anak-anak mereka.Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Sekolah ini percaya bahawa bermain, pergerakan fizikal dan penerokaan bakat penting untuk perkembangan optimum kanak-kanak. Falsafah dan matlamat sekolah ini ditujukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan pemikiran mereka dan mengasah kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.
Sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre, CIC Alam Damai, Cheras menawarkan pengalaman pembelajaran yang holistik untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun yang beteraskan pendidikan moden dan nilai-nilai Islam. Premis sekolah mempunyai reka bentuk yang cantik dengan warna dominan putih dan hijau, dan juga perabot kayu sesuai dengan ketinggian kanak-kanak. Kurikulum pula merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
CurioTots, Cheras, merupakan prasekolah pertama di Malaysia berinspirasi AI yang memberi anak-anak permulaan awal dalam akademik dan literasi digital. Dengan menggunakan AI sebagai alat kreativiti seperti menganimasikan lukisan dan bercerita, sekolah ini memupuk rasa ingin tahu sambil mempersiapkan mereka menghadapi dunia masa depan. Kurikulumnya seimbang antara pembelajaran berasaskan permainan, persediaan akademik (termasuk Cambridge English), kemahiran digital, dan kemahiran hidup penting. Semua aktiviti pengayaan sudah termasuk tanpa bayaran tambahan, disokong oleh guru bertauliah, nisbah murid rendah, serta latihan berkala. Dengan fasiliti dipantau CCTV, makanan sihat dimasak sendiri, dan kemas kini harian melalui aplikasi Oodlins, CurioTots menjadi pilihan prasekolah yang inovatif, telus, dan berpandangan jauh.
De JowiTop Preschool di Cheras Perdana merupakan sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak berteraskan kanak-kanak yang diasaskan dan diterajui oleh pengetua berpengalaman dengan latar belakang kukuh dalam pendidikan awal kanak-kanak dan psikologi. Berpandukan falsafah “Education for Real”, prasekolah ini menekankan pembelajaran secara hands-on, saiz kelas kecil, serta bimbingan peribadi bagi menyokong perkembangan akademik, emosi dan sosial setiap kanak-kanak. Dengan kurikulum yang seimbang, penekanan terhadap kesejahteraan emosi serta kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah, De JowiTop membentuk kanak-kanak yang yakin, ingin tahu dan bersedia melangkah ke alam sekolah rendah.
Kingsbee Preschool, Taman Midah, menawarkan pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak yang unik - terhasil daripada pengalaman 15 tahun dalam bidang ini dan maklumbalas serta kemahuan dan keperluan keluarga berkerjaya untuk anak-anak mereka. Di Kingsbee, guru-guru sedia maklum bahawa zaman kanak-kanak amat bernilai. Mereka percaya bahawa menyediakan persekitaran dan pengalaman yang memberi kegembiraan dalam kehidupan si kecil, memupuk perkembangan dan tumbesaran peribadi setiap kanak-kanak dan menempa kejayaan mereka di sekolah dan kehidupan di masa akan datang merupakan tanggungjawab kita.
Purple Dragon Early Years ialah prasekolah di Bandar Mahkota Cheras. Pusat ini menawarkan kurikulum unik yang berasaskan sistem HEI Schools dari Finland yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, serta digabungkan dengan ciri-ciri EYFS dari UK, piawaian JKM Malaysia, dan pembelajaran dwibahasa dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin. Dengan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan, Purple Dragon menekankan pembangunan menyeluruh — membimbing kanak-kanak bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga sosial dan emosi. Prasekolah ini disokong oleh pendidik yang berdedikasi dan terlatih serta persekitaran yang direka khas. Purple Dragon Early Years berdedikasi melahirkan pelajar yang yakin, ingin tahu dan berdaya tahan, bersedia menghadapi alam persekolahan dan kehidupan di masa depan.
Tadika Seri Soka, Cheras ialah sebuah prasekolah unik yang berasaskan falsafah humanistik Soka Gakkai, dengan fokus melahirkan kanak-kanak yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga berjiwa penyayang, tabah dan berpegang pada nilai murni. Terletak di kawasan luas merangkumi 12 buah rumah teres, sekolah ini dilengkapi perpustakaan dengan lebih 10,000 buku, dewan perhimpunan serta ruang permainan dalaman dan luaran yang menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pendekatan pembelajaran bertema dan berasaskan pengalaman praktikal menggabungkan akademik dengan muzik, seni, memasak dan projek alam sekitar, memastikan kanak-kanak menikmati zaman kanak-kanak mereka sambil membina sahsiah dan keyakinan diri. Dengan bimbingan pasukan guru berpengalaman dan berdedikasi, Tadika Seri Soka menanam nilai seperti ketabahan, hormat-menghormati dan tanggungjawab. Graduan tadika ini sering dipuji oleh sekolah rendah kerana memiliki keyakinan, sikap positif dan kesediaan menghadapi cabaran baharu, menjadikannya pilihan dipercayai ibu bapa yang mahukan pendidikan seiring pembinaan nilai hidup.
Taska 3Q Toddlers ialah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berdedikasi dalam menyediakan asas pembelajaran yang kukuh bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 3 tahun. Melalui program istimewa 3Q™ MRC Toddlers, pembelajaran dijalankan secara bermain dan diterapkan dengan pembangunan pelbagai bahasa serta rangsangan keseluruhan otak. Persekitaran yang direka khas serta kurikulum yang berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner membantu perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal anak-anak. Program pengayaan dan penguasaan kemahiran hidup turut mempersiapkan mereka menjadi individu yang yakin dan bersedia untuk memasuki tadika. Perkhidmatan tambahan seperti penjagaan selepas sekolah dan penyediaan makanan memberi manfaat kepada ibu bapa yang bekerja, sambil memastikan anak-anak kecil terus berkembang dalam persekitaran yang menyokong dan menginspirasi.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.