Peninsula International School Australia
Kiddy123 Frame
Small Wonder Malaysia
The children's house
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
Little Angel Kindergarten

Tadika dan Prasekolah Terbaik di Cheras

by on 18/11/2019 16211

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 1 April 2024.

Terletak di timur Kuala Lumpur, Cheras adalah bandar yang sangat padat. Kami telah melawat beberapa prasekolah terpilih di kawasan ini  untuk memudahkan ibu bapa menyenarai pendek prasekolah yang terbaik buat anak-anak mereka.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


3Q MRC Kanak-kanak berusaha untuk menyiapkan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun dengan permulaan yang tepat dalam hidup. Kekuatan kurikulum sekolah ini terletak pada keupayaannya untuk mengembangkan seluruh otak yang membantu kanak-kanak meningkatkan aspek logik dan kreatif otak menggunakan Teori Multiple Intelligence oleh Howard Gardner. Untuk membantu perkembangan keseluruhan otak, guru menumpukan perhatian kepada 9 bidang kecerdasan yang berbeza: linguistik, logik-matematik, muzik, ruang, tubuh / kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalistik dan eksistensial.

Ibu bapa pasti akan merasa bahawa sekolah ini berpusatkan kanak-kanak dan juga keluarga. Interaksi ketika program penjagaan selepas sekolah membolehkan kanak-kanak meluangkan lebih banyak masa di sekeliling rakan sebaya mereka, di mana mereka boleh belajar untuk berkongsi dan menyelesaikan masalah bersama-sama, dan memupuk perkembangan otak dan perkembangan personaliti mereka.

Sekolah ini percaya bahawa bermain, pergerakan fizikal dan penerokaan bakat penting untuk perkembangan optimum kanak-kanak. Falsafah dan matlamat sekolah ini ditujukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan pemikiran mereka dan mengasah kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.

Baca Selanjutnya

3Q MRC Toddlers, Damai Perdana

No. 2, Jalan Damai Perdana 3/3A, Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor 56000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Salah satu cawangan prasekolah premium dan terkemuka untuk kanak-kanak kecil, ABC Tot Taman Midah menawarkan keluarga yang tinggal di kawasan Cheras ini permulaan hebat untuk pendidikan si kecil mereka. Pelan pendidikan unik ABC Tot menggunakan Pendekatan Multiple Intelligence berasaskan penceritaan (story-based) yang bertujuan untuk mendedahkan si kecil berusia 2-4 tahun dengan pelbagai aspek keilmuan, yang seterusnya memberi mereka impak positif. Pendekatan ini juga mengambil kira bahawa setiap kanak-kanak adalah unik, membesar dengan rentak mereka sendiri dan mempunyai bakat dan keistimewaan tersendiri. Dan yang paling penting, kanak-kanak di ABC Tot lebih mudah untuk berkembang maju dalam fasa tumbesaran yang pesat ini.

Setiap hujung minggu, ABC Tot berehat daripada kelas dan aktiviti normal mereka dan berkolaborasi dengan Mi Art, program seni kanak-kanak yang terkemuka. Kelas Mi Art bersesuaian dengan usia: Messy Art (3-6 tahun); Explorer Art (6-9 tahun); dan Adventurer (9-12 tahun).

Baca Selanjutnya

ABC Tot, Taman Midah

No. 1, Jalan Midah 17, Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur 56100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kingsbee Preschool, Taman Midah, menawarkan pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak yang unik - terhasil daripada pengalaman 15 tahun dalam bidang ini dan maklumbalas serta kemahuan dan keperluan keluarga berkerjaya untuk anak-anak mereka. Di Kingsbee, guru-guru sedia maklum bahawa zaman kanak-kanak amat bernilai. Mereka percaya bahawa menyediakan persekitaran dan pengalaman yang memberi kegembiraan dalam kehidupan si kecil, memupuk perkembangan dan tumbesaran peribadi setiap kanak-kanak dan menempa kejayaan mereka di sekolah dan kehidupan di masa akan datang merupakan tanggungjawab kita.

Baca Selanjutnya

Kingsbee Preschool, Taman Midah (Cheras, Kuala Lumpur)

No. 200, Jalan Midah Besar, Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur 56000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


New Sun Moon percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi besar yang menunggu masa untuk diasah. Dengan hiasan dalaman yang luas dan berwarna terang, tadika ini bertujuan untuk menjadi tempat yang selamat, bersih dan sempurna bagi kanak-kanak. Menerima kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pendekatan Sun Moon New adalah tematik dan semua pelajaran direka agar bersesuaian dengan keupayaan setiap kumpulan umur dan menepati objektif pembelajaran.

Kelas dijalankan secara dwibahasa dengan semua kelas 3 bahasa utama (Bahasa, Bahasa Inggeris dan Mandarin) adalah diwajibkan. Di New Sun Moon, kecemerlangan akademik seimbang dengan aktiviti kokurikulum, termasuk balet, Bricks 4 Kidz dan seni kreatif 3D. Ibu bapa pasti berasa lega mengetahui bahawa tadika ini mempunyai sistem keselamatan yang ketat untuk memastikan kanak-kanak selamat.

Baca Selanjutnya

New Sun Moon Kindergarten - Cheras, Kuala Lumpur

No. 21-1, 21-2, 23-1 & 23-2, Jalan Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur 56000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Berbekalkan lebih 30 tahun kecemerlangan berterusan, R.E.A.L Kids Taman Cuepacs merupakan salah satu perintis pertama pengendali rangkaian tadika terbesar di Malaysia. Dengan begitu banyak pengalaman, R.E.A.L Kids (dahulunya dikenali sebagai CEC) mempunyai lebih dari 30 pusat dan 5000 pelajar dari seluruh negara. Metodologi mereka memberi tumpuan kepada Multiple Intelligence (M.I) terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Kelas di R.E.A.L Kids diadakan dengan pelbagai cara untuk menarik minat "kecerdasan" setiap kanak-kanak. Kaedah ini pada akhirnya akan dapat menghasilkan individu yang yakin serta mempunyai kemahiran komunikasi dan akademik yang cemerlang.

Baca Selanjutnya

R.E.A.L Kids, Taman Cuepacs (Cheras)

No. 78, Jalan Pakis 2, Taman Cuepacs, Cheras, Selangor 43200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.