by Miriam Hedija . on 02/08/2025 ...
Artikel ini telah dikemas kini pada 5 Februari 2026.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Kota Damansara , Prasekolah Terbaik di Damansara Heights.
Kinderland Maisson Ara Damansara menawarkan program penjagaan kanak-kanak dan pendidikan penuh untuk kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 6 tahun. Di sini anda akan mendapat kemudahan penjagaan bayi khas dan kurikulum prasekolah yang lengkap.
Pusat premium ini dibuka pada tahun 2017 dan mempunyai banyak ruang untuk anak-anak belajar dan meneroka, dan persekitaran yang dirancang agar kondusif untuk perkembangan anak-anak. Anak-anak di sini akan belajar tanggungjawab, mengembangkan rasa ingin tahu dan pasti membina keyakinan mereka.
Melalui pendekatan pendidikan holistik dan berpusatkan muzik, anak-anak di Kinderland akan membantu mengembangkan semua aspek pertumbuhan dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan kreatif.
Terletak di sebuah kelab golf terbesar yang telah memenangi anugerah, tadika Kindyland Tropicana adalah satu-satunya tadika di Malaysia yang terletak di sebuah clubhouse yang megah. Tentunya faedah belajar di sini pasti banyak! Ditubuhkan pada 2008, Kindyland Tropicana menawarkan program untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun yang menyepadukan amalan akademik terbaik untuk memupuk pembangunan holistik. Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia ditekankan di sini dengan konsep pengajaran yang menyeronokkan untuk menggalakkan minat kanak-kanak untuk belajar. Kindyland bermegah kekuatannya dalam membesarkan anak-anak yang bersopan santun dan serba boleh untuk menjadi pemimpin masa depan.
Melalui rangkaian program progresif yang memberi tumpuan kepada bahasa, membaca, dan kemahiran matematik, pembelajaran di Kindyland disiapkan untuk menyediakan pelbagai jenis pendidikan awal yang secara holistiknya menggabungkan penerokaan berpusatkan kanak-kanak dengan arahan yang diarahkan oleh guru.
Tropicana Golf juga menawarkan sekuriti 24/7 dengan kamera CCTV yang memantau hampir semua bahagian kelab golf. Itu tidak termasuk lagi kemudahan standard resort seperti kolam renang, taman permainan, dan kafe. Kanak-kanak di Tropicana Kindyland sangat istimewa untuk menikmati kemudahan eksklusif kelab golf ini!
Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga lagi cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.
“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. "Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal."
Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Selangor, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.
NextGen Preschool mengamalkan kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) dari UK yang dikemas kini dengan kerap mengikut keperluan pembelajaran yang terkini dalam bidang pendidikan awal. Setiap tahun, guru-guru di sini akan mengenalpasti kekuatan dan kemampuan setiap kanak-kanak ,sebelum mereka kursus yang khas bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai perkembangan kognitif yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Salah satu keunikan prasekolah ini adalah taman tema dan permainan yang terletak berdekatan dengan premis sekolah, di alam pusat membeli belah 1Utama – jadi kanak-kanak dapat melakukan senaman dan aktiviti fizikal yang menyeronokkan setiap hari!
Taska Damansara Utama, Petaling Jaya, mempunyai sejarah yang panjang dalam menyediakan penyelesaian kepada keluarga dengan menawarkan si kecil dengan pengalaman pendidikan yang memupuk, lebih daripada khidmat jagaan kanak-kanak yang tipikal. Taska ini diasaskan oleh Puan Lui – seorang guru yang terlatih dan bersemangat dan sangat menyukai kanak-kanak sebagimana beliau menyukai tugasnya sebagai seorang guru – lebih 40 tahun dulu, dan hingga sekarang, ia menjadi pusat pendidikan awal kanak-kanak yang dipercayai di kawasan kejiranan ini. Guru-guru berkelayakan menggunakan cara yang menarik dan berkesan agar kanak-kanak dapat mengoptimakan hasil pembelajaran mereka. Hasilnya, kanak-kanak berbilang bangsa dapat membina asas kukuh untuk ke SJKC.
The children’s house (TCH) adalah jenama tadika yang terkenal, menawarkan kaedah pendidikan Montessori yang autentik dan lengkap. TCH menyediakan persekitaran pendidikan awal yang membolehkan kanak-kanak berkembang secara akademik dan holistik, seterusnya mencetuskan minat sepanjang hayat mereka terhadap pembelajaran. Selama bertahun-tahun, TCH telah mengajar beribu-ribu kanak-kanak dari 50 negara yang berbeza; hari ini, TCH telah berkembang di lapan lokasi di Lembah Klang dengan 2 buah sekolah yang beroperasi di bangunan komersial.
Tree Dolphin Childcare Centre, Ara Damansara merupakan pusat pendidikan dan penjagaan sehenti yang dilesenkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga bulan hingga enam tahun. Pusat ini dibuka dari jam 7.45 pagi hingga 6.30 petang dan menawarkan pilihan penjagaan fleksibel dan penjagaan hujung minggu. Premis pusat yang lapang ini termasuklah kemudahan-kemudahan seperti taman permainan dalaman, sudut membaca, dan bilik bayi. Tree Dolphin menekankan aspek belajar sambil bermain yang diinspirasikan dari Playgroup Victoria Australia yang memberi tumpuan kepada perkembangan holistik kanak-kanak dari pelbagai disiplin. Program-program di sini merangkumi kelas pergerakan kreatif dan drama, perkembangan akhlak, dan kercerdasan pelbagai MiKids. Pusat ini adalah tempat yang memupuk kepercayaan, hormat-menghormati, dan tanggungjawab melalui komunikasi terbuka dan kemas kini harian untuk ibubapa, memastikan suasana yang menyokong dan mesra untuk kanak-kanak dan juga keluarga mereka.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.