UCSI International School, Port Dickson
Kiddy123 Frame
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
The children's house
Small Wonder Malaysia

Tadika dan Prasekolah Terbaik di Tropicana – Ara Damansara

by on 20/02/2019 16045

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 15 Februari 2024.

Pengembaraan Kiddy123 dalam meninjau prasekolah telah membawa kami ke Tropicana - Ara Damansara, Selangor. Tempat ini adalah di pinggir bandar yang padat penduduknya dan ianya berkembang pesat dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Juga dikenali sebagai Segitiga Emas Petaling Jaya, ibu bapa diberikan banyak pilihan prasekolah untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan anak. Berikut adalah beberapa prasekolah di kawasan ini yang dikenali untuk menawarkan program yang menarik untuk anak-anak kecil.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.

Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Kota Damansara ,  Prasekolah Terbaik di Damansara Heights


ABC Tot, Ara Damansara

ABC Tot Ara Damansara menggunakan pendekatan yang berbeza daripada pusat pendidikan awal lain di Malaysia, yang menggunakan pelbagai kepintaran dan bakat semulajadi kanak-kanak untuk mengajar si kecil. Dengan mengenalpasti kualiti diri kanak-kanak yang sentiasa berbeza ini, mereka dapat menjadi diri mereka sendiri yang unik. Pendekatan ini memerlukan guru mengenal pasti dan menggunakan teladan untuk cerita-cerita yang telah dipilih untuk pendidikan dalam rancangan pengajaran mereka. Jelas terlihat intipati pendekatan ini dalam setiap aktiviti yang direka dan dirancang untuk kanak-kanak disini.

Kepintaran pelbagai (multiple intelligences) juga dipupuk melalui cara yang mesra kanak-kanak, ini termasuklah Kepintaran Linguistik-Verbal, Kepintaran Logikal-Matematikal, Kepintaran Visual-Spatial, Kepintaran Tubuh-Kinestetik, dan Kepintaran Muzikal, Kepintaran Interpersonal, Kepintaran Intrapersonal dan juga Kepintaran Alam Sekitar, Kepintaran Eksistensial. Cara ABC Tot mengajar kanak-kanak telah membimbing kanak-kanak untuk menjadi si kecil yang pintar, bersopan santun, suka membantu dan juga bersedia untuk ke sekolah rendah.

Baca Selanjutnya

ABC Tot, Ara Damansara

D-1-29, Jalan PJU 1A/20B, Dataran Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Guru-guru di Choo Choo Train Baby & Child Care Centre menitikberat terhadap keperluan untuk berehat restoratif supaya kanak-kanak bangun dengan lebih bahagia dan lebih bersedia untuk belajar. Berada di aras dua, Pacific Place, Ara Damansara, Choo Choo Train Baby & Child Care Centre terletak di antara Subang Jaya dan Kelana Jaya. Ruang belajar dan sosial digabungkan di ruang terbuka untuk memudahkan pembelajaran dan interaksi yang fleksibel.

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre menawarkan pendidikan untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Bayi-bayi dijaga dengan jadual yang fleksibel dan dihiburkan mengikut keperluan mereka pada siang hari. Mereka dilayan dengan sentuhan yang bagus melalui urutan yang lembut di pagi hari. Sentuhan ini menyumbang kepada perkembangan emosi dan intelektual mereka pada masa akan datang. Pusat ini menawarkan program-program holistik yang memanfaatkan kekuatan kaedah pendidikan Montessori. Fokusnya adalah untuk memupuk sifat ingin tahu dalam kanak-kanak untuk membina asas yang kukuh pada masa yang paling produktif dalam kehidupan mereka.

 

Baca Selanjutnya

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre - Ara Damansara

C-02-05, Pacific Place, Jalan PJU 1A/4, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kinderland Maisson Ara Damansara menawarkan program penjagaan kanak-kanak dan pendidikan penuh untuk kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 6 tahun. Di sini anda akan mendapat kemudahan penjagaan bayi khas dan kurikulum prasekolah yang lengkap.

Pusat premium ini dibuka pada tahun 2017 dan mempunyai banyak ruang untuk anak-anak belajar dan meneroka, dan persekitaran yang dirancang agar kondusif untuk perkembangan anak-anak. Anak-anak di sini akan belajar tanggungjawab, mengembangkan rasa ingin tahu dan pasti membina keyakinan mereka.

Melalui pendekatan pendidikan holistik dan berpusatkan muzik, anak-anak di Kinderland akan membantu mengembangkan semua aspek pertumbuhan dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan kreatif.

Baca Selanjutnya

Kinderland Maisson Ara Damansara

Level 2, Maisson By the Park, Jalan PJU 1A/3, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terletak di sebuah kelab golf terbesar yang telah memenangi anugerah, tadika Kindyland Tropicana adalah satu-satunya tadika di Malaysia yang terletak di sebuah clubhouse yang megah. Tentunya faedah belajar di sini pasti banyak! Ditubuhkan pada 2008, Kindyland Tropicana menawarkan program untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun yang menyepadukan amalan akademik terbaik untuk memupuk pembangunan holistik. Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia ditekankan di sini dengan konsep pengajaran yang menyeronokkan untuk menggalakkan minat kanak-kanak untuk belajar. Kindyland bermegah kekuatannya dalam membesarkan anak-anak yang bersopan santun dan serba boleh untuk menjadi pemimpin masa depan.

Melalui rangkaian program progresif yang memberi tumpuan kepada bahasa, membaca, dan kemahiran matematik, pembelajaran di Kindyland disiapkan untuk menyediakan pelbagai jenis pendidikan awal yang secara holistiknya menggabungkan penerokaan berpusatkan kanak-kanak dengan arahan yang diarahkan oleh guru.

Tropicana Golf juga menawarkan sekuriti 24/7 dengan kamera CCTV yang memantau hampir semua bahagian kelab golf. Itu tidak termasuk lagi kemudahan standard resort seperti kolam renang, taman permainan, dan kafe. Kanak-kanak di Tropicana Kindyland sangat istimewa untuk menikmati kemudahan eksklusif kelab golf ini!

Baca Selanjutnya

Kindyland Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya

Tropicana Golf & Country Resort, Jalan Kelab Tropicana, Tropicana, Petaling Jaya, Selangor 47410
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Berbanding dengan pertubuhan lain di luar sana yang kebanyakannya 'berasaskan permainan', tumpuan di sini adalah untuk memastikan kanak-kanak bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan dan fasa persekolahan moden. Sebagai contoh, membaca dan menulis juga dipandang serius kerana kebanyakan kanak-kanak kurang kemahiran hidup yang penting ini disebabkan penggunaan alat digital yang berlebihan dari usia yang sangat muda. Di Kindyland, ibu bapa dijamin bahawa anak-anak mereka akan dapat membaca dengan betul, bukan hanya menghafal perkataan dalam buku-buku tertentu. Di dalam akademik dan kemahiran hidup, para pengarah dan pengetua Kindyland telah menyusun kurikulum yang kuat dan berimpak untuk memastikan setiap kanak-kanak bersedia untuk menjalani kehidupan persekolahan masing-masing, mengikut jenis sekolah yang mana mereka akan pergi.

Jika dilihat dari mana-mana sudut sekalipun, Kindyland telah melampaui apa yang diharapkan dari sesuatu tadika, ini adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat bersedia untuk apa yang benar-benar menanti mereka dalam kehidupan sebenar.

Baca Selanjutnya

Kindyland Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya

2F-29, Tropicana Gardens Mall, No. 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, Tropicana, Petaling Jaya, Selangor 47810
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Ara Damansara

Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga lagi cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.

“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. "Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal."

Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Selangor, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.

Baca Selanjutnya

Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Ara Damansara

No. 89, Jalan PJU 1A/1C, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Little Play Child Care Centre, Ara Damansara, baru sahaja membuka pintunya pada Jun 2022 dengan visi untuk mewujudkan komuniti rapat di mana anak-anak kecil boleh berkembang dengan gembira dalam persekitaran mesra dan merangsang minda. Pusat berlesen ini menyediakan pendidikan dan penjagaan penuh kasih sayang untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun seterusnya memberikan mereka permulaan yang hebat dalam hidup.

Pasukan pendidik di Little Play benar-benar memahami bahawa tiada apa yang lebih sukar untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil daripada hari penghantaran pertama di pusat jagaan kanak-kanak. Itulah sebabnya mereka telah mencipta tempat yang selamat dan memupuk di mana kanak-kanak akan menerima kasih sayang secukupnya agar peralihan dari rumah ke Little Play adalah selancar yang mungkin. “Kami komited untuk mewujudkan ikatan yang kuat dengan kanak-kanak dalam jagaan kami agar mereka berasa gembira untuk datang ke sini setiap hari. Kami berharap mereka dapat ketawa dan bermain sambil kami memperkenalkan mereka kepada dunia pembelajaran yang menarik. Adalah sama pentingnya bagi ibu bapa untuk berasa selamat dan pasti dalam keputusan mereka untuk mempercayakan penjagaan anak-anak mereka kepada kami,” kata Cik Corina, pengasas Little Play, yang juga diiktiraf untuk menyokong kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas – satu nilai penting dalam mengenal pasti kelewatan perkembangan awal kanak-kanak.

Baca Selanjutnya

Little Play Child Care Centre, Ara Damansara

A-1-05, Jalan PJU 1A/3, Damansara Taipan 2, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pitter Patter Preschool and Childcare dikenali sebagai tempat di mana ibu bapa dapat merasa yakin bahawa anak-anak mereka akan dijaga dengan baik ketika mereka bermain, belajar dan berkawan.

Cinta yang teguh oleh pengetuanya terhadap penjagaan kanak-kanak, pendidikan dan pembangunan awal mendorongnya untuk menubuhkan Pitter Patter. Setelah semua yang dia pelajari dan daripada pengalaman, dia benar-benar percaya bahawa pembelajaran yang tidak hanya terbatas didalam kelas membantu kanak-kanak belajar secara semulajadi. Penubuhan pusat itu sendiri telah merealisasikan pendapat pengetuanya.

Pitter Patter bukanlah seperti beberapa prasekolah yang benar-benar akademik. Persekitaran pembelajaran sangat penting, dan di sini, kanak-kanak mempunyai akses kepada bahan dan sumber yang mereka perlukan untuk berkembang secara kognitif di mana mereka terdedah kepada subjek seperti Matematik, Sains, Pengetahuan Dunia dan Seni Kreatif. Melalui persekitaran yang ideal ini, pelajar-pelajar kecil ini akan dapat membuat kenalan dan mengambil konsep-konsep baru dengan senang sambil menikmati hari-hari mereka seperti yang sepatutnya kanak-kanak nikmati, dengan keseronokan dan gelak ketawa. Pelajaran dijadikan interaktif dan menarik untuk menjaga minda-minda kecil ini supaya mereka berminat dan dahaga untuk belajar dengan lebih lagi.

Ianya jelas bahawa Pitter Patter adalah lain daripada yang lain dalam menyediakan ruang yang menarik untuk kanak-kanak belajar, bermain dan bertanya. Ia juga menyegarkan apabila didapati ada individu seperti Cynthia, pengetua, yang masih melihat nilai keperluan asas seperti ruang, dan pentingnya kebebasan dan bermain dalam perkembangan awal kanak-kanak.

Baca Selanjutnya

Pitter Patter Preschool and Childcare, Ara Damansara

D12-11-1, Dana 1 Commercial Centre, Jalan PJU 1A/46, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Summer Academy, Damansara Utama

Summer Academy, Damansara Utama adalah tempat di mana pembelajaran bukan sahaja satu rutin tetapi pengembaraan yang menakjubkan. Motto mereka “Learning is Fun; It is Fun to Learn…” menonjolkan pendekatan mereka terhadap pendidikan. Di Summer Academy, mereka berusaha untuk menghidupkan semula kegembiraan dalam pembelajaran dalam diri pelajar mereka.

Sebagai sebuah “Learning School”, Summer Academy sentiasa mengevolusikan dan menambah baik metodologi pengajaran mereka. Mereka menawarkan kurikulum antarabangsa yang fokus terhadap proses pembelajaran pelajarnya. Perkembangan kepimpinan dan personaliti diketengahkan, memastikan kanak-kanak bersedia untuk cabaran masa hadapan.

Baca Selanjutnya

Summer Academy, Damansara Utama

No. 135, Jalan SS21/13, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor 47400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 


Taska Damansara Utama, Petaling Jaya

Taska Damansara Utama, Petaling Jaya, mempunyai sejarah yang panjang dalam menyediakan penyelesaian kepada keluarga dengan menawarkan si kecil dengan pengalaman pendidikan yang memupuk, lebih daripada khidmat jagaan kanak-kanak yang tipikal. Taska ini diasaskan oleh Puan Lui – seorang guru yang terlatih dan bersemangat dan sangat menyukai kanak-kanak sebagimana beliau menyukai tugasnya sebagai seorang guru – lebih 40 tahun dulu, dan hingga sekarang, ia menjadi pusat pendidikan awal kanak-kanak yang dipercayai di kawasan kejiranan ini. Guru-guru berkelayakan menggunakan cara yang menarik dan berkesan agar kanak-kanak dapat mengoptimakan hasil pembelajaran mereka. Hasilnya, kanak-kanak berbilang bangsa dapat membina asas kukuh untuk ke SJKC.

Baca Selanjutnya

Taska Damansara Utama, Petaling Jaya

1, Jalan SS21/3 Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor 47400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


TCH Ara Damansara adalah pusat pertama dibuka di bangunan komersial. Terletak di aras satu bangunan Oasis Village di Oasis Square Ara Damansara, pusat ini mempunyai kawasan seluas 14,000 kaki persegi. Ia dirancang dan direka dengan teliti, dengan tujuan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi kanak-kanak untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya.

Program penjagaan bayi adalah lebih daripada sekadar program menjaga bayi dari umur 3 - 18 bulan. Terdapat rancangan pelajaran untuk merangsang dan membantu bayi mengembangkan deria mereka, seperti “Baby Art”, “Baby Massage”, “Baby Sensory” dan sebagainya. Oleh kerana ibu bapa di Malaysia umumnya lebih prihatin terhadap akademik dan sama ada anak mereka dapat menguasai kurikulum sekolah rendah, TCH Ara Damansara juga menawarkan program bahasa lanjutan untuk menyediakan pelajar mereka untuk pendidikan sekolah rendah. Terdapat pilihan program Mandarin dan Bahasa Malaysia yang menggunakan “creative play”, seni dan permainan untuk membantu kanak-kanak membina asas yang kuat dalam kedua-dua bahasa. Program lanjutan ini boleh didapati di TCH bersama-sama dengan program-program sepenuh hari.

Baca Selanjutnya

The children's house, Oasis Square @ Ara Damansara

Lot F1-23, Block J, No. 2, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Dinamakan sempena buku kanak-kanak terlaris, The Very Hungry Caterpillar, The Hungry Caterpillar (THC) adalah prasekolah berbilang bahasa di Lembah Klang yang menggunakan beberapa kaedah pendidikan yang terkenal di peringkat antarabangsa. Hungry Caterpillar menerima kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun.

Hungry Caterpillar terletak di lot tepi di kawasan perumahan yang tenang di Petaling Jaya. Prasekolah ini memberikan asas yang kukuh dalam pendidikan; yang berusaha untuk menanamkan nilai-nilai positif di kalangan pelajarnya dengan penekanan pada pembangunan watak dan intelektual. Prasekolah ini juga menyedari ibu bapa sebagai pendidik pertama dan bekerjasama dengan keluarga untuk menyokong pembelajaran dan perkembangan anak-anak.

Anak-anak membesar dengan kemampuan yang sangat besar sebagai individu dan sebagai penyumbang kepada masyarakat setempat. Guru di sini berharap dapat memupuk asas yang kuat dan positif untuk kanak-kanak belajar secara kritis dan berdikari. Hungry Caterpillar bercita-cita untuk membina komuniti antarabangsa di mana rasa hormat diberikan kepada semua orang tanpa mengira kelas, kewarganegaraan, bangsa dan agama.

Baca Selanjutnya

The Hungry Caterpillar, Bandar Utama

No. 50, BU 11/17, Bandar Utama, Selangor 47800
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terletak di dalam bangunan komersial yang menonjol di Damansara Utama, The Orange Tree Preschool menawarkan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang berkualiti. Dibina pada tahun 2017, cawangan ini merupakan cawangan Malaysia yang pertama untuk jenama prasekolah terkenal di Singapura ini. Dengan visi untuk menawarkan asas yang terbaik untuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak, prasekolah ini bangga dengan misi mereka untuk memupuk pelajar sepanjang hayat yang bertanggungjawab, penuh rasa hormat, dan berkemahiran dengan kebolehan untuk belajar secara berdikari dan berpengetahuan akademik.

Kurikulum prasekolah ini direka dengan rapi untuk memperkasakan si kecil dengan kebolehan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan dan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya. Rata-rata graduan dari The Orange Tree Preschool berjaya dalam apa sahaja jenis persekolahan formal, tidak kira sekolah awam, swasta mahupun antarabangsa.

Baca Selanjutnya

The Orange Tree Preschool, Damansara Utama

Lot G-01, Wisma TA, Jalan SS 20/1, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor 47400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tree Dolphin Childcare Centre adalah penjagaan butik dan pusat pendidikan yang mengambil berat tentang kepentingan pembelajaran melalui permainan. Dalam permainan yang bermakna, kanak-kanak dapat mencuba idea dan eksperimen baru dan bukannya secara mendengar arahan dan fakta. Pendidik berusaha untuk mengajar anak-anak kecil bahawa belajar bukan sekadar aktiviti formal tetapi merupakan masa yang menarik untuk mengemukakan soalan, bekerjasama dengan rakan, memperluas pengetahuan mereka dan berseronok! Fokus turut diberikan dalam pembangunan karakter di dalam program-program kerana apa yang anak-anak belajar sekarang boleh membentuk karakter mereka sepanjang hidup.

Keseluruhan persekitaran adalah terbuka, mesra dan menghargai unit keluarga dalam keputusan dasar pusat ini. Untuk kemudahan ibu bapa, pusat ini menawarkan pilihan penjagaan fleksibel dan penjagaan hujung minggu untuk memenuhi keperluan keluarga. Struktur bayaran termasuk makanan berkhasiat yang disediakan di prasekolah untuk kanak-kanak yang semakin membesar dan memberi tumpuan kepada pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Di Tree Dolphin Childcare Center, pengurusan berusaha untuk mewujudkan kepercayaan, rasa hormat dan tanggungjawab di dalam semua perhubungan. Mereka proaktif menghadapi segala halangan pembelajaran yang dihadapi oleh anak-anak dalam perkembangan pendidikan mereka untuk memastikan asas-asas kehidupan dan cinta terhadap pembelajaran terbentuk.

Baca Selanjutnya

Tree Dolphin Childcare Centre, Ara Damansara

F-1-11, Jalan PJU 1A/20D, Dataran Ara Damansara, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Wonder Minds Preschool, Bandar Utama menawarkan kurikulum yang menekankan kemahiran hidup dan juga kemahiran dalam pembelajaran. Program-program mereka direka khas untuk memupuk minda si kecil yang cerdas dan seterusnya membina potensi individu berdasarkan setiap tahap tumbesaran mereka. Program di sini merangkumi: Penjagaan Bayi (Infant Care - 3-18 bulan), Penjagaan Kanak-Kanak (Toddler Care - 18-36 bulan), Prasekolah (3-6 tahun) dan Penjagaan Selepas Sekolah.

Dedikasi, semangat dan kasih sayang daripada guru-guru kepada pelajar mereka mencipta satu persekitaran di mana setiap kanak-kanak terasa dihargai dan dihormati, perasaan yang sangat penting dalam perkembangan mereka secara menyeluruh. Guru-guru Wonder Minds juga memberi usaha yang sepenuhnya dalam menyediakan ruang untk si kecil berseronok, mencintai ilmu, dan juga memulakan perjalanan intelektual sepanjang hayat. Di dalam bilik darjah dan juga komuniti ibu bapa, prasekolah ini berusaha untuk menjalinkan hubungan positif melalui komunikasi yang responsif, konsisten dan terbuka.

Baca Selanjutnya

Wonder Minds Preschool, Bandar Utama

No. 86, Jalan BU 6/3, Bandar Utama 6, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor 47800
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.